Untuk part I, (https://iiumc.com/an4k-yang-susah-dipandang-hina-yang-senang-lenang-disanjung/).
Asaalamualaikum, aku bersiaran kembali, untuk betulkan apa yang korang anggap, ye mungkin aku toksik, akulah punca segalanya.
Aku tak cerita habis, kalinih aku cerita habis, nak nilai buruk lagipun terpulang pada korang.
Ada yang cakap, patut minta maaf pada kak ipar tu.
Mai sini aku cerita. Bukan aku mengata ye, bukan aku menyampai (maksud sampaikan pada confession lepas tuh, maksudnya aku cerita balik, sebab adik aku tanya).
Puncanya sebab nih. Masa sebelum majlis kahwin, keluarga aku ada buat mesyuarat untuk apa yang perlu dibuat pada majlis nanti, siapa nak sponsor.
Ayah aku panggil abang aku, sebab majlis melibatkan adik aku, aku namakan dia Ruru. Pada hari mesyuarat tu, abang aku balik dari KL ke kampung.
Kami nampak dah kereta dia masa tu nak parking. Tapi hanya dia seorang saja yang turun, aku perasan, semua jeling pandang kat kereta dia. (cari anak bini dia) aku masih diam.
Dah selesai mesyuarat, abang aku nak balik, ayah aku dwngan ruru ikut abang aku dari belakang, sebab nak tengok cucu duduk dalam kereta.
Mak saudara aku tanya “kamu datang dengan siapa, Rara?” (sebab aku memang tak boleh bawa kereta, tengah ambil lesen, sekarang L) aku jawab dengan Ruru lah.
Mak saudara kau cakap, “siapa ada kat kereta abang kamu tu?” Aku cakap tak tahu lah, Kak Nini (kak ipar aku ) kot dwngan anak dia.
Mak saudara aku cakap “bagusnya perangai sampai bapa mentua kena pi sembah sujud kat dia, permaisuri sangat”. Ni bukan saja aku sorang dengar, ramia dengar.
Lagi seorang mak saidara aku cakap “kedai mak saudara nih kotor kot, sebab tu tak boleh turun, abang kamu tuh dah macam lembu”. Aku cakap “perkara biasa” Dan terus diam.
Tiba hari majlis kahwin, aku memberontak (bukannya memberontak macam mengamuk, aku tak setuju) yang pakaian warna keluarga, sebab aku ni kakak kandung pada adik aku, sejak mak aku meninggal, akulah emak, akulah kakak.
Hutang pinjaman kereta kereta dia, suami aku bayar separuh (masa tuh aku tak kahwin lagi, kiranya tunang akulah masa tuh).
Tunang aku masa tu tolong bayar sebab kesian, abang aku mana ambil tau kat ruru, tambah kakak ipar sunyi sepi diam seribu bahasa.
Next nanti aku cerita kami pernah kena halau dari rumah abang aku. Masuk balik masa majlis kahwin ruru. Aku sampai saja kat majlis, aku pun tegurlah mak mak saudara aku, bersalam apa semua, sembang sembang.
Sampai satu mas amak saudara kau mula tanya “mana kak ipar kamu, rara?”
Aku jawab ada, kejap lagi dia sampai. “mak sauadara aku cakap nanti sampai kan kat dia, kalau tak boleh masuk keluarga kita, jangan masuk. Kami ni bodoh bodoh, tak macam abang dan kakak ipar kamu tu, belajar tinggi.”
Mak saudara aku lagi seorang menyampuk, “belajar tinggi pun kalau tak ada adab dengan orang tua tak guna ilmu tinggi.” Aku diam.
aku tak kata apa, aku cuma cakap “ lawalah pelamin dewan nih.” Baru mak saudara aku cakap “ jom kita tangkap gambar kat pelamin.”
Ada lagi seorang mak mak saudara sebwlah arwah mak aku, ada yang “bagusnya kak ipar kamu tu, tak datang bersalam pun dengan kami pangkat mak mak saudara ni.”
Aku cakap, “makciklah pergi salam dengan dia. “Kami tua lagi ke atau dia yabang lagi tua”. Aku diam.
Masa dalam majlis tuh, meja vip paling depan, dah selesai makan apa semua,borang dah surut.
Jiran kat rumah aku datang, sebab dia kenal adik aku ruru tu, kami duduk serumah masa dia bujang. Jiran aku tanya “mana kakak ipr rara?.” Aku jawab tu (sambil muncung mulut).
Dia kata “wowww duduk meja vip kerlas jah.” Aku senyum sajalah.
Aku tak ambil hati pasal tak datang makan apa tuh, sebab mak tiri aku jaga aku elok masa aku pantang anak pertama dan kedua. Adik adik sebelah sana okay, mungkin masa aku pergi tu, mereka tengah gaduh dengan ayah aku.
Aku syak begitulah. Sebab nampak muka ayah aku berlain jugak pada masa tuh. Aku dah minta maaf apa semua, kami memang rapat. Okay ja, tak adalah sampai konflik macam yang pembaca cakap.
Bila sampai majlis sebelah lekaki, aku tak pergi sebab aku berpantang. Adik aku balik, macam macam dia cerita. Biasalah sembang antara kami.
Adik aku cakap, yang kak ipar aku dan abang aku buat ayah aku tersadai dari pagi sampai ke tengahari, ayah aku tunggu kat bawah, sedangkan abang dengan kak ipar aku sedap tidur kat atas homestay.
Bila bangun buat muka tak bersalah buat ayah aku tunggu dari pagi ke tengahari. Semua orang marah kot. Adik aku si ruru tu pon marah.
Dia kata menyesallah sangat baik ngan kak ipar tuh.
Ada sekali masa raya. Aku sekeluarga, adik aku ruur dengan suami dia, pergi beraya rumah mak kak ipar aku, kami agak rapat jugaklah ngan mak kak ipar aku ni.
Mak mentua abang aku ni puji sakanlah adik aku, pandai masak, bertuah sebab masuk cuci kaki, sebab adik ipar aku ni kerja elok, rumah apa semua dah ada.
Adik aku cakap malam tu, mak mentua abang aku mesej dia “kamu cakap apa kat kakak nini, makcik tak mau ambil tahu dah kat kamu dua beradik.” means aku ngan adik aku.
Aku nangis jugaklah, apa pulak kalini. Adik aku cakap tak pa lag, kita pun masing masing dah kahwin.
Rupa ruapnya kakak ipar aku sound ibu dia “kenapa dok puji ruru, kenapa cakap bertuah, kenapa itu ini.”
Sebab adik aku ada mesej kakak nini tu cakap makcik punyalah dok puji ruru. Kakak ipar aku ni dia tak boleh orang lain lebih dari dia ye. Itu lah puncanya.
Dia pernah cakap kot kat adik aku “untung Ruru kahwin dah ada rumah, ada kereta mahai, kak nini dulu sewa bilik saja dengan abang”. Masa tu tak nampak lagi jelousnya, lama lama baru nampak. Dia macam nak berlawan.
Aku ada cakap aku nak cerita aku ngan ruru kena halau dari rumah abang aku kan.
Selepas arwah mak aku meninggal, aku ngan adik aku duduk berdua (ayah aku duk daerah lain ngan adik adik sebelah lagi 1 dan dengan mak tiri aku). Kami pun pindahlah rumah abang aku masa tuh, abang aku baru kahwin.
Sama negeri dengan tunang aku kerja (sekarang suami aku) tak sampai seminggu, kak ipar aku buat perangai, duduk dalam bilik tak keluar, tv bukak sepanjang hari, tapi kami dipersalahkan. Sampai satu tahap kami kata nih macam nak halau kami.
Aku panggil tunang aku masa tu angkat barang barang bawa turun bawah, kami nak balik duduk rumah arwah mak, kami buat keputusan biarlah kami susah senang dua beradik saja.
Masa balik sepang highway adik aku menangis, sampai hati kak nini layan kita macamni, abang aku terkata apa, ayah aku masa tu marah jugaklah, dia kata duk sini ayah boleh tanggung haih.
Aku diam, sebab dia cakap dia malas bising, katang kalau dia bising, libatkan dua keluarga. Keluarga kakak ipar aku dengan keluarag kami.
Mak mentau abang aku pernah cakap “ni semua salah makcik, makcik salah didik Kak Nini, sebab terlampau manjakan dia, dia jadi macam ni lah. Makcik ank menyesal pun dah tak guna.”
Kalau kat mak kandung dia sendiri dia boleh buat macam macam apatah lagi kami yang hanyalah adik adik ipar dia.
Arwah mak aku tak pernah suka kak ipar aku sebab sikap dia ni lah.
Mak aku masa hayat dia cakap, “amboi abang kamu berdua ni, sejak kahwin tak pernah langsung balik tidur rumah mak ni, asyik balik rumah mak mentua dia saja”. Sambil mak aku menangis cakap macam tu.
Iyalah abang aku anak tunggal lelaki dia, dan dia sayang sanga sangat. Mwmang sepanjang mereka berkahwin, tak pernah langsung tidur rumah ayah aku, rumah arwah mak aku ni pon hanya baru 2 kali.
Terima kasih yang doakan aku dipermudahkan urusan dalam kerjaya. Aku pernah je berkerja, tapi bos sayang sampai tak nak lepas terpaksa berhenti sebab berpindah tempat lain.
Buat yaang kecam macam macam terima kasih jugak, mungkin salah aku tak cerita penuh.
– Rara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit