Saya asal Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya ingin perkenalkan diri saya, saya berasal dari Sabah, saya melanjutkan pelajaran di salah sebuah Universiti terkemuka di Semenanjung. Saya sayang semenanjung, namun beberapa peristiwa membuatkan saya tawar hati untuk berada di sini lagi.

Dekat Sabah ade bangunan tinggi cam ni ke? You pakai sampan eh gi sekolah? rupa rumah kat Sabah cmne ar? Korang makan apa je kat sana? ada nasi cmni tak? Rumah still atas pokok lagi eh?

Awak semua, saya dah penat jawab soalan macam tu. Sabah is just like another country, jangan risau kalau awak ke Sabah, jalan raya terbentang luas untuk awak lalui. Segala kemudahan telah tersedia untuk awak nikmati.

Tolong jangan jadikan perkara seperti ini sebagai lawak anda. Mereka mungkin tersenyum atau diam sahaja, namun hanya Allah yang tahu betapa pedihnya hati.

Awak, tolong jangan tanya soalan yang serupa macam tu dekat kawan Sabah anda. Mereka punya hati juga untuk dijaga. Saya sayang Sabah, saya sayang semenanjung, saya sayang seluruh Malaysia!

Jika ingin menilai negeri kami, luangkan masa anda untuk melawat negeri di bawah bayu ini. Seribu satu memori menanti untuk dibawa kembali.

– Sumandak Sabah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

105 Comments

  1. Rilek2 suda. Sy pn org sabah jgk. Prtnyaan ni mmg biasa. Xprlu nk ambk hati pn. Awal2 mmg pelik & geram tp lama2 fkir mgkn dorg xtau lgsng psl sabah, sangka baik. Sabar ja utk terangkn psl negeri sndri. Rmai2 kwn2 dh dtg sabah tau dh sabah tu cmna. Kbykn tnya cmtu samada xtau lngsung atau mmg xpnh pg sana. Rilek & chill… Sabah negeriku…

    • Btl tu… klu sy ada kwn org sabah mesti sy akan tnya mcm2. Sbb xtaw lgsg psl sabah. Tp xde la nk menghina. Sy slalu imagine yg negeri2 lain ada pemandangan indah. Suasana yg aman. Sama mcm negeri sy. Teringin nk pegi sabah sbb org kata byk tempat menarik.

  2. Erm…jgn ambil hati….mrk takpernah ke sabah..jd mrk nak tahu sahaja…jgn stress ok…relax…cuti ajak mrk dtg ke sabah makan angin yer…..sayang sabah…..

  3. jgn stress, semasa saya bljr di US org US tanya saya begini jgk….bila mrk tanya rmh saya at as pokok ke? saya jwb yes, nak naik pakai escalator!….apa saya nk ckp ialah yg bertanya soalan begini sebenarnya memperlihatkan kebodohan n betapa ceteknya pengetahuan mrk…so usah layan org begini

  4. sabar je awak.. sama je.. sy kat klate pun org ingt umah tepi bendang, mesti ada umah2 usang… haaaa bila dorang dtg sini tgk umah2 besar sekitar jln2 raya… haaa amek ko… selagi ko sendiri tak dtg jgn ckp byk.. (bg je ayat tu sedas.. pastu bg skang tiket kapal terbang murah.. pi ke sabah tgk sendiri.. tanya gi lebam biji mata ko kang ha )

    • Btl…setuju sgt. Dlu duk nogori ade org hina pggl org kmpg kito. Kito xmalu bangga lg ade jd org kmpg. Lg2 ank jati klate.

  5. Aduhaiii.. padahal sy tringin sngat nak ke sabah.. setakat nie sy hnya mampu tengok dekat tv shaja.. sy nak rasa “hijaunya” sabah, gunung kinabalu yg brkabus.. laut2 yg cantik dkat sana.. rumah atas air.. cengkerang2 yg bnyak yg boleh buat perhiasan tu, mkanan lauttt.. eee teringin nak pergi sabah

  6. Diorang curious. Bukan menghina. Kau jadi duta Sabah lah kiranya. Kau kena explain orang Sabah raya macam mana, makanannya pedas ke tidak, buah tarap tu macam mana, ada Bangla tak di Sabah, macam-macam lah.

  7. Aku org n9..keje 3 tahun dh kat sabah ni…kwn2 keje yg asal sabah pun slalu tnya korg sana mmg selalu bgaduh sesama kaum ke?x aman kn dok sana ari2 ada pergaduhan?dgn satu jawapan je aku bagi..pergaduhan kat mana2 ada,kat cni pun bnyk cuma x bnyk keluar kat newspaper semenanjung je klu tgok sayang sabah,daily ekspress bru kita nmpk..skang bila dorg bnyk buruk2 kn loghat n kg aku..aku bnyk diam kn diri..masa mula2 dlu je sbb x tahan sabar..cuma aku tanamkan dlm diri..aku dtg sini berkerja cari rezeki jaga kemanan utk org2 sabah bukan nk cari musuh..kdg2 dorg hnya bgurau je..cuma cara gurauan lain sikit..

  8. awk kenalkan la sabah kt dorg.. bg akak ok je sbb dlm tv pn byk tunjukkn sabah yg menghijau.. bukan yg dpenuhi hutan batu.. klu akak la, akak bangge.. waimah nk kate rumah ats pokok ke ape.. sbb ape.. sabah n sarawak tu sgt luas kan.. de yg moden n ade yg xmoden lg.. so xde salahnye pn..

  9. Alah kau abaikan je semua tu. Seriusly, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, aku paling suka sabah. Aku ingat dah lebih sepuluh kali aku melawat sabah. Bodoh diorg ni, takpernah pergi lepas tu buat andaian macam-macam. Aku dah pergi Tawau, Kudat, Keningau, Kundasang, Pulau-pulau dan coming soon Sandakan. Semuanya best…Lantaklah diorg nak cakap apa..yang penting, sabah memang best bah!

  10. Alaaa…sy ni bile sebut asal hulu selangor je mesti org hina2…msti org ckp bdk hulu..tp nk wat mcm ne dh mmg asal hulu pun…ok la 2…lantak dorang la

  11. sabar la bah,sma juga kita ni..asal dari sabah….di kata lagi kita ni culture shock, konon nya org dari sabah ni duduk hutan, makan ulat ….rasa mau tampar seja ..tp apakan daya..sabar seja…aku duduk disni 16 tahun..dr drjh 6 pun, orang still anggap aku ni sabah duduk dalam hutan nda pandai keluar, tau makan ulat seja…..cehh..apa2 pun..sabar..nah kalau kau nda sabar juga ,kau kasi makan lada seja …..lepas tu kau tny ” apa kau rasa ? oren?”

  12. And my sabahan fren be like: org semenanjung mmg bodoh ke tak tau pape pasal sabah??? Diaorg langsung x dapat imagine mcm mana sbah ni???

    Aduiiinaa nda tau mau gelak ke mau malu…and I be like: mungkin sbb dokumentari tv asyik tunjuk rumah atas pokok n makan ulat sagu..sebab tu dapat bayangan yg salah…

    Dah 2 tahun aku masih x jumpa ulat sagu.. hurmmp

  13. Kalau pi overseas, akan ada orang tanya, Kat Malaysia ada letrik? Orang Kat Malaysia ada televisyen? Orang Malaysia tinggal dalam hutan? Sabar je la, Thailand org tahu, Singapura orang tahu tapi Malaysia ramai jugak yang tak tahu…. Dik, ignorant people ada dimana mana sahaja.

    • Yg tu luar negara mungkin lagi la tak terjangkau dek minda diorang, ade berapa byk negara dlm dunia ni dia nak kaji, Malaysia bukan famous sangat hihi. Yg ni lagi kronik sbb dlm negara sendiri pun tak tau walhal hari2 jumpa org Sabah everywhere, tgk kat tv, kwn2 FB org Sabah dsb. Terlebih ignorant. Hehe

  14. Saya pun sabahan… bila suda geram sgt… saya pun terus bg jawapan yg dorang mau..
    Iya, kami duduk atas pokok..
    Iya, kami makan ulat, so, kalau datang sabah nanti, kami kasi makan ko ulat..
    Iya, kami pakai cawat, tiada jual baju2 di sana..
    Iya, kami pergi sekolah naik sampan, tiada jalan raya sana..
    Iya, 5 hari naik kapal terbang, baru sampai sabah..
    Iya, matawang sabah pakai dolar..
    Iya..dan iya… sampai dorang ndak tau suda mau tanya apa… hahaha..
    Adakah patut pegi sabah naik flight tnya berapa hari?? Hahaha.. ingt sabah tu bukan malaysia kot pakai matawang dolar.. jahil sejarah sangat ka kawan2 universiti aku ni?? Hahaha..

  15. Eyyyyyyyy jawab la dgn cara yg kelakar.
    “Ha ah pakai sampan gi sekolah. Kalau takde sampan kite naik buaya.”
    “Rupa rumah kat Sabah, kite gali lubang dalam pokok yang beeeeesar pastu duk dalam pokok. Iye betul, siap pakai air-cond lagi kat dalam.”
    “Kiteorg makan daging yang kite tangkap. Tapir panda dinosaur semua kite pernah rasa. Mak masak tomyam dinosaur malam ni.”
    “Kiteorg tak makan nasi. Kiteorg ada pokok yang buah dia macam roti.”

  16. Curious satu hal, yg ckp dgn nada menghina pun ade jg tau. Tp sy tak jumpa lagi la peers yg tanya cmtu, makcik2 kg je tnya soalan cmtu. Siap ada sorg makcik cakap (bukan tanya ok, dia plk nak bgtaw), “Kat sabah org mandi bogel tau kat sungai… Org sana tak pakai baju.” Dia teringat kpd pengalaman dia pernah duduk pendalaman Sabah tahun 70an dulu kot. Sabo je le, dunia dh moden makcik, ni saya elok je pakai baju ni ha.. huahuahua… Tp klu ade org tanya soalan2 mcm ni, sy senyum je dlm hati, sbb ia menunjukkan betapa kurengnya pengetahuan am diorang. Klupun tak pernah g Sabah, Youtube/google di hujung jari je. Search mesti nmpk mcm2 psl Sabah. Klu diorang tanye mcm2 jgn nak tersinggung ya dek, jemput dorg dtg jln2 di Sabah, skg tiket murah bilang.. Bawa di KK 1 hari pun cukup sdh. Confirm dia tidak tanya mcm2 sdh seumur hidup. Hehe.

  17. Hye Mandak…. Sia urang Sabah juga… Dr Sandakan. Family sia migrate to Klang, Selangor in 1998…. Mula2 susah nak adapt…. Siap kena buli dekat sekolah lagi.

    Lama2 okay sikit. At the same time ada jugak pikir mo balik Sabah for good.

  18. sebenarnya media terutama tv antara punca utama orang semenanjung ingat sabah sarawak masih macam zaman tok kaduk dulu2…tengoklah kalau iklan2 pasal kat sabah sarawak, ditunjuknya masih duduk kat rumah panjang yang serba dhoif dan sebagainya..btw, aku sebagai orang semenanjung sendiri rasa pelik dengan soalan “duduk atas pokok ke?” ….. orang dulu2 memang duduk atas pokok ke? aku rasa macam atas tanah jugak je….

  19. Saya pun Sabahan jgk. Belajar di Semenanjung. Memang soalan² tu akan timbul. Bagi saya mcm ni, org yg tanya soalan utk memperlekehkan Sabahan dgn soalan² begitu, dia sebenarnya nak bagitau bahawa moral dirinya teruk sehingga sanggup memperkecil orang lain. Orang begitu tak ambil sunnah nabi yg memuliakan orang di perantauan. Kawan² Semenanjung yg baik masih ramai, maka abaikan ‘kawan² fakers’ anda.

    • Soalan yg aku tak boleh nak terima sampai skrg, “kau tunggang babi hutan ke utk ke bandar?” hina betul pandangan mereka dgn org sabah.

  20. Tinggi -tinggi gunung kinabalu ,
    Tinggi lagi sayang sama kamu,
    Biru-biru2 hujung kinabalu,
    Tengok dari jauh,
    Hati saya rindu…
    Ewahh..

  21. Haha sama la bha kita. Sampai malas sudah mau jawab. Paling best dorg tanya dah lama ke duk msia. Ahaha nduii naaa dr lahir juga aku di msia ni. Durang mati2 ingat sabah sarawak ni obersea barangkali akakaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *