memandangkan ramai yg bercerita tentang rumet, aku juga ingin kongsikan kisah dia. aku bukan student uia, tapi selalu baca iium confessions.
aku dan dia teramatlah berbeza. kalau bank, dia islamic & aku convensional. keluarga dia baik2 & kuat agama, keluarga aku ni berlatar belakang yg mcm2 ragam.ibu bapa tu ibarat sayap kiri & kanan. tatkala aku masih punya kedua-dua sayap itu, dia telah kehilangan salah satu. aku ada terbaca nukilan tentang kehilangan yg dia tulis… berjurai2 air mata aku sambil sapu bilik. nasib baik la dia tak ada waktu tu.
dia pandai masak & aku tak pandai sgt. so kalau masuk dapur, dia jadi chef, aku jadi assistant. kami berenam dalam rumah sewa. so rotate la giliran memasak. sehari 2 org masuk dapur. sbb kami 1 bilik, so turn masuk dapur tu sama la.
dia join usrah & aku tak join usrah. kenapa tak join? sbb aku ni jenis tiap minggu balik rumah. takut clash aktiviti usrah & balik rumah. lg 1 sebab, komitmen & aku dpt agak apa akan jadi pada akhirnya. awal2 ramai yg join. lepas tu aku dpt tengok satu per satu kawan aku keluar usrah dgn bermacam2 alasan. sbb itu la aku takut aku jadi mcm diorg, so aku decide tak nak join dari awal.
aku ni jenis tak faham fungsi usrah bagai. hati ni kdg2 geram jugak kenapa dia ni asyik pergi usrah sana sini, tak lekat duduk kat rumah, tidur sana sini, keesokan hari baru balik. dia ni tak care ke psl study? baru2 ni aku ada terbaca buku catatan yg dia catit berkenaan isi2 yg dia dpt dlm usrah. ada ayat yg buat aku terkesan iaitu " dunia ini tak akan kiamat selagi usaha dakwah itu diteruskan & diwarisi". berjurai lagi air mata aku. lepas tu, baru la aku faham. aku kagum dengan rumet aku ni. sbb dia tetap istiqamah dlm dakwah. tak pernah sekali pun dia mengeluh. tak pernah dia bagi alasan. tak pernah dia mengadu keletihan. esok ada quiz ke test ke and even sekarang nak final, dia letakkan akhirat sebagai priority. kau tahu apa yg tuhan balas? kecerdikan & kejayaan. hebatnya dia boleh seimbangkan dunia & akhirat.
betul la kata org, perbezaan itu yg melengkapkan. dia buatkan aku untuk jadi lebih baik. tapi aku? apa manfaatku pada dia? dia boleh menarik aku untuk masuk ke syurga. tapi mcm mna dgn aku? apa manfaatku pada dia?
salah ke aku baca buku catatan dia tanpa pengetahuan dia selama ni? maaf rumet. kalau la di akhirat nanti aku perlu cari untuk dptkan permohonan maaf sbb baca buku catatan kau tanpa pengetahuan… aku rela. sbb aku nak jumpa kau kat akhirat nanti,
aku kagum dengan kau. tapi aku ego. aku tak pandai nak hargai kau depan2.
akhir kata…andainya aku tak dpt jadi se solehah, sebaik, se istiqamah, bidadari syurga seperti mu… akan ku didik anakku menjadi sepertimu satu hari nanti.
– Not An Angel