Nama aku Lya, bukan nama sebenar. Kejadian ni sebenarnya dah lama. Cuma terdetik dihati untuk berkongsi.
Entah lah aku ni rasa menyesal ke tidak dengan keputusan aku. Dulu masa aku pergi sambung belajar, aku pilih bidang yang bukan aku minat pun sebenarnya. Bidang bisnes.
Tapi sebab masa tu aku terlalu fikirkan cara nak kukuhkan ekonomi family aku yang baru kehilangan ketua keluarga. Aku fikir aku mampu.
Kalau bab akademik, sejujurnya aku mampu untuk stay dekat kampus tu.
Aku tak tahu lah sama ada disebabkan aku pandai berfikir atau memang aku ni buat orang mudah tertarik ataupun sebab aku ni kelakar sampai ada sorang mamat ni dia bagitau member sekelas aku, dia suka aku. Member aku bagitau aku.
Aku pulak, pergi sambung belajar memang tak pernah terdetik dalam hati aku untuk bercinta.
Sejujurnya memang nampak lah effort dia nak dekat dengan aku. Tapi aku ni pulak tak nak lah bagi fake hope kat dia kan. Takn ak jugak gunakan dia sebagai tempat aku lepaskan stress aku. Aku tak nak lah macam tu.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu lepas exam final sem 1, dia mintak nak bergambar dengan aku. Berdua sahaja. Aku be like, oh… Okey. Gambar je kan.
Aku gelarkan dia sebagai Amar, bukan nama sebenar. Masa member kitorang dah hampir tekan button ‘take photo’ tu, tiba-tiba je dia dekatkan bahu dia dengan bahu aku. Aku terpana kejap.
Okey, untuk pengetahuan korang, aku dilahirkan dalam keluarga yang stricts. Memang pantang kalau tahu aku ataupun adik-beradik perempuan dekat, bersentuhan dengan lelaki.
Back to the story, disebabkan benda macam tu, aku takut nak dekat dengan dia. Aku bimbang dengan sosial dia.
Pernah sekali tu, duduk kat cafe, bincang paperwork dengan groupmate. Dia datang duk sebelah aku. Aku pun buat dek je lah en.
Pastu dia lebarkan dia punya kangkang sampai lutut dia tu bersentuh dengan lutut aku. Sumpah masa tu .emang aku tak selesa.
Lepas je peristiwa macam tu, aku terus set kan aku punya mindset, aku kena jauhkan diri dari dia. Kalau sekadar belajar sekalipun, still kena ada orang buat teman. So aku pun start la stay away from him kan.
Dalam pada aku letak boundaries antara aku dan dia tu, still la ada jugak part yang aku tak dapat nak lari daripada berduaan dengan dia sebab member kitorang kenakan kitorang. Kalau dikenang-kenang balik, memang lucu dan seronok.
Aku punya bangang tak nak bagi dia berharap dekat aku, aku pergi mengorat dengan orang lain yang sekampung dengan aku.
Dan parahnya, orang tu suka menipu. Part family dia, dia tipu. Every single thing, dia tipu. Aku gelarkan saja dia sebagai Faiz.
Aku tak nak Amar berharap sangat dekat aku sebab aku memang dapat rasa kejujuran dia dengan aku. Cuma aku takut dengan keadaan sosial dia.
Sampailah satu masa ni, aku stress sangat dengan keadaan sekeliling aku. Aku tak fokus dengan akademik. Aku ignores everything yang berkaitan dengan kampus.
Aku call lecturer, kaunselor, aku cakap aku stress, aku depress dengan masalah yang aku hadap. Aku nak stop belajar.
Masa member aku tahu aku nak stop, ada lah sorang ni, aku namakan dia Icha, dia terus tanya aku. Betul-betul ke an aku nak berhenti sebab stress dan depressed belajar.
Aku jawab, sebenarnya ada je sebab-sebab lain, tapi takpe lah, biar je aku pendam sorang-sorang pasal tu. Pastu Icha pun macam, hmm…
Yela. Apa-apa kau rasa nak share ngan aku, aku ada je untuk kau.
Aku stop belajar dan aku putuskan hubungan aku dengan Faiz. Kalau bukan sebab dia suka menipu, aku pun takkan putuskan hubungan aku dan dia macam tu je.
2-3 tahun lepastu, aku ternampak lah Amar kat instagram. Nampak jauh sangat perubahan dia. Dulu waktu belajar, badan dia gempal.
Tapi aku tak pernah pulak kesah pasal fizikal. Si Faiz tu lagi besar daripada si Amar. Tapi aku okey je mengorat.
Dalam ig tu, Amar memang berubah. Dia dah tak gempal, tapi tak kurus. Kira macam average gitu la kan body dia. Cuma satu je dia tak ubah masa tu. Sosial dia yang suka duduk rapat-rapat ngan perempuan.
Of course la aku tak suka. Aku ada je rasa nk cakap kat dia jangan rapat dengan perempuan lain macam tu. Tapi aku fikir, aku ni siapa kan?
Girlfriend dia pun tidak. So, aku biarkan je. One day, ada lah sorang laki ni datang mintak nombor aku. Aku fak kenal mamat tu. Tapi jodoh kan. Aku bagi nombor aku. Kenal-kenal dalam setahun, nikah terus.
One day, aku ternampak lagi si Amar ni kat ig. Dia dah totally berubah. Dia memang berubah sangat. Dah takde lagi sosial melampau macam dulu.
Tapi memang bukan jodoh aku dengan dia. Dia baik dan tulus. Dan aku pulak, memang tak layak untuk lelaki sebaik dan setulus dia.
Untuk Amar, saya mintak maaf pernah hampakan keikhlasan awak. Saya tahu awak memang sakit bila dapat tahu saya nikah dengan lelaki lain walaupun saya tahu awak jujur dan ikhlas dengan saya.
Tapi saya taknak awak terima saya yang banyak sangat kekurangan. Saya doakan awak dapat seorang perempuan yang dapat menghargai setiap keikhlasan awak. Itu saja daripada saya.
– Lya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit