Saya Pesakit DID II

Untuk part I, (https://iiumc.com/saya-pesakit-did/).

Disebabkan ramai yang bertanya tentang 5 personaliti yang saya sebutkan sebelum ini, saya akan ceritakan satu persatu.

Pertama sekali, hendaklah diingatkan apa yang saya lalui memang sedikit sebanyak seperti apa yang kalian tengok dari dalam TV, tapi bukanlah betul 100%. Lain orang, lain caranya.

Saya juga berkemungkinan memiliki lebih dari 5, tetapi setakat ini cuma 5 saja yang keluar. Dan kami berlima juga memiliki pekerjaan masing-masing walaupun cuma bekerja dari rumah.

Tuan punya badan yang sekarang ni tak ada istilah host atau watak asal. Lebih kurang macam dalam Split di mana watak-watak lain selalu ambil alih.

Pakar terapi masih belum pasti kenapa host atau watak asal ni belum mahu bertindak, namun kerana kami yang lain-lain ni ada, ianya tidaklah memudaratkan kalau dia tak mahu keluar sama sekali. Dalam kisah ini, saya akan namakan dia sebagai Orked.

Dia seorang yang sangat lemah-lembut dan mendengar cakap. Tak pernah buat benda yang melukakan hati sesiapa. Dia lebih banyak berdiam dan bersembunyi di dalam bilik untuk melukis.

Dan lukisan-lukisan dia sangat cantik, saya memang kagum dengan bakat dia sebab saya ni nak lukis orang lidi pun susah. Kerja yang dia selalu buat adalah lukisan mural di dinding, dan lukisan abstract untuk galeri.

Watak kedua adalah saya sendiri. tahap kreativiti saya cuma kepada penulisan, seperti yang saya sedang buat sekarang ni. Kerjaya saya sebagai penulis membuatkan ianya mudah untuk saya bergerak ke mana-mana, hanya bawa laptop sahaja.

Apabila editor berikan deadline, saya akan cuba siapkan sebelum tarikh itu.

egan pula saya nak bercerita tentang diri sendiri tapi dalam kami berlima, saya rasa sayalah yang paling banyak ke depan untuk uruskan kehidupan seharian kerana saya lebih berani dan pandai memulakan perbualan.

Tulisan saya paling cantik, puji diri kejap. Jika ada di kalangan kami berlima yang perlu buat presentation, sayalah yang akan ambil alih sebab yang lainnya semua jenis pemalu. Saya juga gemar berkawan dan keluar buang masa untuk bersembang dengan jiran.

Watak ketiga adalah lelaki, saya namakan dia Jebat. Jebat ni adalah punca kenapa host banyak kali jatuh hati kepada perempuan.

Ia adalah masalah yang sangat susah dibendung ketika di usia remaja kerana ramai beranggapan Orked adalah lesbian walaupun sebenarnya itu bukan diri dia sendiri.

Jebat cuma akan muncul ketika salah seorang dari kami keluar ke mana-mana seorang diri, bersedia untuk ambil alih kalau ada perkara berbahaya terjadi. Dialah yang paling kuat kalau diajak bergaduh,

bahkan dia ada bakat dalam seni mempertahankan diri. Selain daripada itu, dialah yang paling pandai dalam Matematik, kalau kalian ingat cerita yang sebelum ini dia siapkan kerja sekolah.

Sedangkan kami yang lain hanya lulus cukup-cukup makan saja. Jebat pernah ambil kursus engineering setahun untuk belajar tentang programming.

Watak keempat adalah Melur. Tugas dia yang paling ketara setakat ini adalah sebagai ibu.

Ya, saya dah berkahwin dan punyai dua orang anak.

Dan Melurlah yang paling banyak luangkan masa dengan anak-anak kami. Dia mempunyai kesabaran yang cukup tinggi untuk melayan kerenah anak-anak berbanding dengan kami yang lain.

Dia pernah belajar untuk jadi jururawat satu masa dulu, tapi sejak dia tahu bahawa dia adalah salah satu daripada watak-watak ini,

terus dia mengalami depresi dan sukar menerima kenyataan kerana selama ini dia anggap diri dia hanyalah dia seorang. Di kalangan kami, dialah yang paling memerlukan sokongan.

Dia sangat pemalu, bahkan tak cuba untuk cari kawan baru langsung kerana dia takut tak ada orang yang boleh terima diri dia. Buat masa sekarang ni, dia cuma tinggal di rumah saja.

Ada masa dia akan menangis seorang diri dan ketika itulah suami akan ambil cuti untuk temankan dia. Dia juga mengalami masalah ‘eating disorder’ hinggakan banyak jenis makanan yang sangat tak serasi dengan perut dia.

Watak kelima saya namakan Melati.

Dialah yang dikatakan ‘syaitan’ ketika kami disuruh berubat dulu. Emosi dia tak stabil, pemarah dan gemar mencarut. Ini semua adalah reaksi terhadap trauma yang dia pernah alami dulu kerana hanya dia seorang saja yang ingat peristiwa itu secara terperinci.

Dia sentiasa tak berpuas hati dengan hidup dia sekarang kerana dia percaya kalau masa itu mampu diputar balik, dia akan melawan arwah pakcik itu dengan lebih berani.

Dia merasakan semua ini adalah salahnya sendiri.

Di kalangan kami, hanya dia seorang saja yang suami masih tak faham cara untuk uruskan kerana setiap apa yang dikatakan akan jadi satu ‘trigger’ buat dirinya hingga dia hanya mampu menjerit dan lari dari rumah.

Kami dah cuba bawa dia berubat tapi disebabkan pengalaman yang sebelum ni, dia berterusan berfikiran negatif terhadap setiap pertolongan yang sesiapa cuba berikan.

Dia juga gemar bergaduh dengan jiran kerana anggap semua orang ini tak boleh dipercayai, walaupun kadang-kadang kami hanya perlukan pertolongan jiran untuk siramkan pokok bunga saja.

Mungkin perangai dia seperti luar kawalan, tetapi niat dia hanyalah satu; cuma mahu pastikan Orked selamat.

Buat masa sekarang, saya dah ambil alih buat 4 hari, jadi saya rasa cara terbaik untuk tidak bertukar watak terlalu kerap adalah dengan emosi sendiri dan keadaan sekeliling.

Selagi emosi saya tenang dan tidak ada sesuatu yang jadi ‘trigger’, saya akan kekal sebagai Mawar buat sementara waktu. Kejadian bertukar watak ni selalu terjadi ketika sakit kepala yang teruk dan berpanjangan, atau ketika sedang tidur.

Sedar tak sedar, beberapa hari dah berlalu dan saya terpaksa belek semua nota yang ditinggalkan oleh watak lain untuk sambung kegiatan mereka ketika ketiadaan saya.

Ada masanya saya keliru yang mana satu mimpi, dan yang mana pula realiti. Ini selalunya mengambil masa beberapa jam, dan ketika inilah saya akan terduduk diam saja dan berfikir.

Kadang-kadang saya risau juga kalau saya terbangun nanti beberapa hari dah terlepas, dan banyak kerja saya yang belum disiapkan.

Satu saja yang kami tak dibenarkan buat, iaitu memandu. Ini kerana Melur tak ada ingatan tentang memandu kereta atau mengambil lesen sekalipun.

Pernah terjadi ketika Orked sedang memandu dan tiba-tiba bertukar kepada Melur, serta-merta kereta diberhentikan di tengah jalan, Melur menangis kerana takut dan tak ingat jalan balik ke rumah. Ini juga boleh membahayakan pemandu-pemandu lain.

Disebabkan kejadian itulah suami kami tak benarkan kami memandu lagi, Kalau nak ke mana pun, biarlah orang lain yang memandu asalkan bukan kami.

Terima kasih kerana menyiarkan kisah ini dan kepada semua pembaca kerana meluangkan masa.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *