Assalammualaikum. Cerita yang ingin saya nukilkan adalah berkenaan dengan seorang wanita yang saya kenal. Maaf andai cerita ini bosan, saya tidak pandai nak bercerita.
Saya jejaka M, bekerja sebagai akaun eksekutif dan berumur awal 30 an. Manakala si dia adalah wanita N, tidak bekerja, dan berumur 24 tahun.
Saya berkenalan dengannya secara tidak sengaja melalui aplikasi game pada bulan 3 tahun 2022.
Sepanjang berkenalan, banyak cerita yang wanita N ceritakan berkenaan kisah silam dia. Antara ceritanya, dahulu dia pernah ambil dadah, clubbing, arak, dan merokok. Termasuk juga yang dia adalah anak tidak sah taraf.
Bagi saya, saya tiada masalah untuk menerima semua itu sebab benda itu telah menjadi sejarah dia. Asalkan dia bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.
Dia pada zaman lampau, memang agak keterlaluan dalam sosial, mungkin akibat dari suasana dia membesar, di mana, masa dia kecil, dia dijaga oleh atuk dia, yang hanya bekerja kampung ketika itu.
Stigma masyarakat mengenai anak tidak sah taraf, membuatkan dia lagi tertekan dan dahagakan perhatian.
Dalam bulan lepas, dia bertanya, sekiranya dia ada pernah membuat seks dengan lelaki lain, adakah saya masih akan berkawan dengannya.
Dan pada ketika itu, saya menjawab ya, masih akan berkawan dengannya. Asalkan tidak membuat benda terlarang itu lagi dan bertaubat.
Dan ketika ini, dia tidak mengatakan yang dia yang telah melakukan seks tersebut. Hanya inginkan jawapan saya berkaitan isu tersebut. Saya pun tidaklah terlalu memikirkan sangat.
Tetapi, pada minggu lepas, tiba-tiba, si dia mengaku yang dia telah kehilangan dara usia 13 tahun dan pernah mengandung pada usia 15 tahun. Kandungan itu telah digugurkan.
Selepas itu, dia pergi KL untuk berjauhan dengan bf dia, dan ketika di KL, dia mengaku yang dia ada membuat part time menjual diri sehingga ke Pulau Pinang.
Apabila saya tahu semua ni, saya jadi keliru, adakah betul dia jodoh saya. Saya juga keliru, sebab saya memang tidak kisah akan semua tu, tetapi saya selalu memikirkan tentang pengakuan dia.
Untuk pengetahuan pembaca, kami hanya pernah berjumpa sekali sahaja. Dia berada di Ipoh dan saya tinggal di Petaling Jaya.
Semua aktiviti yang dia buat, saya yakin itu hanya pada masa silam, tidak pada masa kini.
Saya sepanjang saya hidup juga, saya tidak pernah meniduri mana-mana wanita. Jauh sekali untuk membuat aktiviti yang Wanita N buat.
Untuk pengetahuan pembaca juga, semua aktiviti yang dilakukan si dia, berakhir pada tahun 2016. Kerana selepas itu, dia tinggal bersama abang seibu dia. Semua adik beradik dia adalah tidak sah taraf.
Pada masa sekarang, dia hanya merokok dan vape, manakala saya tidak merokok dan vape.
Minta jasa pembaca, apa yang patut saya buat? Saya lama tidak bercinta, sebelum ini, hanya 2 kali.
Terima kasih.
– Jejaka M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Well, if you have to ask.
aduhai dik.. nk kawin dgn org yg xtwu asal usul dia musibat namanya. asl desperate sgt ni dik oi… cmni dik, g kje kuat2 kumpul duit nnti rmai lagi perempuan lain akan menempel kat dik
Kalau awak sampai dok terfikir2, dan tanya netizen maknanya she’s not the one. Takut sekarang kata okay, bila dah kawen tetiba awak rasa insecure gi ungkit masa lalu dia. Perempuan bukan sorang je kat dunia ni.
Adik, carik lar perempuan yang sekufu, ramai je yang kat luar sana baik baik, yang macam tu jugak di pandangnya, biar lar dier dengan kehidupannya, akak yakin ko tak boleh terima dengan cara hidupnya. Sekarang tengah angau memanglah positive jer, tunggu lar dah kawin nanti kan
Dah solat istikharah??? Kalau blm baiklah buat istikharah dulu. Yakinlah ada sebab mengapa Allah kata kita kena cari yg sekufu. Kalau boleh kita ni nak kawen sekali je, nk hidup dgn dia sehingga hujung nyawa. Tanya diri sendiri mampu ke awak menerima semua kekurangan dia tu sehingga hujung nyawa awak. Jgn lupa jugak pd keluarga, apa penerimaan keluarga awak pd dia. Andai kata terbongkar keburukan dia 1 hari nnt, mampu ke awak melindungi dia. Berat sgt dik tanggungjawab tu.
Nak cari bini cari perempuan dek bukan betina.Jgn naif sgt konon blh terima org yg ada sejarah silam hitam kelam.
Cari keturunan yg baik2 elok2.Awk pun ada kerjaya bagus.Sebab benda2 mcm ni 1 fine day akan jadi konflik if u kawrn dgn spesis sosial mcm ni.
Banyak lg wanita akhlak mulia luar sana..ini kenal dlm apps.Jumpa br 1x..tah2 scammer mana nak jual ko g myanmar…hati2 lah…
Carilah yang lain dik, ramai lagi perempuan yang baik. Bila dah dewasa perangai dah ikut acuan masa kecil, sukar nak dibentuk.
Lelaki biasanya cari yg boleh berikan peace of mind
Kalau kau dah tau sejarah silam dia dan nanti kawin,x mustahil kau akan ragui kejujuran dia..kalau kau tak tau terus lain cerita..aku lebih suka dia x cerita apa2 Kat bakal suami dia asalkan dia betul2 berubah..sekarang ni aku rasa kau abaikan semua tu sebab kau dah sayang kat dia .risau nanti ada selisih faham bila dah kawin,kau ungkit segala yg dia cerita
Run. Kau dahla akauntan , baik tak pernah buat benda yang dia buat. Carilah yang sekufu nanti takut dah kahwin kau ungkit balik kisah silam dia. Takyahla. Jauhkan la perempuan camtu. You deserve better sir
She deserve a second chance of course.. tapi u baru kenal dia, sempat lagi nak kenal hati budi dia.. tapi kalau u rasa u insecure, better cabut la cepat2 sblm hubungan kedua2 pihak pergi lebih jauh..
Assalamualaikum. Mohon fikir Baik2. Cari isteri yang ada agama. Agar keturunan Kita terpelihara.
Buat istikarah dik…kalau nak pilih pasang an pilih lah yang baik supaya selamat dunia dan akhirat
Mesti perempuan tu lawa kan? Biasa yang terjebak dengan seks bebas ni memang lawa, soft spoken, sebab tu lelaki mudah cair. Dik, kita kahwin ni nak lama. Kau kena faham dik. Islam gariskan 4 perkara untuk cari bini. Pertama agamanya. Bukan saje-saje Islam suruh pilih agama dulu. Dalam sains sendiri, setiap perangai terdahulu akan encoded dalam genetic dan perangai tu boleh diwarisi. Perangai pun boleh diwarisi. Mungkin perempuan tu dah berubah. Tapi jangan marah kalau dah ada anak nanti, anak-anak ulang balik cycle yang sama macam bini. Sebab banyak dah kes abang jumpa anak kepada mak yang penuh dengan masa silam ni akhirnya anak-anak ulang cycle sama macam mak masa muda. Eventhough bapak dah bagi didikan agama secukupnya, tapi perangai tu akan ada portion yang menyumbang kepada tingkah laku anak. Kalau kau sebagai suami betul-betul bagus bab agama, mungkin perempuan tu boleh kau consider nak buat bini. Janji asas agama kau kena betul-betul kuat untuk didik dia dan anak-anak nanti. Tapi kalau ilmu agama kau pun cukup-cukup makan, fikir panjang-panjanglah dik. Masa ni tengah suka memang la tak kisah dengan kisah silam dia. Nanti dah kahwin time bergaduh kau bukan sedar pun yang masa silam tu la akan menambahkan kebencian kau kat dia. Masa bercinta memang semua indah dan wangi dik. Tapi kau kena buat pertimbangan rasional. Nak kahwin ni, jangan cari yang ada rupa je. Biasa perempuan ada rupa kena betul-betul double check history sebab dah tak ramai yang suci. Perempuan tu juga kau kena consider sebab keturunan. Kenapa keturunan penting? sebab keturunan ni yang akan menentukan nasab anak cucu kau nanti. Dia pun anak luar nikah. Entah sape bapak dia. Entah keturunan mana dia tu. Kalau esok anak cucu kau inherited perangai mak atau datuk nenek dia, nauzubillah. Komen abang ni bukannya nak bagitau bahawa anak luar nikah tak layak dikahwini, cuba abang nak suruh kau berfikiran rasional. Kalau akhir cerita kau akan sakiti dia disebabkan status dia dan dosa silam dia, baik kau blah jelah. Ramai lagi wanita baik akhir zaman ni yang tak pernah bercinta dengan lelaki. Mereka terjaga. Nak cari wanita baik-baik kau kenalah cari melalui cara yang betul. Wanita baik ramai tak main game. Tapi mereka sibuk memperbaiki diri dengan ilmu agama. Satu lagi dik, kau tahu ke macam mana penerimaan keluarga kau terhadap dia nanti? Family kau ok ke untuk kau kahwini perempuan dah takde dara yang dah rosak? Kalau pernah terlanjur je, mungkin ok. Tapi dia pernah main dadah. Cakap pasal dadah ni dik, biasa kalau dah pernah try sekali, abang risau dik. In future kalau dia tiba-tiba stress, abang takut dia cari dadah tu balik. Abang bukan nak judge tapi kawan baik abang Pegawai Antidadah. Jangan main-main dengan kes dadah dik. Oh satu lagi, nanti dah kahwin dengan dia mesti jiran sedara mara sibuk tanya pasal bini kau kan. Kalau sedara mara jiran tetangga tahu latar belakang dia, kau nak sorok kat mana? Zaman sekarang zaman canggih dik. Orang sekejap je tahu. Dia pernah jual diri. Entah-entah ada video dia main kat Internet yang masih berlegar-legar. Kau okey ke kalau anak cucu kau terjumpa video dia kat Internet tu? Oh satu lagi, dia confirm ke bebas daripada penyakit STD? dia bukan takat terlanjur tau, tapi dia juga melacurkan diri. Berat sangat perempuan ni dik. Abang susah nak hadam kalau kau nak terima dia. Sebab kau sendiri pun ragu-ragu nak terima dia. Kalau ada keraguan dalam hati, tu maksudnya she’s not for you. Kalau tiba-tiba kau dah kahwin dan korang diuji dengan masalah kewangan, adakah dia akan jual diri dia balik? sebab tu je cara mudah nak buat duit. Kau yakin ke dia takkan jual diri di belakang kau nanti? Biasa gadis yang ada dark side ni memang dah sebati dengan cara jual diri sebab diorang target easy money. Lainlah kalau kau memang dah kaya dan confirm takkan ada masalah kewangan. Hah panjang abang membebel. Abang bukan nak judge dia tapi abang cakap berdasarkan realiti. Kau buka mata luas-luas. Nak buat sesuatu keputusan kena fikir jauh dan ke depan dik. Jangan fikir ikut anak tekak dan nafsu je. Nak cari bini ni bukan macam cari baju. Tapi bini ni pelaburan dunia akhirat. Bini ni akan didik anak-anak kita nanti. Bini ni ladang pahala kita. Kalau bini pun dah banyak rosak, abang takut dengan kau sekali sama rosak.
Cari yg lain. It will hurt you bad nila you really fall for her tp. tiba2 kantoi dia meniduri org lain semasa bersama awak. Trust me