Assalamualaikum.. Baru-baru ni nampak ada yang kongsi berkenaan ttc kan. Jadi saya nak kongsi berkenaan journey ttc saya (trying to concieve / cuba hamil) untuk orang lain dapat bayangkan.
Setiap journey ttc setiap orang tu tak sama. Umpama kan demam, ada orang rehat je boleh da kebah. Ada orang sekali demam satu badan sakit dan lemah teruk. Semua berbeza, tapi objektif cuma satu. Nak usahakan mengandung.
Saya dah berkahwin 5 tahun, dari 2019. Saya pernah mengalami chemical pregnancy pada 3 bulan selepas berkahwin. Waktu tu saya yakin, saya senang lekat ni. Dan saya pegang kata-kata kawan.
Waktu tu kawan-kawan yang dah kahwin bergilir-gilir mengandung anak pertama. For sure la kita fikir ni kerja senang ni.
Setahun berlalu, saya belum mengandung. Akhirnya buat keputusan, ajak suami pergi pemeriksaan. Masa ni dah 2020, waktu covid. Temujanji hospital agak lambat sebab had pesakit dalam satu-satu masa kan. Jadi saya ambil masa hampir setengah tahun.
Bermula dari ujian klinik swasta (masa ni tak tau nak mula cek dari mana utk dapatkan surat rujukan pakar), dan bawa ke temujanji tetap di Klinik ARC, HUKM.
Alhamdulillah, dapat tau punca dan doktor cadangkan rawatan IUI. Ketika tu 2021. Boleh google la apa itu IUI.
Kami pun cuba dan saya bersangka boleh lekat ni, sebab alat dah bantu sperma masuk lebih dekat ke pintu rahim kan. Rupanya belum rezeki. Emosi terusik, sedih sayu je. Anak kawan-kawan yg tadi da pun masuk setahun.
2022 saya dan suami berehat. 2023 ulang sekali lagi IUI, dan gagal. Lama setahun, sebab bukan mudah buat rawatan kesuburan ni.
Kos sekali IUI utk kes saya cecah RM1ribu. Perlu komitmen masa sebab kita perlu ambil cuti, perlu ikut aturan ubat walaupun proses makan masa sebulan kitaran haid je.
Yang paling penat, hari ni datang scan tapi telur belum matang. Saya kena datang lagi ke hospital esok untuk scan semula. Doktor nak pastikan saiz telur betul-betul matang untuk IUI.
Masa ni menanggung rasa sengal bahagan rahim tu sebab kilang telur tengah aktif. Tiada MC sebab bukan hari rawatan, jadi tetap ke pejabat macam biasa.
Sepanjang rawatan, bukan hanya kita dan suami sebenarnya. Ibu bapa dan majikan pun termasuk sekali yang perlu tau kita sedang menjalani rawatan (yang pada luaran tak nampak sedang sakit pun), tapi kita tanggung emosi tu.
Beratnya bila orang tau oh, sekarang kita pasangan yang susah dapat anak. Berat kenapa? Sebab tak semua orang faham. Pada orang lain, pandangan mata yang sakit perlu nampak sakit. Kenapa majikan terlibat? Sebab kita perlu cuti secara mengejut mengikut tarikh hospital.
Dan urusan temujanji bukan sekadar untuk rawatan, tapi untuk sesi konsultasi bersama doktor. Setiap kes doktor akan kaji apa lagi punca kegagalan, apa lagi kemungkinan rawatan yang boleh membantu. Banyak proses dan sangat memenatkan.
Balik kepada journey saya, selepas IUI kali ke 2 gagal, doktor sarankan IVF kerana tiada progress keadaan saya dan suami. Nak pula gap rawatan hampir setahun, ia sangat tidak digalakkan.
Waktu doktor cadangkan IVF, saya da cakap pada suami. Ini yang terakhir saya cuba. Andai kata tak jadi, cukup lah. Biar kita hidup berdua je.
Saya anak tunggal. For sure, sejarah ibu saya mungkin berkait dengan saya. Dan besar sangat harapan saya nak ada zuriat peneman ibu abah saya dan saya sendiri. Sunyi tanpa anak tu akan datang tiba-tiba. Tapi kita perlu percaya pada ketentuan tuhan.
Jadi tahun 2024, kami keluarkan modal beli supplement utk kesuburan. Kos supplement sahaja utk suami mencecah RM1ribu, harga untuk 3 pek bagi 3 bulan berterusan. Saya pun ambil supplement tapi tak semahal itu. Beratus juga.
Akhirnya, kami datang semula ke hospital dengan kesediaan nak buat IVF. Guna duit KWSP. Anggaran kos permulaan RM10ribu.
Temujanji terakhir saya datang ke hospital untuk ambil borang ubat, pada July 2024. Cakap pada doktor waktu tu, bila saya bersedia, saya akan datang. Allah maha kaya, dia izinkan saya mengandung secara normal pada Ogos 2024 tanpa saya sedar.
Saya ada pendarahan yang saya sangkakan haid (kerana dalam waktu haid) tapi agak sedikit berbanding biasa.
5 tahun penantian buat saya terdetik, ini bukan normal haid. Cuma saya tak ambil peduli sebab saya ada di luar negara, kebetulan bercuti kononnya kali terakhir sebelum ada anak nanti.
Sepulangnya saya di Malaysia, gerak hati saya tepat. Saya mengandung dan sudah 6 minggu kandungan. Saya melalui fasa awal kehamilan tanpa sebarang alahan sehingga ke minggu ke 9.
Ultrasound saya yang terakhir beberapa hari yang lalu menunjukkan jantung janin saya tiada. Saya disahkan keguguran, dan sekarang sedang menunggu kandungan gugur dengan sendirinya.
Apa yang berlaku pada circle kawan-kawan saya? Masing-masing dah ada anak 2 dan 3. Saya? Masih dalam fasa merawat emosi.
Apa perasaan saya lihat orang lain mengandung dan ada anak? Saya tidak cemburu, itu rezeki mereka. Tapi jauh dalam sudut hati saya, saya teringin. Sentiasa berdoa semoga dibuka pintu rezeki untuk ada zuriat. Tak pernah berhenti dari hari pertama berkahwin.
Saya kuatkan hati join topik ibu-ibu ni besarkan anak. Ambil positif semua pesanan dan tips kawan-kawan ni dalam membesarkan anak. Mereka pun diuji, mereka pun teringin free (bebas) macam saya. Tapi saya selalu ingatkan mereka, bersyukurlah.
Sepanjang saya mengandung 9 minggu, saya sentiasa rasa bersyukur dan tidak pandang terlalu jauh. Saya pandang apa yang saya ada hari ini. Kerana semuanya pinjaman.
InsyaaAllah saya kuat, dan saya tak akan menyalahkan takdir dan aturan Tuhan. Saya antara yang diuji, dan itu juga tanda saya disayangi. Mudah-mudahan.
Semoga pembaca dapat berikan kata-kata semangat, dan mungkin berkongsi kejayaan mengandung selepas berkali-kali mencuba melalui komen. Selain suami, saya hargai dorongan orang sekeliling saya disaat saya sedih. Untuk jadikan saya lebih kuat dan berfikiran positif. Terima kasih.
– Eva (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pernah melaluinya. 7 tahun TTC , beribu2 RM habis utk rawatan & pernh buat IUI 2 kali tapi gagal. Akhirnya Allah bagi nikmat mengandung & melahirkan tu slps hampir 2 tahun stop rawatan slps IUI kali kedua gagal. Sy doakan semoga TT & semua yg sedang TTC diberi kesabaran & ketabahan dan akhirnya direzekikan mempunyai zuriat.
Hi Eva, jangan putus harap ye?
Saya, chemical pregnancy terlalu byk, keguguran tnpa sedar.. ectopic pregnancy,
Last saya ditahap redha. Tuhan tahu apa yg terbaik utk kita.. saya doakan para TTC dikurniakan
zuriat tak lama lagi, tak cepat dan tak juga lambat.
ME – TTC survivor with one tube only.
sy doakan semoga eva dan suami dikurniakan zurian yg soleh dan solehah 1hari nanti. insyaAllah lambat atau cepat rezeki Allah tak pernah salah alamat.
Semoga sis Eva akan sentiasa redha dan tenang.. hadapi fasa ini sbg ujian dan insha Allah akn dikurniakan rezeki yg lebih baik.. sya mempunyai seorsng rakan yg pernah 6 kali keguguran sebelom dia mngandung kali ke-7 dan mengandung dan mendapat zuriat sehingga 6 orang (berderet setiap tahun).. itulah anugerah Allah yg ‘terindah’ buatnya.. so, bertabah dan bersabarlah.., mmg bkn senang nk hadapi, tp yakin lah ada ‘hikmah’ di sebaliknya.. wallahu a’lam bissawab..