I anak ke-7 dari 8 orang adik-beradik. Suami, anak ke-2 dari 4 beradik. I dah kahwin selama 8 tahun. Kenal suami melalui kakak suami (Siti, bukan nama sebenar) yang bekerja satu tempat kerja dengan I dulu.
Pernah tumpang rumah Siti time nak pegi annual dinner office, Siti tunjuk gambar wedding dia. Dia tunjuk gambar adik-beradik dia. Siti beria nak kenenkan adik dia dengan I. “You nak kenal dengan adik I tak? dia engineer dekat kilang ABC, gaji lebih besar banyak dari I”.
I menolak, sebab I dah ade boyfriend, tapi memang tempting lah kan, engineer gaji besar, ada rupa, siapa yang tak nak, I jenis yang setia, berkenalan pon tak nak sebab ada boyfriend kan. I takdelah rapat dengan Siti, sebab kenal pon sekejap je.
Owh, Siti ni memang jenis asyik tukar tempat kerja, dia memang tak sesuai jadi wanita bekerjaya, lulusan engineer. Pengalaman dia dekat 2-3 syarikat banyaklah, jadi confirm la gaji dia lebih besar dari I, sebab company yang i kerja dengan Siti, adalah 1st company yang betul-betul lepas I graduate.
Siti pown dah tak bekerja dekat situ, kenal pown dalam 3 bulan, dia ade issue dengan boss dia. Fast forward, 4 years after, terjumpa Siti dekat FB. So, kami pown DM lah borak panjang.
Time tu I memang single, kebetulan memang mencari bakal suami, sebab I memang nak settle down dah puas jadi single. Siti, tanya balik nak kenal dengan adik dia tak. Tanpa fikir panjang, I pon jawab ye.
I dengan suami berborak dekat dalam DM FB waktu permulaan kami kenal. Borak-borak dalam seminggu macam tu. Terus dia ajak jumpa.
Sebab I nak cari suami yang betul, jadi tempat perjumpaan kami adalah dekat my parents house.
On the same day pegi rumah parents dia pula. Jarak antara rumah parents kitorang lebih kurang dalam satu jam sebab berlainan negeri.
Dalam satu hari, 1st time jumpa kami pegi rumah parents masing-masing. I jumpa Siti dekat rumah parents dia, parents dia, and adik-adik dia.
Alhamdulillah, abah mertua seorang pegawai kerajaan and family dia okey.
Owh, before that, kenapa I berkenan dengan suami sebab suami kuat dari segi agama, inshaaAllah boleh bimbing I ke Syurga hendaknya, ada degree macam I, and kerja bagus (engineer ikut kata Siti dulula) And background family dia pon okey. Yelah, nak pilih pasangan kenalah sekufu.
Selepas seminggu dari pertemuan pertama, kami berjumpa lagi di rumah parents suami. Waktu tu dia ajak kahwin, happy? Of course lah happy, sebab I memang dah ready nak kahwin time tu. Owh lupa nak cerita pasal kerja I.
I masih bekerja di tempat yang sama, sebuah company yang terkemuka, waktu tu dah nak masuk 4 tahun. Gaji pon makin naik tapi tak tinggi sebab basic pon rendah, bonus memang masyuk sangat-sangat. Jadi harapkan bonus je la I bertahan.
So sambung pasal suami ajak kahwin. I setuju, and 3 hari lepas tu, keluarga suami datang rumah meminang bawak cincin. Semua berjalan lancar Alhamdulillah.
Benda jadi tak best selepas episode datang meminang ni. Sebab I tak kenal suami, perkenalan sebulan terlalu singkat, kami bersetuju untuk bertunang 2 bulan selepas merisik. Sepanjang 2 bulan ni, banyak benda yang I dah nampak. Bermula dengan episode suami seorang yang kedekut.
Sepanjang proses nak cari hantaran tunang and kahwin, nampak banyak kali yang suami ni bukan jenis pemurah and bukan yang suka keluar duit. I pulak memang bukan jenis pemintak, and memang tak reti mintak pon. (Sampai sekarang and benda ni yang makan diri I).
Sepanjang kitorang keluar, semua bayar asing-asing, suami takkan hulurkan duit pon, even makan. Beli benda-benda yang murah-murah pon dia just akan berdiri tepi and tengok je.
Aku pulak (eh aku, nanti korang baca ni campur-campur ea I cakap) memang jenis ada prinsip selagi belum jadi suami dia tak perlu bayar, sebab aku dengan ex-boyfriend semua macam tu.
Tapi ex boyfriends I semua Manjakan i macam princess, diorang akan bayar, akan buat surprise, berkorban semua. Well it’s history.
Aku macam rasa belah bahagi nak kahwin, tapi aku kuat kan jugak semangat. Siti pulak ade masalah dekat tempat kerja, and berhenti kerja.
Macam aku cakap la, dia memang tak sesuai kerja. Dia pon mengaku, dia sesuai jadi mem besar je. Satu perangai Siti ni, yang aku tak gemar.
Dia dan suami tak banyak duit sangat time tu. Tapi Siti ni big spender, dia jenis memang luxury, ada bibik. Tapi time tu tiada duit sangat, hutang banyak.
Baru aku tau. One thing about Siti, dia dengan mak dia memang rapat. Dia harapkan mak dia dalam semua hal, tak independent. Segalanya mak. Siti ade sorang anak, waktu I kahwin, dia tengah pregnant anak no-2. Beza tak sampai setahun.
So, sebab dia tak bekerja, hutang banyak. Dia mula pinjam duit I. Aku okey nak bagi orang pinjam duit, TAPI jangan tipu aku. Sebab I paling pantang orang menipu. So, korang tau alasan dia pinjam duit aku? Kad bank CIMB dia rosak. Korang boleh bayangkan tak alasan dia?
Housewife, ada bibik tapi tak sempat nak pegi bank tukar kad bank yang rosak. Owh, suami Siti? Suami Siti engineer off shore selalu tiada dekat rumah, balik 2 bulan sekali, banyak duit kan? Banyak, tapi sebab banyak hutang. Duit tak pernah cukup, hidup mewah.
Suami Siti, Azad (bukan nana sebenar) ada banyak commitment dengan mak dia sendiri. Sebab bapak tiri Azad ni tak bekerja. Jadi, Azad kena tolong family tiri dia. (Aku malas cerita pasal family Azad, panjang gila cerita dia).
Siti dengan mak mertua dia tak baik. Sebab utama adalah duit. Mak Azad cakap Siti asyik habiskan duit Azad untuk benda-benda yang tak penting. Bagi aku ye jugak, tengok gaya belanja. Tapi Siti cakap tu suami dia, and hak dia la. Betul jugak kn?
Siti ni pinjam duit aku first-first RM200. Walaupun aku gaji kecil, aku bagi la dia jugak. Sebab aku ade bonus kan? Bonus aku banyak. Ye banyak, berbulan-bulan gaji. Lama- lama duit yang dia pinjam makin banyak.
Siti ni ade sifat dominan, sebab dia sulong. Semua dalam family dia kena dengar cakap dia, termasukla parents dia. Kalau tak? Dia akan merajuk bawak diri, and menangis. So semua orang dalam family kena jaga hati dia. Siti pinjam duit aku, sampai 12K. Ye sikit-sikit sampai RM12,000.
Aku pulak dah tak boleh ngam dengan perangai Siti, sebab dia seorang penipu, and semua kena dengar cakap dia, ikut cakap dia. Aku dah nampak aku tak boleh dengan orang macam ni.
Yang paling triggered adalah bila, Siti tipu mak dia dalam pinjam-pinjam duit aku. Dia kata dia tak pernah rahsia apa-apa dengan mak dia. Tapi dia tipu, dia pinjam duit aku ribu-ribu, sorang dalam family dia pon tak tau. Azad pon tak tau.
Sampaila bulan aku nak kahwin, lepas dari aku tunang, sepatutnya ikat setahun, tapi mak I nk cepat. Dia kata 5 bulan je, ye memang kelam kabut. Hantaran aku dari 10k naik 20k. Jual anak? Suka hatila korang nak fikir apa. Sebab makcik-makcik aku kata, aku worth more than that.
Aku ada degree, kerja company bagus, ada kereta sendiri, and aku cantik, aku berdikari, serba boleh, jaga baby (aku ada 19 anak buah, and aku dah biasa jaga anak-anak buah aku), aku pandai masak, pandai jaga orang tua, pandai kemas rumah, tak boros, perangai elok dan pelbagai.
Sebab aku memang active, and berkebolehan. Puji diri sendiri? Suka hati korang la.
Suami aku, Ali (bukan nama sebenar), dah susah hati, sebab dalam masa 5 bulan kena kumpul 20k. Mak mertua aku? Dah berbulu dan mula tak suka. Jadi aku ni, memang suka bantu orang, and aku nk ringankan beban Ali. Jadi Aku offer hantaran tu half. dia 10k, aku 10k, sebab atas dasar nak jadi suami kan?.
Dia kata dia boleh kumpul duit banyak tu kalau kahwin hujung tahun, mak aku pulak nak cepat. So tak boleh la. Jadi aku tolong dia, sebab aku pon nak kahwin cepat. (Kesilapan paling besar, aku patut tunggu je sampai akhir tahun patutnya)
Sepanjang proses nk kahwin tu, banyak borang kena isi. Termasukla kena declare berapa gaji masing-masing. Korang tau? Aku baru tau gaji suami aku yang Siti kata besar sangat dulu tu, lagi kecil dari gaji aku weyh!! Ya Allah, aku kena game ke ape? And Ali, bukan engineer betul pon, just safety officer je.
Korang nampak kenapa aku tak suka Siti? Demi kepentingan keluarga dia, dia tipu aku untuk kenal dengan adik dia. Sebelum kahwin, Siti pernah ajak aku tengok wayang, aku belanja la sebab dia tak kerja and pinjam duit aku. Tapi waktu tu kitorang memang tak boleh ngam la.
Tujuan dia ajak aku, sebab nak cerita kisah hidup dia, and mostly pasal mak mertua dia yang jahat tu. Tapi, end up tak cerita pon, sebab kitorang memang tak boleh ngam.
Okey, aku sambung sampai bulan aku nak kahwin. Aku kan offer tolong suami aku hantaran separuh. Aku whats app Siti cakap aku nak balik duit aku sebab aku kna tolong Ali untuk hantaran, kalau tak aku kna postpone kahwin.
Siti dah tak senang duduk, akhirnya dia kna bagitahu mak dia Hal sebenar yang dia selama ni hutang aku banyak. Mak dia whats app aku tanya betul ke, Siti pinjam duit aku 8k. Huhhh? 8k je, Siti what’s app aku, dia mintak aku tipu mak dia kata dia pinjam aku 8k instead of 12k.
Aku dalam hati, penipu betul Siti ni.
So, untuk settlekan hutang Siti, mak dia jual tanah dekat kampung. Dengan duit tu, Siti bayar hutang dia 12k, and mak dia guna jugak duit untuk buat kenduri kahwin aku dan suami belah diorang. Siti suruh aku jangan bagitau Ali pasal hutang dia, kalau tak memang Ali gaduh besar dengan dia. Aku?
Okeykan je la dengan drama family dia. Dan Aku, teruskan jugak kahwin dengan Ali. Walaupun aku tau, Ali ni kedekut, and gaji lebih kecil dari aku. Dengan harapan rezeki lepas kahwin tu ada.
(Salah dan aku yang salah). Aku ada mindset, kalau orang tu dah tipu aku. Dia memang selamanya seorang penipu. Benda ni susah nak erase dari kepala I.
Sebab parents aku bukan orang kaya, perkahwinan aku semua aku tanggung sendiri. Hantaran, kenduri, tunang. Semuanya. Ayah aku, sorang berpangkat tinggi dalam unit beruniform, seorang pesara kerajaan. Tapi, ayah aku tak reti manage duit, and kedekut.
Dia ajar aku, semua kna usaha sendiri, jadi aku dah biasa tak meminta. Adelah sikit bantuan dari adik beradik aku. Tapi tak banyak, and bukan dari bentuk duit. Jangan tanya kenapa, sebab adik beradik aku pon bukan orang senang. Sebab tu aku sangat memilih pasangan suami. Tapi tula, sama je susah.
Bermula lah episode berumah tangga. Kitorang PJJ (perkahwinan jarak jauh), Ali kerja dkt N9 while aku dekat selangor.
Kami masih tinggal di rumah parents masing-masing, Dan berjumpa hanya hujung minggu, sama ada I balik sana, or dia datang KL. owh, aku budak purely KL, membesar dekat the heart of the city gitu.
Aku hidup dalam dunia modern and serba lengap, tak kaya, tak miskin. Lengkap, tinggal Di kawasan elite, sekolah kebangsaan pon elite.
Tapi tak kaya. Compared to my husband, keluarga dia memang susah, abah mertua start dari gred rendah, belajar sambil kerja kerajaan, dan akhirnya pencen gred agak tinggi.
Keluarga mertua aku, kalau aku dengar cerita, memang orang susah. So zaman husband I sangat berbeza dengan zaman I.
Sebab I tinggal Di kawasan elite, memang semua kawan-kawan i kaya. So aku tak jakun dengan kemewahan, sebab aku dah biasa dengan kawan-kawan yang kaya tapi diorang super humble, and tak menunjuk diorang kaya.
Keluarga Ali, sangat rapat compared dengan keluarga aku yang porak peranda, adik beradik ramai, and parents aku pon dah tua jarak jauh dengan aku, sebab aku anak 2nd last. So aku punya excited masuk family in laws ni berbunga -bunga weyhhhh!
Bagi aku, suami aku first, and family in laws aku 2nd, baru family aku. Aku devoted dengan family in laws selama 4-5 tahun gitu, excited dapat family baru yang rapat. Aku tak tau korang faham tak perasaan aku.
Tapi yes, aku excited, happy, parents in laws aku baik sangat. Alhamdulillah aku bersyukur, MIL aku caring sangat, and sayang aku macam anak sendiri. Akibatnya???
Haaaaaa (AKU RASA) Siti dah mula jealous dengan aku, sebab aku baik and rapat dengan mak dia, MIL aku selalu puji-puji aku, kadang-kadang compare Siti dengan aku (memang la dia berbulu), aku jenis ringan tulang, lepas subuh terus kemas- kemas rumah, kemas dapur, tolong MIL masak.
Lipat kan baju MIL dan macam-macam lagi la. Aku jugak wanita bekerjaya. Aku baik dengan saudara- mara suami aku. Even aku lebih mesra dengan saudara Ali, compared depan adik beradik Ali termasuk Siti. Siti pernah cakap, aku lebih tau and kenal saudara- mara compared dia.
Alhamdulillah saudara mara semua terima aku, and aku memang jenis suka rapat dengan saudara, sebab benda tu penting. Family aku? Aku ketepikan.
Sekarang korang faham tak, kenapa makcik aku suruh mak aku letak 20k? Aku (masuk dan angkat bakul sendiri). Aku sayang in laws Aku, abah pown memang sayang aku.
Tapi Siti? Makin tak suka dengan aku. (aku rasa) sebab Siti tak dapat layanan macam aku dapat dari MIL dia. Dia selalu kata, MIL dia jahat (even depan laki dia), dia asyik kata aku beruntung, ade suami dekat, (Azad off shore kn) family in laws tatang aku.
Siti ni opposite aku, dia tak rajin, bukan jenis housewife, suka mengarah- ngarah orang. Benda makin lama makin tak best sebenarnya.
2 bulan lepas nikah, I mengandung anak pertama. Alhamdulillah, scan dapat baby girl. MIL aku paling happy sebab anak Siti 2-2 lelaki. Owh before aku teruskan cerita, Siti invite aku masuk what’s app group family dia.
Dalam tu, ade semua orang termasuk biras aku Azad. Aku memang dari awal tak gemar perangai Siti, yang everything is about HER. Must be about HER.
Setiap hari merungut pasal bibik dia, merungut pasal laki dia takde dekat rumah, dalam what app group tu, dia dapat keje baru sebelum lahirkan anak kedua, sebab dia alah teruk.
And selalu tak datang kerja, and masalah dengan boss lagi. Dia pown resign lagi. Memang sejenis tak boleh kerja.
Siti jenis tak boleh susah lepas kahwin, anak first lahir private, anak 2nd pon lahir private. 2-2 scissor. Aku lupa kelahiran mana yang conpany Azad tanggung, satu lagi diorang tanggung sendiri.
YA. Dalam keadaan tiada duit banyak, hutang banyak, masih nak lahir dekat private. Sebab hidup nak senang. Aku semua anak lahir government, ikut gred laki aku.
Alhamdulillah. Aku on off gaduh dengan suami, sebab baru kahwin, baru tau perangai suami aku. Ali, tak habis-habis agungkan kakak dia.
Bagi dia, kakak dia adalah segalanya. Aku? Bini dia, letak nombor 2. Jadi faham tak perasaan aku?
Sepanjang aku pregnant, and PJJ, perut makin besar. Tak larat nak ulang alik kerja satu jam perjalanan, tak boleh nak hadap jam.
Aku bagitau Ali, aku nak sewa bilik dekat dengan tempt kerja, dia kata okey. Aku pon pindah, hujung minggu je balik rumah. Sepanjang PJJ, Ali langsung tak bagi nafkah Zahir. Satu sen pon tak ye.
Makan luar pown kami tak pernah, hujung minggu semua habiskan masa dkt rumah parents masing-masing, kalau keluar makan. Keluar dengan family. Family aku? Memang bukan jenis jalan-jalan. Family Ali, pantang cuti keluar jalan abah belanja. Ali? Memang tak pernah keluar duit.
Mungkin ini takdir, rezeki orang kata, Ali applied kerja kerajaan sebelum kami kahwin, rupanya dia adalah pegawai simpanan gred 29. And aku tak tau.
Sebab kitorang berkenalan sangat singkat. Ali called aku bagitau, aku dekat office time tu. Lepas letak phone aku menangis!! Sebab aku tak redha, sekarang pon gaji dia kecil, gred 29 gaji dia lagi kecil. Korang faham tak perasaan aku?? Aku menangis seharian dekat office.
Ali pegi training dekat negeri yang jauh selama 3 bulan. Tinggallah aku sorang-sorang waktu pregnant. Duit sewa bilik aku bayar sendiri, walaupun aku dh kahwin, and bawak anak Ali dalam perut. Ali langsung tak bagi duit nafkah.
Sepanjang training, Ali tak dapat gaji. Kena hold sampai habis training, sesak bertambah sesak. Aku pergi rumah in laws juga walaupun suami tiada, sebab aku menantu. Itu fikiran aku. Diorang agak terkejut, tapi aku rasa benda tu biasa.
Sebab Siti tak buat macam tu, dia tak pernah pegi rumah in laws dia kalau Azad tiada. MIL dia jahat kan, MIL dia puaka. Aku tak tau, sebab tak kenal MIL dia.
Habis training, Ali dapat posting dekat selangor, dekat dengan tempat kerja aku. Berkat doa in laws aku. Hidup bersama pon bermula.
Sebab Ali takde duit sangat, duit deposit rumah sewa masa nak masuk rumah baru, aku yang tanggung, sebab aku ade bonus yang banyak. Dan aku pon offer atas niat nak membantu suami. (Silap paling besar)
Ali dah start bagi aku nafkah, RM 50 sebulan. Aku redha, and bersyukur. Segala perbelanjaan rumah kami bahagi 2 sama rata. Kecuali, aku bayar astro dan dia bayar bil air and electric.
Sewa rumah, barang dapur, perbelanjaan anak, bahagi 2. TAPI, semua perabot rumah, perkakas rumah, perabot dapur, electrical items, baju anak-anak, mainan anak, barang-barang anak, segala persediaan berpantang, urut.
Aku tanggung sorang-sorang sampai sekarang. (Aku masih bodoh lagi time ni). 95% barang-barang rumah guna duit aku hasil bonus, sampai sekarang.
Aku bersyukur abang aku banyak bagi baju baby dekat aku, alatan baby jugak. Jadi, waktu anak pertama, aku tak spend duit sangat beli baju anak, semua aku harapkan abang and kakak aku.
Walaupun Ali kerja kerajaan, gaji setiap tahun makin naik, bonus dapat sebulan (sebab dia special sikit) setiap tahun. Tapi bonus tu, hanya beli baju Raya untuk aku dan anak.
Bonus aku? Semua untuk keluarga, rumah, anak, dan suami. Pergi berjalan, makan luar semua aku yang bayar. Ali? Hanya duduk tepi je. (Aku yang salah)
Aku tak tahan nak dengar luahan Siti dalam what’s app group family tu, sebab semua orang kena jaga hati dia, kena dengar cakap dia, adik perempuan dorang tiba-tiba left group, tak tau pasal apa. Aku time gaduh dengan Ali, aku left group family tu jugak. Atas alasan aku gaduh dengan Ali.
Padahal aku rimas dengan perangai Siti. Emotional kan aku? Kurang ajar? Sukahatila korang nak judge. Setiap kali aku jumpa bibik, memang bibik mengumpat je pasal Siti. Aku dengar je la.
Punya aku takde duit time aku mengandung, duit aku betul-betul cukup sampai dapat gaji. I tak makan lunch, sebab duit tu nak beli barang dapur balik nanti untuk makan malam.
Sebab suami aku jenis membatu, duduk diam je kalau takde lauk dekat rumah. Jadi akulah yang kena fikir, kena beli, bawak balik masak.
Aku fikir suami tak makan, tapi anak aku dalam perut aku tak hirau. (Bodohnya aku) Perangai dia asyik tengok phone pon satu hal, nak tolong aku masak memang tak reti.
Nak bersihkan rumah tak reti. Cuma dia tau kemas rumah, hence rumah aku sentiasa kemas. Dia dah start pandai basuh, sidai and angkat baju. Lipat baju masih aku, sampai sekarang.
Ali tak pernah naik tangan, tak pernah tinggi suara, dia banyak diam. Kalau aku cakap, dia pon tak pandai bagi response. Macam aku cakap dengan dinding pon ye. Dia bagi nafkah semampu dia. Dia pada pandangan keluarga aku, dia layan aku sebaiknya. Ye. Dia memang layan aku dengan baik.
Walaupun banyak yang aku sakit hati pasal duit, tapi aku faham dia memang takde duit lebih, jadi perbelanjaan birthday party ke apa, aku yang tanggung. Kalau kawan dia atau family dia datang rumah, dia beriya beli makanan, sediakan semua.
Kalau kawan aku and family aku datang, dia buat tak tau, tak nak spend duit beli ape pon, just tidur je sampai tetamu datang. Itu pon duduk diam tak borak-borak. Pendiam. Ye. Jadi kitorang ni ape? HOUSEMATE pada pandangan aku.
Siti dengan aku memang tak boleh ngam, aku paksa diri untuk ngam, tapi hati aku memberontak. Siti pown memang tak suka aku, sebab aku rasa MIL asyik puji aku.
Moment yang paling buat aku terasa hati dengan Siti pon bermula. Anak aku start sakit sawan, unknown sebab apa, kena warded seminggu.
Siti memang perihatin, dia memang sayang my daughter sebab dia takde daughter. Memang selalu bagi daughter aku macam-macam. Beza anak-anak dia dengan anak aku setahun je setiap sorang. Jadi anak aku memang rapat dengan anak-anak Siti. Aku pon memang lebihkan family in laws.
Setiap kali aku dapat rezeki lebih, aku memang belanja satu family makan. Selalu keluar dengan in laws, jadi memang anak aku biasa dengan in laws. Aku pon biasa kan belikan something untuk rumah in laws, sebab aku sayang diorang. Selepas anak aku keluar dari hospital,
Kitorang mintak MIL aku tolong datang rumah jaga anak aku, sebab Kitorang tak nak hantar pegi pengasuh, sebab baru baik dari hospital.
MIL aku okey, sebab dia memang willingly tolong Kitorang. Tapi, Siti memang tak suka dengan idea tu. Dia mati-mati suruh MIL aku balik and kitorang tinggal kan our daughter dekat rumah in laws je. Aku?
Sedih keliru, sebab anak aku fully breast feed. Kalau aku pisah dengan dia susu aku mesti drop, and aku kna pump sentiasa bangun tengah malam. And yes, sebab pisah dengan anak, susu aku dropped. Aku sedih, Siti tak bagi MIL duduk dengan Kitorang, seminggu je pon.
Ali called Siti tanya kenapa, dia kata susah dia nak jumpa mak nanti. Siti cakap dia kan dah bawak kan kurma, madu semua pergi hospital, kitorang nak ape lagi?
Suami aku dah mula tak puas hati sebab MIL aku selalu spend time tidur rumah Siti, tolong jagakan anak-anak Siti, even Siti tu ade bibik ye.
Alasan dia, suami dia takde, keje off shore. Selalu jugak dia hantar anak ke-2 dia balik kampung, sebab dia kata bibik tak boleh nak handle 2-2 anak dia. Dia time tu kerja sekejap, dia penat kerja tak boleh nak handle anak-anak langsung.
Ntah aku malas comment. Jadi makan hatilah kitorang, Siti memang nak MIL aku untuk dia sorang je. So dari perangai Siti ni, sebab dia dah berbudi time anak Kitorang sakit maka dia rasa ada kuasa vito untuk decide everything.
Sebab benda ni la aku paling tak suka nak terhutang budi dengan Siti sampai sekarang. Semua aku akan usaha sendiri.
Aku pernah kena warded sebab vertigo. 3-4 hari rasanya, sepanjang aku warded yang jaga anak aku, MIL and FIL. Laki aku, jaga aku and hantar susu dekat anak.
Husband aku memang bagus tak pernah tinggal kan aku sorang setiap kali aku warded. lepas keluar wad, doctor suruh aku rest, jangan jaga anak lagi.
Aku? Berat hati, sebab lama sangat anak aku dekat kampung. Ali cakap, takpe, bagi aku sihat sepenuhnya. Aku akur dan kitorang balik rumah.
3 hari selepas tu, Siti what’s app aku malam tu. First ayat dia, jangan bagitau Ali. Aaahhh sudah ape lagi. Aku memang dah tak nak layan request dia.
Aku terus tunjuk Ali. Siti cakap, mintak aku ambil anak aku dekat kampung sebab abah dah complaint dekat dia “waktu muda jaga anak, dah tua kena jaga cucu.
Abah kesian tengok mak bangun malam panaskan susu badan aku” jadi Siti mintak aku ambil anak aku. Aku? Runtuh jantung time tu.
Sebab dengar aku ni menyusahkan in laws aku. Menangislah aku depan Ali, aku whatsapp kata Ali dah baca. And kitorang akan ambil anak hujung minggu. Ali bengang, sebab sebelum ni MIL jaga anak nombor 2 Siti lagi lama dari jaga anak aku.
Anak nombor 2 dia pon susu badan, MIL kena bangun malam jugak. Jadi aku tak nak ulas, tapi aku rasa Siti tak suka, sebab MIL dah penat tak boleh jaga anak dia pulak yang no-2 tu. Sebab bibik jaga anak no 1 kn?. Aku sedih kecewa semua ada.
Siti pon tak suka aku sangat, ade one time. Dia tinggal kan aku, anak aku dengan adik ipar lelaki aku je. Siti, MIL, bibik and anak-anak, and adik ipar perempuan keluar pegi birthday party anak kawan Siti.
Suami aku dengan abah mertua keluar, jadi terpinga-pingalah aku. Diorang tak tau ke, aku haram duduk dengan adik ipar lelaki.
Aku malas ulas. Dahlah balik kampung nak spend time dengan family in laws, tapi kena tinggal. Aku sampai sekarang masih terfikir, kenapa dia sanggup bawak bibik, dari bawak aku and my daughter.
dia memang tak suka aku. Setiap kali Kitorang balik kampung, mesti mak mertua nk ajak pegi rumah Siti. Ye, setiap kali balik kampung, akhirnya end up dekat rumah Siti. Kalau tak pegi, Siti merajuk.
Aku and Siti pernah buat Majlis akikah bersama, dia nak sambut birthday anak dia nombor 2 sekali. Aku ni traditional tak suka idea pakai baju biasa time akikah. Siti beriya suro semua orang pakai baju theme superheroes nak sambut birthday anak dia, aku tak setuju and tak ikut dia.
Dia belikan baju super heroes untuk semua orang dalam family kecuali aku dan anak aku. Suami aku pon ikut je cakap Siti. Semua tukar baju lepas tengahari.
Aku, dari pagi pakai baju kebaya, malam sebelumnya, aku belikan baju super heroes dekat giant utk anak aku sebab tak nak dia tersisih.
Suami aku? Langsung tak kesah. Siti dari pagi tak muncul waktu marhaban cukur kepala anak-anak. Yang handle semua MIL aku. Siti muncul time birthday party je.
Padahal akikah anak sama-sama. Dia terlalu modern mungkin. Persediaan semua dia tak join bagi arahan dekat bibik je. Aku dengan MIL buat muffin as door gift, sebab aku tak mampu nak beli door gift.
Fast forward, aku dapat kerja baru, gaji pon baru. Alhamdulillah gaji besar, mestilah lagi besar dari suami, baru aku dapat bernafas, beli baju baru. Dapat makan mewah. Alhamdulillah. Dari sesak takde duit nak makan, sekarang aku boleh spend utk aku makan je.
Walaupun gaji aku besar, aku tak reti nak spend untuk diri sendiri, sebab semua gaji aku pegi dekat suami dan anak, and rumah. Aku lengkapkan semua yang takde. Aku rasa bersalah kalau aku spend untuk diri sendiri. (Bodoh kan?)
Nak dijadikan cerita, aku tak lama dekat company baru, ade masalah. And aku resign, tanpa ada kerja baru. Aku jadi housewife, dan menangis setiap hari sebab aku ada insurance, kereta and ASB loan yang kena tanggung.
Aku guna semua simpanan yang aku sempat buat time aku dapat kerja baru, tak bayar kereta, lepas kan insurance, batalkan loan untuk survive. Cantik aturan Allah, suami aku kena transfer dekat kampung parents dia, abah mertua aku baru pencen, jadi duduk kampung.
Rumah sewa baru kami dekat dengan kampung suami. Jadi segala perbelanjaan, suami tanggung. Kos pindah rumah, rumah sewa baru semua.
Aku menganggur 3 bulan sahaja, dan aku memang kes lawan company lama dekat labour law. Aku dapat pampasan, cukup cover 3 bulan aku tak kerja.
Mungkin sebab aku memang belanja atas keluarga, Allah bagi aku rezeki yang tak putus. Sepanjang aku tak kerja, rezeki Allah bagi tak pernah putus, walaupun sikit tapi ade. Husband aku masih bagi RM 50 sebulan.
Time aku tak kerja, kedekut dia makin menjadi. Sampai mak aku datang pon, beras berkira. Kawan aku datang, buat tak tau, aku la tanggung malu tersipu tak hidang makan ape dekat kawan aku, sebab aku takde duit. Laki aku? Sorok dalam bilik tidur.
Owh, semua ni aku cerita dekat MIL and Siti. Sebab MIL aku baik, dia akan nasihatkan Ali. And setiap kali lepas mak dia nasihatkan dia, memang perangai dia berubah, and jadi lebih baik. Kecuali kedekut, memang sampai sekarang tak berubah.
Suami Siti, dapat kerja company baru off shore yang agak jauh, dekat pasir berdengung. Gaji yang sangat-sangat besar.
Maka, Siti pon ikutlah suami dia pegi dekat pasir berdengung. Rezeki dia sebab hutang keliling pinggang sampai dah tahap AKPK, maka Azad kena cari kerja yang offer tinggi untuk cover segala hutang.
Siti ni pemurah, dia dah senang sikit dia belanja adik beradik dia pegi USS dekat Singapore.
Aku ade doubt sikit, sebab nanti dia akan guna “kan akak dah belanja pegi USS Singapore”. Aku tak nak dia guna ayat ni nanti. Tapi aku dengan rela hati pegi je lah join, sebab aku malas nak create issue.
I mencelah sedikit, setiap company yang I kerja, ade medical benefits untuk family sekali. Jadi, Ali ni senang hidup dengan aku. Medical panel clinic unlimited. Masuk hospital, jumpa specialist semua free. Aku dari kerja pertama sampai sekarang, minyak, handphone company tanggung.
Kerja paling latest, sebab aku manager, company siap bagi kereta. Nikmat apa lagi yang kau nak dustakan? Alhamduillah, aku bersyukur.
Anak-anak aku sakit semua company tanggung, kecuali O&G je tak cover. Ali? Senanglah hidup, pegi mana guna kereta aku sebab minyak free, berbaloilah hantaran 20k tapi bayar separuh.
Aku, Alhamdulillah gaji okey, banyak benefits, kerja dekat dengan rumah. Perangai suami aku? Masih sama, gaji aku lagi banyak. Jadi aku lah yang keluar banyak duit untuk semua perbelanjaan tepi. Suami aku, pandai mintak aku belanja itu ini, siap ajar anak Kitorang “Ibu banyak duit”.
“Ibu dapat gaji, tak belanja pon” Aku masih lagi bodoh. Tahun Yang sama, Ali dapat keluar semua duit KWSP dia, aku tak pernah ambil tau.
(Aku bodoh). Sebab gaji aku pon ada. Ali, pulak belanja kitorang pegi sabah. Dia naik kepala sikit, sebab dia belanja semua kan. Selama aku belanja semua, aku takde pulak naik kepala. Duit KWSP dia aku tak tau berapa, dan pegi mana.
Aku tak nampak depan mata. Sebab takde barang-barang besar pon dia beli. Last sekali dia guna untuk kereta. Aku masih macam biasa tanggung semua perbelanjaan bersama. Dan banyak barang rumah aku masih lagi tanggung.
Family in laws aku, jenis yang sangat open. Semua girlfriend/boyfriend anak bawak balik rumah tunjuk parents and rapat pulak tu. Siap bawak pegi holiday sekali,
Berlainan dengan family aku, Siti tak kahwin dengan long time Bf dia, panjang cerita. Malas aku. Adik dia pon sama, tak kahwin dengan long time gf dia.
Panjang cerita. Tapiii! Adik ipar aku punya ex-gf rapat gila dengan MIL and Siti, yelah dah berkepit dengan family tu almost 5 tahun, lagi lama dari aku. Time dorang official broke up, MIL aku nangis gila-gila. Time ex-gf adik ipar kahwin pown sama. Ali je tak pernah bawak balik gf.
Memang takde yang lama dengan dia. Nasib jugak takde. Sebab MIL aku asyik tersasul and sebut-sebut ex Siti and ex gf adik ipar. Kalau aku jadi biras-biras aku, boleh makan hati berulam jantung. Biras aku semua memang hati kental.
MIL aku pon ade bad side, waktu Azad tu tak menyenangkan, ade gaji besar tapi tak cukup, and MIL Siti layan Siti mcm puaka. MIL aku pernah cakap Azad tu tak guna. Aku terus tersentak, padahal Azad tu keluar cari rezeki untuk bagi Siti hidup selesa kot.
Siti housewife ye. MIL tak tau yang Ali cuma bagi aku RM 50 je. Dan banyak aku tanggung dalam rumah tu. Biras perempuan pon sama, waktu awal-awal diorang kahwin, MIL aku boleh cakap “kalau mak tau perangai mak bapak dia macam tu, mak tak bagi dia kahwin dengan tak xx (adik ipar aku)”.
Aku tersentak lagi sekali, MIL mesti ada kutuk aku juga. Sebab MIL aku cakap macam tu, family biras aku ni macam pentingkan pangkat,
Yelah time bertunang, juru cakap tu tekan kan yang dia tu doctor. Time wedding, Ayah biras aku tanya-tanya adik ipar aku berapa orang dato’ tan sri’ yang akan datang Majlis dari belah kitorang. (Majlis kahwin dibuat bersama). Jadi benda-benda ni in laws aku tak suka la.
Sebab belah diorang takde dato Datin tan sri Puan sri doktor kerabat ke. Aku? Dengar jela semua ni.
Tahun yang sama Siti pergi pasir berdengung, adik ipar lelaki aku kahwin.
Bermula episode suka duka dalam perkahwinan aku. Aku happy dapat biras baru, sebab dapat kawan baru kan. Aku seronok.
Tapi, bermulalah permainan Siti selepas adik ipar aku kahwin. Siti dah mula jadi orang kaya, sebab dah lama Azad kerja off shore, segala hutang dah hampir selesai bayar.
Hidup dah makin mewah, dan Siti memang belanja semua orang kaw-kaw. Erti kata lain, dia control semua orang dengan duit yang dia ada.
MIL aku paling kena control dengan duit Siti, waktu Siti and Azad susah, memang in laws aku yang banyak berkorban bergadai emas.
Jadi Siti nak balas balik jasa in laws aku. Dia memang kikis duit Azad utk family in laws aku. Apa yang Azad bagi family dia, Siti nak jugak bagi belah in laws aku. Alasan, sebab in laws aku yang bersusah-susah time diorang susah. Nthlaahhh labu.
Time aku dah senang sikit, kitorang memang suka tidur hotel. Of course la aku Yang tanggung. Siti pown DM story aku cakap, “bestnya sekarang dah selalu jalan-jalan tidur hotel”.
Aku pon dengan selamba nya jawab “alhamdulillah ada rezeki lebih, you pon apa kurangnya, new year pon sambut dekat hotel”.
Siti ni pon memang suka tidur hotel sebab dia mampu, siap bawak ex gf adik ipar bagai, Ali pon ikut perangai kakak dia tapi guna duit aku. Dia bijak aku bodoh.
Lepas adik ipar aku kahwin, dia dengan biras aku banyak spend time dekat rumah in laws. Aku pown tak faham. Tapi dari situla Siti and adik ipar perempuan aku rapat dengan biras perempuan aku. Segala aktiviti dibuat bersama.
Aku? Busy kerja, diorang takde pon nak ajak aku walau rumah aku dengan kampung cuma sejengkal.
Owh, sejak siti pindah pasir berdengung, dia takde rumah sendiri. Segalanya campak dekat rumah in laws dekat kampung. Sampai sekarang.
Okey, sambung balik pasal biras aku. Sebab dorang rapat, and biras aku jenis mengikut cakap Siti, bangga and bahagialah Siti ni. Semua bnda upload gambar biras aku, tag biras aku dekat IG. Anak biras aku pown, dia upload tag biras aku.
Anak-anak aku? Kalau dia upload haram nak tag aku. Kalau event ada aku, Raya ke ape ke, dia TAKKAN upload gambar aku. TAKKAN.
Upload gambar dia Azad and anak-anak dia je.
Kalau yang tak de aku, kemain setiap sorang family member in laws biras semua bergambar. Aku? Macam tak wujud dalam family. Sebab ape?
Aku kena cerita ni, bagi korang faham kenapa.
Tahun selepas adik ipar aku kahwin, kejadian covid melanda. Adik ipar aku kerja bahagian aviation takde kerja. Jadi biras perempuan aku la yang banyak keluar duit. Walau dia tak payah bayar rumah, sebab adik ipar aku beli rumah sebelum kahwin.
Owh, aku dah dapat masuk kuarters dan dapat anak kedua beza 11 hari dengan anak ke-3 Siti. Sepatutnya sekali dengan biras, tapi biras aku keguguran so anak dia lahir setahun selepas anak kitorang. Bayaran kuarters still bahagi 2 ye.
Rezeki anak ke-2 aku, Ali dapat naik jawatan ke gred 41. Nafkah aku masih sama. Biras aku and adik ipar duduk dengan in laws sepanjang adik ipar aku takde kerja, and biras aku bekerja dari rumah. Siti pon dapat balik lama.
Siti selalu tag biras aku dekat IG, buat aktiviti dengan biras aku. Dengan aku? Tak ye. Aku macm tak wujud dalam IG dia since aku ade biras perempuan ni. Senang cerita, I’m not a part of the family anymore.
Aku dapat rasa, Siti memang gunakan biras perempuan aku untuk tujukan dekat aku, yang dia ada pengganti yang lebih baik dari aku. Siti memang suka orang kipas dia, puji dia, biras aku pulak memang jenis pandai ambil hati Siti.
Ikut cakap Siti, berlainan dengan aku, yang memang bukan macam tu. Aku ikut kepala aku, dan akan buat benda yang aku rasa betul je.
Siti kan tak suka aku, nak dijadikan cerita. Adik ipar perempuan aku punya boyfriend kna covid, and mak dia meninggal.
Aku dengan Ali kerja setiap hari macam biasa sebab kitorang category front line. Hari yang Siti balik dari pasir berdengung, aku dengan Ali kena balik rumah sendiri dah la.
Sebab Kitorang kerja macam biasa kan. Siti dengan MIL aku tak nak salam Kitorang sebab bahaya konon nya. Padahal aku dgn family aku tidur situ dah 2 malam. Lawak kan? Aku terasa hati.
Balik sampai rumah, malam tu. Suami aku dapat what’s app dalam group family dia cakap, kalau boleh jangan datang rumah sebab mak abah mertua dah tua, nanti kna covid bahaya. Biras aku work from home takpe. Aku? Owh tak boleh aku membahayakan bawak virus.
Masalah paling besar anak aku yang first sekolah tutup. Mana aku nak letak anak aku? Dan Siti kata kalau nak hantar anak boleh, tapi dekat pagar je. Aku tak tau nak gelak ke ape. Engineer tapi bodoh. Kalau dah kitorang ade virus, dan kenape anak aku takde pulak?
End up aku kata dengan Ali, kita try hantar kakak dekat taska adik. (Sebab taska adik dibenarkan operasi). Boleh. Kakak dikenakan bayaran RM50 satu hari.
Korang kiralah sendiri berapa kitorang kena tanggung. Allah nak tolong, proncipal tadika kakak boleh jaga dari rumah dia, Kitorang just bayar yuran full day macam biasa. Alhamdulillah.
Seminggu selepas tu, Siti ajak semua orang datang rumah sambut birthday anak dia, siap order pool letak dekat rumah bagai untuk anak-anak dia.
Minggu lepas tak bagi aku and family datang, Tiba – tiba boleh? Lawak kan. Ali keje, and aku tekad tak nak datang. Aku merajuk betul dengan kejadian minggu sebelum.
Anak aku nombor satu je pegi, itu pown sebab Ali pujuk-pujuk. Aku tak tau ke tak Ali tau perasaan aku selama ni. Dia perasan tapi tak pernah tanya, dia diam dan tengok sahaja.
Sejak dari aku tak datang birthday anak dia nombor 3, Siti memang terasa hati and menjadi-jadi sisihkan aku dari family.
And aku rasa biras perempuan and adik ipar perempuan pon lebih kurang sama, sisihkan aku. Ntahlah. Aku rasa. Sebab, time I punya birthday, adik ipar perempuan tolong orderkan surprise delivery on behalf of suami. Tapi, satu wish pown aku tak dapat dari adik ipar perempuan.
Pelik tak? Padahal years before okey je, aku tak pernah miss bagi hadiah even adik- beradik aku sendiri pown aku tak bagi. Yelah 8 orang woiiii ramai. Biras perempuan pon sama, aku macam eh, semua orang dah tak suka akulah.
Alamak, ni lupa nak cerita. Sebelum covid melanda, Siti ade upload IG story kata biras perempuan aku the best menantu of the year sebab belanja pizza.
Aku? Yes aku memang super terasa. Selama yang aku tabur bakti duit, bagi pinjam duit ni semua tak bermakna ke. Ape yang aku tolong selama ni, tak dihargai.
Aku belanja makan setiap kali bonus, takde nak hargai aku macam biras aku dapat. Biras aku pon sama perangai opposite aku, aku tak kesah sebab semua orang perangai berbeza. Mak abah mertua pujuk- pujuk kata jangan terasa hati.
Aku? Sebulan nangis hari-hari. Siti cakap aku tak perlu terasa hati sebab dia nak ambil hati biras aku yang tengah sedih. Nanti aku cerita.
Sebab kejadian tu aku pon dah tak datang rumah in laws sangat. Padahal, rumah in laws tu lah rumah ke-2 aku.
Biras aku dengan adik ipar dia boleh dikatakan tak bahagia awalnya. Aku pon tak faham, adik ipar aku tak dapat move on dari gf lama ke apa.
Dia memang asyik marah-marah, tak layan biras aku dengan baik. Berlainan sangat dengan sifat Ali layan aku. Siti, aku and MIL memang kesiankan biras aku ni.
So pada mulanya aku anggap Siti kesiankan biras aku sebab adik ipar aku setiap hari buat dia nangis. MIL aku pon tak tahan bila dorang gaduh.
Aku pon kesian sangat dekat biras. Aku adelah bagi dia kata-kata semangat semua. Try dengar luahan hati dia. Tapi makin lama aku nampak, Siti ni lebih kepada gunakan biras aku untuk kenakan aku. Aku rasa.
So terus terang aku kata, since semua ni jadi aku rasa semua orang against aku. Siti yang utama, then adik ipar perempuan aku follow, aku rasa biras aku jugak. And now MIL aku. Ntahlah. Perbuatan dorang semua menunjukkan dorang tak suka aku.
Siti ni suka upload pasal kehidupan dia, semua la. Kalau boleh berak pon nak upload. Sekali la dengan perli-perli aku. Selalu cerita kisah sedih dia sebab laki dia off shore semua dia kena handle sorang-sorang. Aku pon kadang terbalas jugak dekat IG story.
Siti discovered dia pandai masak, buat kuih, buat Biskut sejak duduk oversea, sebab circle dia semua memang masak. So dia memang terikut and memang pandai and siap buat jual an lagi. Buat catering semua. Dia pon omula join running.
Dari benci exercise sampai jadi coach. Hebat taw, you never know your capabilities until you try. So dia memang bangga la dengan kejayaan dia. Aku, memang dah lama exercise jogging jaga badan semua.
Siti dari size L Boleh jadi S. kaya, hari-hari tunjuk barang-barang branded. Buat aku rasa muak jugak nak tengok, and aku decide tak nak tengok. Sampaila IG story dia tak muncul lagi.
Ade satu post tu, Siti ajak semua orang pegi pasir berdengung, tag satu family kawan-kawan dia. Kecuali aku and Ali. Kau rasa? Of course la aku terasa.
Aku dan ali sentiasa tersisih, and Siti ade power untuk control everything sebab dia kakak sulong and kaya raya berduit. Aku memang menangis la berhari-hari.
Aku post dekat IG closed friends aku menangis, lupa pulak MIL aku ada. Terus MIL marah dekat Siti kata post dia yang buat aku menangis.
Siti dengan aku pon berbalasla DM dkt IG, aku pon memang luahkan semua apa yang aku rasa. Takda nak cover-cover, semua aku bagitau.
Dia terasa aku tak datang birthday anak dia, and setiap kali dia ajak kitorang pergi pasir berdengung Kitorang macam tak beriya jawab, kan mahal kan. Aku mana mampu, laki aku lagi la.
Biras aku jawab menyenangkan hati dia, well dia memang suka kena please. Dia complaint lagi dekat aku, aku tak pernah bawak mak abah mertua jalan-jalan tidur Hotel. Aku bagitau Siti direct ea, mak bapak aku sendiri pon aku tak bawak jalan.
And guna duit sapa kalau tidur hotel? Duit aku kan?Dah kenapa pulak jadi tanggungjawab aku untuk bawak in laws jalan-jalan. Tu adik dia bukan aku. And dia tambah lagi, kalau dia dah balik pasir berdengung baru nak keluar family vacation tanpa dia.
Aku nak gelak, tapi aku faham perasaan dia. Satu vacation tu, Ali nak bawak mak abah dia pegi Desaru, dia belanja hotel. Biasanya adik ipar perempuan aku tak ikut, dia lebih gemar duduk rumah. Tapi waktu tu dia nak ikut pulak.
Nasib bilik yang Ali beli untuk mak abah tu muat, kitorang beli dalam agoda 2 katil single, dapat 1 queen 1 single. Alhamdulillah.(Kuasa Allah yang atur)Tiba-tiba, adik ipar lelaki aku dengar, dia pon nak join sekali, padahal dia tengah quarantine covid. Aku?
Okey jelah. So vacation tu sama sekali tak dirancang ea. Takde niat nak tinggalkan Siti, kau berani? Dia merajuk siapa nak tanggung? Dia siap kata aku sisihkan anak-anak dia.
Aku gelak, sebab gambar anak-anak dia lagi banyak dalam handphone aku berbanding gambar anak buah aku 23 orang semuanya. Biras aku pown tak upload gambar anak-anak dia sangat. Kenapa semua kesalahan jatuh pada aku??
Sejak dari kejadian tu, jujur aku kata, mana-mana pegi dengan in laws aku tak update dah, sebab nanti Siti ingat Kitorang nak sisihkan dia.
Conversation dekat atas tu pon aku share semua dengan Ali. Bagi dia tau kakak dia macam mana. Hutang Siti yang dulu tu pon semua aku cerita balik, memang ternganga Ali dengar, lepas 5 tahun kahwin baru tau cerita sebenar.
Ali pon dengan Siti aku nampak macam kurang dah. Aku memang tawar hati buat kali ke-2. Sebulan aku nangis hari-hari lagi.
Kejadian yang buat aku paling tak kesah dan paling akhir. Siti balik dari pasir berdengung bulan puasa, nak iftar dengan family dia. Satu family pegi hotel bukak puasa, family aku?
Tak join. Bila aku tanya suami, kenapa tak join? Ali bgtau sebab tak sempat nak beli dah, yang belikan tu tunang adik ipar perempuan. Aku bagitau, kan boleh beli last minute. Ali pon aku tak faham, dia kata nanti je iftar lain. Jadi tersisihla lagi kami, dengan I
IG post Siti caption “family”. Aku boleh berani potong tangan, kalau aku join haram dia akan post. Aku depression 3 hari, migraine semua.
Lepas dari tu, Ali bawak semua orang iftar dia nak belanja. Memang takde gambar family pon. Aku dah agak. Jadi? Memang dia nak sisihkan aku lah kan. Sejak dari kejadian aku tak dijemput tu, aku dah tekad dalam hati.
Kalau Siti and biras perempuan aku baik sampai tahap makan taik masing-masing pon aku tak nak terasa kesah. Hati aku dah kosong.
InshaaAllah lepas ni aku tak terasa dah ape-ape kalau aku disisihkan lagi.
Kalau itu niat Siti, aku serahkan pada sang pencipta untuk mengadilinya nanti. Bak kata kawan aku, “who do you want to please? The Creator or His creations?” Deep.
Bila aku cerita dekat girlfriends aku, dorang kata Siti just jealous dengan kejayaan aku. Dengan diri aku, sebab aku usaha sendiri, peribadi aku sendiri, so dia buat macam-macam untuk nampak lebih hebat dari aku. Sejujurnya aku lebih suka kalau semua orang berjaya. Takde aku nak kesah rezeki orang.
Siti makin lama makin improves, memang rajin masak, bangun pagi, rajin semua, mewahkan parents dia, baguslah, hubungan dia dengan in laws dia pown makin baik.
Tak taula sebab duit ke apa, aku husnuzon je la, memang dia dah okey la kowt. On top of that, dia pown ramai kawan and hidup happy dekat pasir berdengung.
Tapi ramai jugak yang dah putus kawan dekat sini. (Aku tak nak cerita). Dah kaya raya, berlgak itu pasti. Barang-barang kalau cerita tak nak kalah, cerita hanya yang mahal-mahal untuk dia. Yelah, dia seorang sahaja yang mampu. Aku marhaen.
Disebabkan hal aku dengan family in laws. Waktu covid tu, aku sentiasa video call adik beradik aku.
Disebabkan banyak kematian berlaku di sekeliling, siblings aku mula sedar, Kitorang and parents pown boleh pegi bila-bila masa tanpa ade memori bersama. Jadi aku dan mula lebih kan family aku dalam segala Hal.
Family aku dulu, baru family in laws. Ali pown aku letak belakang. Kitorang buat family trip, always on video call. Aku sayang family aku yang selama ni aku campak tepi. Kakak aku dulu banyak kali merajuk dengan aku kata aku lebih kan family in laws.
Sekarang aku pegi balik dekat orang yang betul sayang aku seadanya, family aku. Yang tak pernah sisihkan aku. Yang lebih hargai aku. Hari-hari aku rasa nak balik rumah parents aku yang pada masa dulu aku tak sabar nak tinggalkan.
Mak aku traditional, selagi tak kahwin tak boleh duduk luar. Hatta dulu aku berulang alik dari tempat kerja. Baru aku nampak bertapa best nya family aku sendiri. 23 anak buah, meriah family aku. Aku nak balik rumah parents aku.
Perangai Ali.
Ali ni, setiap kali kitorang gaduh dia akan improve. Berubah. Ye, aku bagitau MIL aku benda yang sama. Ali ada sifat yang bagus, semua benda yang aku tak puas hati dia akan berubah dari masa ke semasa kecuali kedekut ni.
Biar aku cerita, pasal kedekut paling besar buat hati aku retak berkecai, jadi abu dah pon aku rasa.
Tahun ke-6 kami kahwin. Waktu covid, semua orang dibenarkan keluar duit KWSP. Tak terkecuali adik ipar lelaki aku.
Dia kan takda job sangat, sebab aviation slow. Ali cerita adik ipar lelaki keluarkan 10k. Aku pown dengar jelah, and memang perlu la. Kalau tak kesian biras perempuan aku.
Aku nampak IG story biras perempuan aku dia beli emas. Aku terus tersentak, ya Allah, dapat duit terus hargai isteri beli emas, 10k je pon.
Bagus adik ipar laki aku ni. Nampak macam tak suka isteri, marah-marah, layan tak baik. Tapi tak kedekut dengan isteri. Owhh perangai adik ipar lelaki aku memang tak kedekut.
Kitorang dah biasa kena belanja dengan dia, ticket flight la, makan la, hotel la, dia memang sentiasa menyumbang. Aku doakan dia murah rezeki.
Aku mula terus terfikir pasal duit KWSP laki aku pulak yang aku tak tau berapa. Aku pon tanya dia, yes dia dapat 30k.
Aku terus menangis, 30k woiiiiiii. Satu ape barang dia tak belikan apa-apa untuk aku. Dia pernah tanya waktu tu nak apa. Aku jawab nak Al-Quran. (Aku yang bodoh, ni guna duit gaji pown boleh beli).
Jadi aku merajuk bukan sebulan. Tapi almost setahun. Aku menangis-menangis dengan sifat dia yang tak hargai aku langsung. Satu baju pon dia tak beli untuk aku. Dia kata dia dah belanja aku pegi sabah. Ye, yang itu dapat bonus biasa pon boleh.
Ni 30k KWSP woi!!! Aku berkorban duit bonus yang aku punya untuk lengkapkan apa yang tak cukup, aku bawak dia pegi shopping setiap kali aku dapat bonus, aku fikir suami and anak-anak.
Dia? TIDAK. Dia bagitau dia bayar hutang dengan abah dia, then duit balance simpan, lepastu cat kereta. Aku??? Yilekkk. Aku yang berhempas pulas 6 tahun 95% guna duit aku. Ape aku dapat?
Lepas aku bebel-bebel merajuk semua, aku siap cakap dah kenapa kuarters kena bahagi 2 jugak. Ali setiap kali naik gaji, dia akan ambil alih sikit-sikit.
Contoh susu and diapers anak, barang-barang dapur tak bahagi 2 dah. Tapi aku pon ade beli barang dapur jugak. Dia kata kenapa tak claim dekat dia balik.
(Aku bodoh). Aku mengamuk, aku kata tak nak bayar kuarters dah. Nafkah aku, dari tahun pertama RM 50? At least naik lah RM 10 ke kan.
Bendul betul. Memang dia naik kan dri RM 50 ke RM 60 bulan berikutnya.
Ali punya kedekut before ni, kalau harga barang RM 35.60 aku tolong belikan. Dia akan transfer dekat aku RM 35.60, takda nak transfer lebih. Kalau aku buat dia kata aku kedekut bonus banyak berkira. Kalau dia buat dia tak sedar. Gaduh lagi kitorang.
Ali punya kedekut, kalau belah aku punya family gathering, satu sen pon dia tak sumbang. Flight ticket ke hotel ke makan ke, transportation ke satu pown dia tak sumbang duit. Aku? Ikutkan je sebab aku fikir gaji dia rendah.
Sekarang, aku dah tak bodoh. Aku terluka sampai aku pernah meraung dekat girlfriends aku cerita pasal benda ni semua dekat dolly dim sum putrajaya. Satu kedai tengok aku menangis tak henti, dari awal makan sampai dah habis.
Aku tak bodoh, bonus aku dah tak spend dekat Ali. Aku simpan sendiri. Semua Aku simpan sendiri. Aku dah jadi kedekut, and aku dah tak kesah. Aku spend semua duit gaji aku, bonus aku untuk kecantikan aku. Barang-barang aku.
Ali dah naik kan nafkah dari RM 60 ke RM 100. Sebab dia dah habis bayar kereta. Korang boleh nilai sendiri la.
Hati aku tak bahagia, sebab Ali masih lagi kedekut. Aku baru bukak mulut, terus kata “I takde duit taw”. Aku baru nak cerita belum mintak pon lagi.
Hati aku tak bahagia, sebab hati aku dah jadi abu. Hari-hari aku ratib nak bercerai.
Aku nak bercerai 50% sebab Ali. 50% lagi sebab Siti. Terlalu banyak memori yang terluka aku lalui dalam keluarga in laws aku.
Aku dah tak tau macam mana nak hadap untuk tahun-tahun mendatang. Hati aku mati. Tapi aku ada anak-anak yang masih kecil. Aku dah pernah discuss dengan Ali, dia pon membisu.
MIL aku pon cakap. Kalau dah tak tahan cerai jelah. Aku pegang yang itu. Ali ade usaha jugak untuk buat benda jadi better kalau aku ungkit nak bercerai.
Tapi bila benda dah okey, perangai kedekut dia datang lagi. Dia kata aku gila mintak cerai setiap tahun. Aku kata, setiap tahun atas sebab berbeza.
Ali tak salah, sebab aku tak pernah mintak dia kata. Mungkin aku kena merengek-merengek, mintak berkali-kali kalau tak dapat. Tapi tu bukan aku. Aku bukan sifat macam tu. Kalau aku kahwin lain aku akan buat macam tu. Aku belajar.
Siti tak salah, sebab dia buat semua benda demi kepentingan dia, adik-beradik dan mak abah dia. Dia akan usahakan dengan cara apa sekali pon walaupun benda tu melukakan aku.
Yang salah aku. Aku lah yang salah.
Aku Penat nak hadap semua benda. Penat kerja hari-hari pon tak settle, nak hadap masalah family yang menyusahkan otak aku, menyusahkan hati aku.
Aku penat. Aku penat.
Aku salah, sebab dari awal terlalu manjakan suami aku, sampai dia tak ambil balik tanggungjawab dia.
Aku salah sebab terlalu sayang kan family in laws dulu, sampai aku sakit terluka teruk. Kalau aku pentingkan family aku dulu, mesti aku tak rasa macam-macam. Aku lupa, aku hanyalah menantu, MIL FIL tetap akan menangkan anak mereka sendiri. Darah daging sendiri.
Jadi aku? Aku nak cari syurga aku sendiri. Tolong lah aku.
– Honey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit