Saya hanya mahu sebuah keluarga

Aku masih mempunyai ibubapa dan seorang adik lelaki tapi kami tidak pernah menjadi keluarga. Sejak kecil aku hidup berdikari sendiri kerana ibu bapa ku sangat sibuk dengan kerja masing-masing. Ibu hanya pulang ke rumah sebulan sekali dan ayah pula dalam setahun hanya beberapa kali je aku dapat tengok muka dia..kalau jumpa pon kami macam orang asing.

Mula-mula aku ada juga rasa sunyi sedih tapi lama-lama semua jadi lali dan aku dah terbiasa hidup tanpa ibubapa sendiri. Semua urusan rumah diuruskan oleh pembantu rumah dan kami diberi sepenuh kebebasan untuk menguruskan diri sendiri. Kami cemerlang dalam akademik tapi akhlak hancur sebab tiada siapa yang didik kami. Adik aku pulak tak pernah pulang sejak dia melanjutkan pelajaran keluar negara tapi aku langsung tak kisah sebab kami pon tak rapat jugak..dulu walau duduk satu bumbung pon tak pernah bertegur sapa.masing-masing buat hal sendiri. Sejak dulu pon kami tak pernah sambut raya. Selalunya aku habiskan pagi raya dalam bilik sorang-sorang sambil tidur, tengok movie atau baca buku. Takde beza pon dengan hari-hari yang lain.

Lepas habis degree aku kerja kat sebuah giant international company dan aku satu-satunya orang islam dalam tu..dah 3 tahun aku kerja di situ rasa sangat selesa sebab cara hidup aku dan rakan sekerja lain langsung tiada beza. Malah sambutan tahun baru cina terasa lebih meriah dalam hidup aku berbanding hari raya. Ringkasnya islam aku hanya pada nama tapi tak pernah satu pon ajaran islam yg aku tahu.

Lama-lama aku terasa kosong. Rasa tak lengkap. Aku teringin punya keluarga. Sesuatu yg aku tak pernah rasai sejak kecil. Mempunyai sebuah kaluarga yg saling menyayangi. Aku ramai teman lelaki tp semuanya hanya untuk enjoy. Tp ada satu antara adalah beragama islam dan sangat caring pada mata aku. Waktu baru 4 bulan tempoh kami berkenalan dia ajak aku ikut dia beraya bersama keluarga dia. Itu pertama kali aku rasa suasana raya dan pertama kali rasa suasana berkeluarga.

Aku bertemu ibubapa dia. Mereka sangat penyayang. Pertama kali aku jumpa mereka, ibunya memeluk aku erat sambil ucap hari raya. Itu pertama kali dlm hidupku aku rasa pelukan seorang ibu. Rasa sangat hangat dan selesa. Ibubapa dia sangat baik dan menerima kehadiran aku dengan tangan terbuka. Aku lihat ikatan kasih sayang antara mereka amat kuat dan antara adik beradik juga sangat akrab..sesuatu yg sangat asing dlm hidup aku tp aku sangat suka. 2 hari aku beraya di sana mereka amalkan semayang 5 kali sehari beramai- ramai dan kawan aku itu akan jadi ketua dlm solat dan berdiri paling hadapan. Aku hanya duduk perhati di tepi dan gunakan alasan period sebab aku tak tahu pon cara solat. Ibubapa dia juga tidak henti2 puji anak lelaki mereka dan bagitau anaknya dulu sekolah agama bagus.

Aku jadi jatuh cinta dengan keluarga dia sebab mereka sangat saling sayang menyayangi sama seperti keluarga impian aku. 2 bulan selepas itu kawan lelaki aku melamar aku dan tanpa banyak fikir aku terus setuju. Tak lama selepas itu kami berdua di tunangkan di sebuah restoran kerana ibubapaku sangat sibuk. Ibubapaku hanya luangkan masa dalam setengah jam di restoran itu untuk berjumpa keluarga tunangku dan mereka terus setuju.terima cincin dan mereka terus beredar dengan urusan masing-masing.tiada majlis pertunangan pon tapi aku tak kisah sebab aku excited nak bina keluarga sendiri. Keluarga yg bahagia.

Aku bakal bernikah lepas raya ni tp sekarang hati aku jadi ragu-ragu untuk menerima tunangku menjadi suami. Kerana sekarang aku tak yakin dia akan menjadi pembimbing aku. Sepanjang tempoh pertunangan kami dia tak pernah ajar aku tentang islam walau aku berterus terang pada dia yang aku langsung tak tahu pasal agama. Malah sepanjang aku kaluar bercuti berdua dengan dia tak pernah sekali pon aku nampak dia solat. Paling penting waktu bulan puasa aku banyak kali tangkap dia tak puasa.

Dulu aku selalu pura-pura puasa depan dia sebab aku malu langsung tak pernah puasa sejak dari kecil. Tapi rupa-rupanya dia pon tak puasa. bila aku tanya kenapa dia cakap sebab lupa sahur. Sepanjang sebulan dia guna alasan yg sama dan cuma puasa bila balik kampung depan ibubapa saja. Lama-lama aku perasan dia pon hanya islam pada nama sama mcm aku cuma bezanya dia ada didikan agama tp aku langsung tiada.

Tapi walau rasa sedikit kecewa tapi aku harap tetap dapat bina sebuah keluarga bahagia bersama dia selepas berkahwin nanti..harap semua pon dapat doakan kebahagiaan kami

– Rose

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Sister, nanti kalau sister nekad kawen dgn dia, lepas kawen carilah kelas2 agama, belajar agama, ajak si dia tu sekali.

    Ya, ramai je orang yang tahu hukum tapi buat2 tak tahu.
    Ramai je yang boleh jadi ustaz/ustazah jadian ni. Tapi cubalah, mgkin dalam masa sis nak berubah tu, sis blh bawak dia berubah sekali. Contoh paling dekat, cuba tengok miz nina & noh hujan.

    Sangat bagus pembawakan mereka & Noh cakap, miz nina yang banyak bagi kesedaran kepada Noh.
    InsyaAllah boleh,

    Segalanya dengan izin Allah. :)

  2. lahhh kat atas tu baru je aku terbawak2 mcm dlm drama pukul 7, tetiba cerita bawah tu dh spoil.. kesian jugak kt awk sis.. doa byk2 tau.. moga Allah bantu kalian

  3. Tula, sedap-sedap baca tengok2 ending alemak, spoil betul, ntahlah, kalau saya saya cari lain, sebab pegang prinsip jangan haraplah pasangan nak berubah lepas kahwin, memang ada tapi peratusannya sangatlah kecil,

    Lelaki ketua keluarga, dengan Allah pun dia dah menipu, apatah lagi dengan manusia,

    Macam saya cakap tadi, yup, manusia boleh berubah, tapi kemungkinan juga harapan tu tinggal harapan, takpelah, sis minta dengan Allah, istikharah banyak2, sis pun tak boleh nak harapkan dia mengajar sis, bab agama ni jangan lah dok harap sangat nanti nak tunggu laki ajar etc, sis cari sendiri, itu tanggungjawab sis juga sebagai seorang Islam,

    Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk sis :), kalau nak cari cikgu mengaji boleh pm saya, saya boleh bantu insyaAllah :)

  4. Masih ada masa sis, sis carilah jalan utk belajar agama sendiri, and slow talk dgn dia ttg hal ni. Sy tak kahwin lg tp sy yakin perkahwinan tu dibina utk sampai ke syurga. Mgkn ni satu hint jgk dkt sis utk buat pilihan, teruskan perkahwinan atau cari jalan penyelesaian yg lain. Mgkn jgk satu ujian utk mulakan hidup baru. Tapi saya doakan sis akan buat keputusan yg baik Dan dapat bina keluarga yg sakinah. Inshaa Allah

  5. Nk masuk kelas agama, x perlu tunggu kawin. Mulakan dr sekarang. 1st step, pergi masjid (masjid di bandar2 besar lbh aktif). Tanya bila ada kelas. Pastu daftar. Pastu hadirkan diri. Jgn ponteng. Tunjuk yg awak minat nk belajar mengenal agama. Semoga berjaya.

  6. Tinggalkan sebelum tlambat. Teruk2 parent ko mrk x munafiq. Lupakanla impian nk kuaga bahagia tu klo ko masih kawen dgn dia. Bia jahil jgn munafiq. Ko blh cri kt mana tmpt org munafiq d cc Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *