Saya Isteri Yang Gagal

Tak tahu macam mana nak luah. Tapi sekadar nak luah kekecewaan terhadap diri sendiri.

Cumanya, nak mintak maaf pada pembaca sebab ada part yang kurang sesuai seperti hal2 dalam bilik.

Sebenarnya saya lebih kepada rasa bersalah terhadap suami. Sebab saya tak mampu bagi apa yang dia nak..

Rupanya alam perkahwinan ni tak semudah yang saya imagine rupanya.

Saya umur 33. Suami saya umur 35.

Kami kenal dari media sosial. Lebih kurang setahun jugak kami bercinta. Saya sangat selesa dengan dia dan dia seorang lelaki yang sangat2 baik.

Dia jenis suka bersembang, bercakap, happy go lucky. Saya dulu2 tak suka bercakap.. Jenis introvert. Tambah2 cakap on phone, lagi saya tak suka.

Tapi sebab dia selalu call akhirnya saya jadi orang yang suka bercakap.

Tiba2 selalu ada ja benda apa2 nak share dengan dia sebab saya terlalu selesa dengan dia. Akhirnya saya pulak jadi banyak cakap berbanding dia.

Untuk pengetahuan, saya bekerja sebagai guru.. So banyak la benda saya suka share dengan dia terutamanya bab kerja.

Dia pulak kerja di sebuah pejabat, macam admin la. So kerja dia tak se stress saya.

Pola kehidupan saya tak sama macam orang lain. Rasanya, kat sini la masalah bermula.

Saya ni jenis mengantuk awal. Mungkin sebab pukul 5 pagi saya dah bangun, so biasa dalam 8 malam saya dah mengantuk gila.

Biasanya kalau mampu bertahan sampai isyak, saya cuba tahan. Kalau tak, 5 pagi tu la saya akan solat isyak.

Kemudian saya jenis ada kerja apa2, suka buat pagi2.. Kadang saya bangun 4 pagi.

Dulu masa bercinta, dia selalu jugak merajuk. Sebab saya tak dapat teman dia on call.

So saya desak dia suruh kahwin cepat. Sebab saya kata saya depan mata dia setiap masa dan jugak halal nak sembang lama mana pun.

Sebenarnya saya fikir lepas kahwin saya tak akan macam tu dah. Sebab fikir dia akan bantu2 saya buat kerja rumah.

Tapi rupanya tak.. Dia memang buat semua kerja rumah. Tapi saya tetap rasa letih dan nak tidur awal.

Sejak kebelakangan ni saya tahu dia banyak makan hati dengan saya. Dia banyak diam. Dan jenis tak suka luah sangat isi hati dia.

Namun saya tahu, dia kecewa dengan saya. Saya berkali2 mintak maaf. Dia cuma cakap tak pe la. Dia faham saya penat. Tu ja la..

Makin hari, saya rasa dia makin jauh dari saya. Saya cuba perbaiki diri saya. Ambil supplements dan sebagainya.

Di sekolah bila ada masa free sikit pun saya akan call dia.. Balik sekolah pun saya akan call. Supaya dia rasa macam dulu2 balik.

Lepas tu siapkan apa2 untuk dia minum petang. Sebab suami saya suka minum petang.

Mungkin jugak senang nak pujuk dia dengan makanan kot. Dia balik kerja pukul 5.

Walaupun muka macam marah dengan saya, tapi bila tengok saya siapkan makan, terus mood dia berubah ceria.

Saya memang suka tengok dia ceria dan riang.. Bila dia senyum, dia sangat manis. Terus situasi kami time tu jadi mesra. Sembang2 gelak tawa.

Dia selalu cakap, masakan saya semua sedap2. Rasa bangga tak terkata saya ni. Dan lagi bahagia bila tengok dia jamah masakan saya dengan begitu selera.

Kami tingal berdua dalam rumah ni.. Rumah ni rumah saya. Abah saya ada tanah dan buat rumah sebelah2 setiap anak2 dia.

Mak dengan abah pun tingal sebelah ja. Lebih kurang macam kampung. So ada budak2 main petang2.

Kadang2 time tu dia macam usik2 saya nak ajak bersama. Saya sebenarnya kurang selesa sebab tiba2 dengar budak berlari2. Bising2.

Kadang time tu la sapa2 datang rumah. Kakak la abang la.

Lepas tu kadang walaupun dalam bilik, tiba2 dengar budak2 bermain. Saya macam rasa tergangu.

Saya sebenarnya suka time yang sunyi2 tak de orang. Tapi masa tu dia ambik benda tu positive ja.

Sebab dia pun akan gelak2 tanya kenapa.. Saya cakap tak selesa. Dia akan cakap tak de orang nampak la.

Tapi kata2 dia lebih kepada menenangkan saya ja.. Dan dia hormat ja saya. Kira tak teruskan.. Dan tunggu malam sikit.

Sebab kadang tu bukan dia nak sangat pun.. Lebih kepada nak mengusik saya ja sebab dia tahu saya tak selesa.

Sengaja di ajak waktu2 tengahari panas2. Lepas tu bukan nak sangat pun.. Saja nak menyakat saya.

Suami saya sebenarnya memang suka sangat mengusik saya.

Tapi saya suka ja dengan usikan dia. Sebab benda paling saya suka pada dia adalah gelak tawa dia.

Kadang dia akan cakap nampak lipas di kaki saya, respon spontan saya pasti di balas dengan gelak tawa dia yang comel tu.

Akhirnya saya pun akan gelak jugak. Sebab terhibur dengan gelagat dia. Tapi sekarang, semua tu seolah2 dah semakin tak de.

Saya rindu semua tu pada dia.. Rumah ni dah sunyi tanpa suara dia.

Lately ni perubahan dia sangat ketara dan membimbangkan saya.

Sebabnya, hari tu dia cakap. Tak boleh ke saya tidur lewat sikit. Dalam 10 ke. Saya cakap saya cuba.

So hari tu macam biasa, kami lepak2 tengok tv. Sebenarnya saya banyak ketepikan kerja2 sekolah saya sebab nak bagi perhatian kat dia.

Walaupun otak rasa tergangu jugak dengan date line. Cumanya tak sedar macam mana saya tertidur kat sebelah dia.

Dia ada kejut saya suruh masuk bilik. Masa tu dah pukul 11. Saya ni bila dah bangun, terus saya cergas.

Dia pulak dah nak tidur. So sebab saya dah tak boleh tidur, saya buat kerja saya la.

Tapi bagi dia, saya pentingkan kerja lebih dari dia. Tapi dia cakap macam nada bergurau.

Lepas tu esoknya, dia nak sembang2. Dok cerita macam2. Saya dengar dan respon.

Masa tu memang dalam bilik, lepas tu saya hanya sedar pukul 5 pagi. Sebab alarm bunyi. Ya Allah saya betul2 tak sedar bila masa saya terlelap.

Suami bangun pukul 6 pagi. Beza sejam ja dari saya. Tapi stamina dia tak macam saya.

Kat rumah dia buat semua kerja. Petang2 kadang kami pergi joging sama2.. Tapi dia boleh bertahan sampai 11 12.. Tapi saya 8 malam dah gantuk.

So pagi tu memang muka dia masam la.. Saya mintak maaf. Dia cakap tak pe la. Cakap dengan dinding best jugak.

Saya memang tak berani nak jawab apa2.. Sebab saya tahu salah saya. Sekarang ni saya tak tolak dah pukul berapa pun dia ajak.

Sebab saya takut malam saya tertidur. Dia pulak jenis tak akan kejut saya. So saya tak nak batin dia tersiksa.

Sebab kami pernah berbincang. Saya kata boleh tak saya tidur sekejap lepas magrib. Nanti abang kejut pukul 9. Boleh la spend time kejap dengan dia.

Dia cakap ok.Tapi lepas tu tak kejut pun. Bila saya tanya, dia kata tak sampai hati. Kesian tengok saya penat. So dia biar saya tidur.

Tapi sekarang ni saya dah cuba nak tidur lewat. Saya berjaya ja tidur sekali dengan dia dalam 11 lebih.

Walaupun seminggu tu berjaya 2 3 hari ja. Tapi dia tak nak faham betapa strugglenya saya. Sampai saya sakit kepala.. Tapi saya tak pernah bagitau dia.

Sekarang ni nak pujuk dia dengan makanan dah tak berjaya sangat la. Kadang2 ja dia ceria. Kadang2 masih terbawa2 emosi semalam.

Dan yang paling saya sedih. Dulu2 waktu kami nak bersama, dia akan kerap kiss dahi saya. Sebelum dan selepas.

Saya selalu rasa sangat2 dihargai dan di sayangi. Saya suka dia kiss di dahi saya. Sebab saya selalu rasa dia buat sebab dia sayang saya.

Tapi sekarang dah tak de dah kiss2 dahi. Ibarat yang ada hanya nafsu dia semata2.

Sepertinya cinta tu dah tak de. Kita tahu la beza dia dulu dan sekarang. Ghairah dia sekarang bukan sebab cinta lagi. Komunikasi pun dah tak de.

Sekarang pukul berapa pun asal dia nak, dia buat ja. Saya tidur ke apa ke dia dah tak peduli.

Satu hari masa bincang2 pasal ni. Dia cuma cakap buat ja la apa yang saya suka.. Dia pun dah terbiasa dengan keadaan macam ni.

Dia yang kena ubah diri dia katanya.

Saya tak perlu nak korban atau ubah apa2 dia kata. Masa tu secara spontan saya cakap macam ni.. Abang nak tingalkan saya ke.. Dah tak suka saya ke.

Dia cakap tu la masalahnya. Masalah dia sayang saya.. Kalau tak de perasaan tu kan bagus. Senang ja dia tinggal.

Hancur hati saya dengar dia cakap macam tu. Ibarat bila2 masa dia boleh ja tingal saya. Tapi sebab sayang masih bersisa ke..

Entah la.. Sejak tu saya sentiasa cuba ambil hati dia.. Saya nak dia macam dulu2 balik.

Tapi nampaknya macam tak berjaya jugak. Setiap perbuatan dan kata2 dia dilontar dengan kasar.

Hari tu saya macam nak manja2 dengan dia. Dengan kasar dia tanya nak ke. Sedangkan sebelum ni tak pernah macam tu pun nada dia.

Saya ni pulak jenis hati lembut. Cepat tersentap. Air mata ja bertakung dengan layanan dia macam tu.

Tapi masih saya tak putus asa. Sabtu ahad saya mesti ajak dia bercuti mana2.. Tidur hotel. Saya nak bagi perhatian sepenuhnya pada dia.

Walaupun dalam negeri yang sama, saya akan ajak ja tidur hotel. Soal duit saya letak tepi. Memang a to z 100% duit saya

Dia akan cakap ok ja. Dia tak penah tolak apa2 pun. Masih ikut setiap pelawaan saya. Tapi masih dengan nada serius dia.

Dan masa tu dia banyak tengok hp ja.. Tengok video apa2. Ibarat tak peduli kat saya pun.

Sedangkan kita ni nak happy2 dengan dia. Apabila saya nak mintak maaf, nak cuba wujudkan suasana happy2.

Dia akan cakap ala kalau nak cakap pasal benda tu tak payah la. Sebab tak de point dia kata. Tapi cakap soal apa pun sama ja respon dia sekarang ni.

Ibaratnya dia dah set dalam mind dia, saya tak akan berubah sampai bila2. Sedangkan kalau dia buka mata dia sikit, dia nampak ja perubahan saya.

Ke dia sengaja ke apa tak tahu la.. Akhirnya saya pun dah hampir2 putus asa dah sekarang ni.. Dah tak tahu macam mana nak pujuk dan ambik hati dia balik dah..

Sekarang ni bersama pun dia dah guna protection. Katanya tiba2 rasa risau kalau dah ada baby. So dia fikir tak nak anak.

Dia sindir saya, katanya dekat dia pun saya tak boleh bagi perhatian.. Ni kan pulak ada baby.. Takut anak terabai dia kata.

Kenapa. Seteruk tu ke saya ni? Saya cakap saya manusia abang.. Ada letih ada stress. Abang tak nampak ke betapa saya buat macam2 supaya abang happy balik. Saya nak kita macam dulu balik. Tapi abang yang tengah keraskan hati abang sekarang ni.

Tapi dia hanya diam ja la. Walaupun hati saya dah terasa.. Tapi tetap saya layan dia seperti biasa.

Call setiap hari. Siapkan makan sedap2 untuk dia. Teman dia kat sebelah. Cuba berborak2 walaupun dia diam. Semuanya saya dah buat.

Tapi hari ni, tadi masa rehat saya call dia. Walaupun dia cuma respon hmm ja. Tapi saya tetap bercakap.

Tiba2 kawan datang panggil. Nak tanya pasal kerja.. Saya cakap sekejap tau abang. Tapi dia terus letak.

Lepas tu dia hantar mesej. Dulu2 beriya ajak kahwin.. Kononnya nak bagi perhatian.. Tapi lepas kahwin pun sama ja la. Tahu gini baik tak payah kahwin.

Serius saya dah letih la.. Saya dah tak tahu nak handle macam mana lagi dah.. Seriously i give up.

Saya cuma reply terpulang pada abang la. Sebab tu saya cakap, perkahwinan tak semudah saya bayangkan rupanya.

Atau saya tak layak kahwin sebenarnya…

– Roza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. kalau dia betul sayangkan u, dia sepatutnya faham tugas cikgu tu memang penat. boleh je tunggu sabtu ahad untuk u tidur lewat. tak matang lah lelaki macam ni. siap pakai kondom sebab taknak anak. better u gerak jelah sis. tak payah buang masa and tenaga untuk suami mcm ni

  2. Jgn rasa lemah sgt, awak pun keja, bukan duduk melepak kt rumah, tu dh cukup baik sbb awak masakkan sedap2, belanja pi jalan2, dh banyk usaha yg awak buat, lagi pulak duduk free kt umah bapak awak, sebenarnya suami awak tu la kena bnyk berterima kasih dgn awak dan bersyukur bnyk2 sbb isteri dah berkorban banyk perkara, mungkin awak kena tanya dia depan2, klu dia pun tk boleh terima, lebih baik awak je yg move on, kdg2 awak kena jual mahal untuk bagi pengaran pada org yg ego nya tinggi camni, isteri tetap ada hak dan perlu dihormati

    • abg black.. jangan la suruh cikgu move on dulu, sebaiknya cuba berubah dulu masing2.. selesaikan masalah dulu yang ada.. begitulah asam garam suami isteri.. biasa lah gaduh sikit2, tapi jangan biarkan ego meninggi..bahaya sangat2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *