Saya buntu – https://iiumc.com/forumv2/
Hi warga iium confessions! Saya penuntut di IIUM. Saya tertanya-tanya. Saya boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak kerap menggunakan servis transporter pelajar-pelajar uia. Saya seorang sister dan saya biasa naik transporter brother. Biasanya saya keseorangan.
Saya cuma nak bertanya apa pandangan transporter sekalian terhadap sister yang tidak duduk dikerusi sebelah pemandu? Adakah kalian berasa kecil hati atau cool sahaja? Ye lah, kadang-kadang kami sisters ni bukannya tidak mahu duduk di depan, cuma rasa kurang selesa dan segan untuk duduk disebelah pemandu.
Jadi, apakah pendapat encik-encik transporter semua?
P/s; saya harap admin postkan pertanyaan saya ini :) Thanks!
– #penggunaperkhidmatantransporter