Assalamu'alaikum wbt.
Pertama sekali saya nak emphasize bahawa ini adalah PENGAKUAN dan langkah-langkah yang saya akan kongsikan kepada brother2 yang diluar saya yang ada masalah seperti saya sebelum ini. TIADA unsur bangga diri atau riak. Saya teringin sangat membantu saudara2 kita diluar saya untuk kembali 'normal' daripada hasutan nafsu. Alhamdulillah, saya dah pulih dengan bantuan Allah. Insyaallah, brother2 pon boleh berubah.
Nota kaki: Jangan berasa jijik dengan 'golongan' 'gay' ini kerana setiap manusia diduga dengan perbagai cara. Mereka diuji dengan berat sekali, jangan kutuk/insult/maki mereka. Bantu mereka secara perlahan, insyaallah mereka akan boleh berubah. Jadi baca confession ini secara ilmiah dan niat kita untuk membantu saudara2 kita berubah, bukan untuk diserang.
I will not declare the word 'gay' sebab saya merasakan dunia zaman sekarang dah meng-positive-kan perkataan tu pastu menyokong hubungan lelaki sama lelaki. Fitrah setiap manusia, LELAKI akan mencintai PEREMPUAN. Kalau kita tersa sebaliknya (lelaki suka lelaki), maka itu adalah masalah psychology and rohani. Saya juga perasan bahawa negara kita kurang platform untuk membimbing golongan2 ni, jadi ini salah satu jihad saya untuk menyebarkan langkah2 yang boleh merubah anda. (sebab golongan gay ini punya la banyak dekat alam maya, kalau check group PLU astaghfirullah berpuluh ribu followers)
So this is my story.
First of all, saya bekas pelajar UIA, sekarang sambung belajar di uni lain. I used to be a very shy person, tapi dah overcome time blajar dekat CFS English yang menjadikan saya seorang yang terlebih memekak pulak haha. Masalah 'gay' saya ni tak seberat orang yang lain. Never being involve in sexual intercourse (nauzubillah) and party lifestyle. So basically kehidupan saya memang biasa. Pernah ade gf (putus sebab sibuk dengan degree) dan tak pernah pon couple ngan lelaki ( tapi pernah kena ngorat hahaha )So saya ni consider terpikat dengan dua-dua jantina. Dengan perempuan saya suka sangat dengan perwatakan ayu mereka, orang cakap dengan perempuan memang target untuk buat isteri. Tetapi masalah saya, saya suka dengan physical atau bentuk tubuh lelaki. Saya selalu terbayang2 tubuh dan kemaluan lelaki almost seharian. Memang serabut kepala , dah macam orang gila asyik fikirkan benda-benda yang kotor. Memang saya rasa serba salah, hari2 rasa diri sangat 'sampah' sebab tak sampai hati dengan kawan2 (sbb member2 bukan dengan lelaki lembut2 tapi dengan geng2 'keras' sbb saya suka sukan) kadang2 ade ter-'imagine' diorang jugak dalam kepala. Lagi serba salah dengan ex-gf. So korang boleh bayangkan macam mana sengsara hidup saya ni. Dah almost 10 tahun macam ni, sebab dari sekolah menengah dah terkena 'penyakit' ni.(sampai time dekat sekolah time member tukar baju dekat changing room saya jadi tak tentu arah)
PUNCA utama yang menyebakan saya jadi minat pada lelaki adalah disebabkan MEDIA. Sejak ayah belikan pc time darjah 6 (dia letak pc dalam bilik saya) saya dah terjebak dengan PORN. Pada mulanya saya langsung taktau apa itu lucah (sama ada porn straight, lesbian atau gay) Jadi saya bukak semua porn2 tersebut. Pada saat itu kegelapan masuk dlm diri saya. Saya lebih suka melihat hubungan seks lelaki bersama lelaki berbanding porn yang normal. Saya menjadi obses, download, simpan dalam folder. Saat tingkatan 3, saya start onani smpai umur saya sekarang saya obses. Saya lihat porn gay dan onani almost 2 kali sehari. Rasa sangat2 menyesal selepas onani, rasa diri jijik, rasa manusia paling kotor sebab memikirkan lucah gay. Saya selalu menangis sendirian sebab tak pernah cerita dengan sesiapa yang saya suka lihat seks lelaki dan tubuh badan lelaki. Kadang2 saya membayangkan diri saya dalam situasi seks tersebut.Saya diuji dengan Allah sebegitu berat, tapi saya tidak pernah berhenti doa dengan Allah yang saya tak mahukan semua ini. Saya mahu jadi normal. Psychologically saya rasa begitu tertekan.
(maafkan saya ayat2 diatas bahasanya agak lucah dan jijik, tetapi saya nak ceritakan perkara sebenar)
Disini saya ceritakan detik perubahan saya. Almost everyday sejak sekolah menengah tu saya merayu kepada Allah yang tolong ubah diri saya. It took a very long proses, korang bayangkan dari 13 tahun ke 24 tahun, doa benda sama hari2. Belasan tahun merayu dekat Allah maha kuasa untuk jadikan saya lelaki normal. Macam-macam langkah saya buat, block website, install parental software untuk monitor diri sendiri, deactivate social media tapi semua tak jalan. Saya kembali melihat porn. Kembali onani. Kembali suka pada lelaki. Sampai saya buat nazar, kalau saya lihat porn lagi saya kena bayar certain amount of money dekat masjid. Pon tak jalan.
Semua berubah RAMADHAN tahun ni. Awal 1 ramadhan, saya terjebak jugak dengan porn, tapi tiba-tiba saya rasa macam lain dari sebelum ni. Sikap 'menyesal' saya rasa macam betul-betul terkesan. Saya rasa macam "kenapa kau tak insaf-insaf, kehidupan kau teruk, rezeki takda asyik tak masuk ilmu belajar, susah jawab soalan exam, fail subject" "…apakah kau benar-benar bodoh membuat sesuatu yang sia2 tapi tak bagi satu kelebihan dekat kau?"
Tiba2 saya pergi bukak youtube (seriously directly jari typying), bukak tazkirah ustadh nouman ali khan and mufti menk. Saya dengar juga sesetngah ceramah ustaz di Malaysia, tapi mereka banyak menyindir dan menghentam golongan gay ini menyebabkan mereka 'keras' sikit nak berubah (bukan semua). Tetapi lain dengan dua tokoh agama luar negara ni, mereka bagi nasihat yang sangat mendalam. Saat itu saya rasa sangat tenang, macam " inilah masa untuk aku betul betul berubah".
*Langkah-Langkah*
1) Porn ni memang membawa kegelapan pada hati dan otak. Porn macam DADAH, the more kau consume the harder kau nak escape. Tengoklah video therapy pasal porn, pasal liquid dekat otak. It is a science. Sebab tu hati kita keras nak berubah, sebab otak kita dah ade permenant visual yang menyebabkan kau terpikir bende tu 24 hours. So , saya dah rasa gelabah. Langkahnya, I set in my mind that:
" Porn ni Super BAHAYA for your health. Logically bila 'liquid' in overload (sebab dia tak boleh di release) so lama-lama kau boleh jadi super bodoh and mental ."
2) Visual porn dekat otak tu akan berkurang sikit demi sikit kalau kau isi time dengan something else. Now I double up my involvement dengan sports, cardio untuk release kan negative visual tu. Ambil hobi lain macam join kelab kucing, bela kucing. Join kelab landscape/gardening at least kau ade healthy community untuk gantikan tabiat buruk tu.
3) The more kau masturbate lagi senang kau nak mandul. Siapa taknak zuriat. Bukan sahaja mandul, over-onani pon boleh melemahkan badan, letih lesu and boleh menempah maut. So langkah nyer, set dekat otak
"the more kau onani, lagi cepat ko mati dalam keadaan sia2"
4) Nasihat Ustaz Nouman yang sampai terkesan dekat hati saya:
"… dia rasa sangat2 kesian kepada golongan yang obses pada porn. The way ustaz concerns dekat kami (golongan obses porn ni) seperti ayah yang concern pada anak-anak yang bermasalah. I really felt macam " kau tak kesian ke dekat orang yang corncern pasal kau". Cara dia nasihat sangat lembut. So memperbanyakkan lihat/dengar tazkirah insyaallah korang akan terbuka hati."
5) Ustaz Nouman juga cakap kalau KAWIN sekali pon kau TAKKAN dapat berubah ( Sebab certain ustaz dekat Msia selalu cakap kawin yang dapat ubah kita) walhal diri kita, our inner self and psychology kena ubah dulu, sebab kau akan repeat benda yang sama lepas kawin. We already witnessed lot of case studies, ade yang lepas kawin, balik pada perangai sama. So change the way we think first (step 1 to 3)
6) Mufti Menk nasihat, Increase good deeds. The ultimate ways (jujur saya cakap ini step paling terbaik) SOLAT JEMAAH dekat Masjid setiap waktu ( subuh zohor asar magrib isyak) Try step ni, memang rasa berat nak gi masjid tapi it really worth it. Kau akan rasa tenang sangat-sangat sampai kau tak lansung pikir pasal porn atau any 'gay' visual dekat otak.
7) Istiqamah. This is the last thing you need. Saya dah masuk dua minggu tenang tanpa melihat sebarang pornography. Saya lansung tidak fikir pasal tubuh badan lelaki. Sebab saya percaya Allah akan tolong saya. Alhamdulillah doa sejak sekolah menengah dah tercapai pada bulan ramadhan dengn waktu singkat. Samapai sekarang, saya sentiasa menangis bersyukur Allah tunaikan hajat saya. So never stop make a DUA.
Nampak step mcm panjang but actually simple je step ni. Perubahan lebih senang dibuat pada bulan ramadhan lebih lagi di Fasa kedua, Fasa Kemaafan.
INITIATIVE-SET MIND- ACTION – ISTIQAMAH
Jadi ini sajalah confession saya. Saya harap dengan sedikit tulisan ni boleh merubah kawan2 diluar sana. You are not alone, you have us. Sorry panjang sikit hehe.
Kalau kawan2 rasa tulisan ni membantu, saya mohon kawan2 doakan saya supaya terus beristiqamah, saya pon baru sahaja berubah. Masih mendekati majlis2 ilmu, mendekati rumah Allah. Doakan saya juga mati dalam keredhaan Allah. Insyaallah. Sya doakan kawan2, tak kiralah ada masalah yang sama atau tidak, kita ada ALLAH. Allah sentiasa tolong kita. Jangan sesekali tinggal solat.
Wassalam.
– Pemuda Berubah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
satu lagi nk tambah…boleh lah dgr bacaan ayat suci al-quran..saya baru ja dgr bacaan dr muhamad taha junayd…allah, syahdu sampai tertutup mato den haaa…..saya doakan semoga saudara istiqamah dalam penghijrahan
InsyaAllah semoga bro istiqamah
Subhanallah! Good job Bro. Alhamdulillah. Semoga terus istiqomah pada jalan yang benar ini. Semoga terus dijauhkan dari dosa-dosa besar. Semangat dan usaha untuk berubah buatkan diri rasa tenang right? Siapa tak nak jadi baik kan. Semua nak. Tahniah
Lelaki suka laki gayyy woii. Tuhan x ngaku umat
Gambateh..
Hijrah Hidup
Everybody sins differently .
Rahmat Allah terbuka luas. Tahniah atas perubahan. Sebenarnya byk lg cara. Salah satu cara terbaik adalah dgn berpuasa. Cuma brpuasa agk mncabar bila diluar ramadhan..hehe. semoga istiqamah bro