Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession. Tujuan saya menulis pada confession ni hanya ingin meluah apa yang terbuku di dalam hati saya.
Saya sangat berharap coretan saya ini tersiar, supaya boleh menenangkan hati saya.
Hehe.. Yer macam para pembaca semua baca tajuk ni, saya dah jatuh hati kepada anak jiran saya sejak 5 tahun yang lalu.
Sedikit pengenalan tentang diri saya K, masih bujang, berumur pertengahan 30an dan bekerja sendiri. Saya seorang yang tiada ”luck” dalam percintaan.
Saya seorang wanita yang sangat menjaga maruah diri, seorang yang sangat disenangi oleh para keluarga, saudara mara dan jiran2.
Adat juga, ada yang suka saya, ada yang tidak. Saya pernah hampir mendirikan rumah tangga pada 2015 dulu, tetapi tak jadi tanpa sebab yang munasabah.
Ex pada ketika itu hanya mengatakan saya seorang wanita yang baik dan terus block segala contact saya.
Disebabkan ex seorang yang baik dan sangat disayangi oleh kedua ibu bapa saya, telah memberi saya trauma bertahun tahun. Jujur saya memang tak berani nak menjalinkan hubungan yang serius dengan siapa pon.
Traumatic yang saya hadap tu perit sangat2 dan hampir masuk ke hospital.
Selepas itu, walau ramai kawan2 di tempat kerja cuba menjalinkan hubungan yang serius, saya memang tak berani.. Dan makin lama kelamaan, sorang sorang rakan sekerja yang baik tadi mendirikan rumah tangga dengan orang lain.
Sedih dan hancur sangat perasaan bila tengok keadaan tu. Tapi nak buat macam mana.
Kisah ni bermula 5 tahun lepas, masa tu saya pergi kerumah kawan. Di rumah dia ada kebun dan kawan telah memberi saya banyak hasil2 di kebunnya.
Disebabkan saya gembira sangat dengan rezeki ini, saya telah mengagihkan hasil ni kepada jiran2 saya.
Salah satu rumah yang saya pergi ni adalah rumah kawan baik ayah saya. Ayah saya dan pakcik jiran ni pernah bekerja bersama dan hubungan mereka memang istimewa.
Manakala saya pulak rapat dengan isteri jiran ni dan saya namakan makcik S. Kiranya saya kenal keluarga ini berbelas belas tahun.
Makcik S ada anak yang namanya Z. Masa saya ingin beri hasil kebun tadi, Makcik S seronok sangat tengok saya datang rumah dia.
Masa ni masih lagi musim raya dan di bulan syawal. Makcik S telah menarik tangan saya, dan paksa saya masuk ke rumah dia untuk beri makan kuih raya. Masa ni la segalanya bermula.
Masa saya dan Makcik S duduk di sofa di ruang tamu, si Z, ayahnya, adik ipar, adiknya tengah bekerja sama dalam memasang rak (bukan rak, tapi saya tulis rak jela ya).
Ya Allah, seronok sangat tengok keluarga ni bekerjasama, bergurau senda dan cara diaorang sembang memang best2.
Si Z pon mengajak saya join sekali sembang2 dengan keluarga dia. Memang kelakar la si Z masa ni. Dan masa tu saya dah tersedar, Ya Allah, saya dah jatuh hati kepada si Z ni. Memang berbunga la perasaan saya masa ni.
So fast forward, setiap kali kalau terserempak dengan si Z ni di kawasan rumah, memang dia akan tegur dengan sangat sopan dan muka dia ceria betul.
Ada sekali kereta saya block jalan, untuk hantar barang ke rumah jiran lain, bila saya nampak ada kereta dah lalu di jalan tu, saya berlari ke kereta saya, dan saya terdengar Z jerit, “Jangan lari2, nanti jatuh. Tak pa, slow2 saya tunggu”. Melting rasa. Hehe..
Tapi saya sentiasa sedar yang, Z ni mesti akan kawen dengan orang lain. Saya harus bersiap sedia. Kerana bila2 masa sahaja si Z ni akan jadi milik orang lain.
Cerita bermula pada bulan lepas, tiba2 makcik S wasep saya. Beritahu, ingin menjemput saya untuk perkahwinan anaknya. Masa ni Ya Allah, dada saya rasa sesak nafas, saya dah pegang dada saya dan terus air mata berkaca. Perit sangat rasa masa ni.
Tiba2 makcik S cakap, yang kawen adalah adik kepada Z. Masa ni perghhhhh terus lega hati ni, sesak nafas terus hilang. Nasib bukan Z yang kawen. Tak sanggup nya nak hadap lagi orang yang kita suka dan sayang akan kahwin dengan orang lain.
Sebelum majlis kahwin adik Z, saya ada terserempak dengan Z tengah duduk di kerusi. Z hanya melihat saya. Masa ni saya agak terkejut sebab memang dah lama tak jumpa si Z ni. Si Z, dah lama menyewa di tempat lain. Tapi saya tak tahu di mana…
Klimaks cerita ni bermula bulan ini iaitu pada hari kahwin adiknya, entah kenapa saya dah nervous sangat2 dari sehari sebelum majlis tu.
Tak taulah kenapa, saya ashik teringat si Z ni. Masa pergi ke dewan kahwin, seluruh keluarga saya telah dijemput termasuk beberapa saudara mara saya. Manakala ayah saya dan si Z adalah penyambut tetamu.
Z betul2 berdiri di pintu masuk dewan dengan bersongkok dan bersamping. Z seorang yang berkulit cerah dan dia memang tinggi. Saya yang memang sedia ada nervous terus rasa panic attack tengok Z. Masa nak masuk tu, tiba2 Z nampak saya terus dia merenung muka saya.
Saya terus cakap “aaaa…aaaa saya datang dengan cousin2 saya.” Ya Allah weh, boleh rasa tulang rusuk aku bersepai jatuh depan Z masa tu, adoiiii laaaaaa.
Aku dah kenapa nak explain mcm tu, dah satu family ak dijemput, dan ayah ak pon memang berdiri sebelah Z. Z just senyum dan cakap, “Masuklah.”
Sepanjang majlis kahwin ni, saya sangat2 gembira sebab boleh dikatakan saya kenal terlampau ramai orang dalam majlis ni. Boleh rasa berkat dan silaturahim yang terjalin di antara jiran2 dan kenalan ni memang seronok sangat.
Tapi sayang sangat, sampai harini saya rasa menyesal sangat sebab tidak melihat Z ni puas2 masa majlis tersebut. Masa nak balik tu, saya memang tak nampak Z dah. Tak tahu dia kemana. Masa salam tangan makcik S, saya beri ucapan tahniah dan sangat gembira untuk makcik S.
Lepas balik je dari majlis ni, saya rasa lain macam. Saya dah tak boleh “control” lagi perasaan saya terhadap Z. Rasa suka tu terus berkocak di dada dan saya mula rasa perit.
Jujur saya cakap, saya memang dah tak sanggup lagi melihat orang yang kita suka dan sayang akan berkahwin dengan orang lain.
Lagipon keluarga makcik S ni baik sangat. Jujur saya tak sanggup melihat orang lain menjadi isteri Z dan menantu makcik S. Kesedihan tu membuatkan saya tak lena tido selama 2 minggu, dan selera makan pon terus hilang. Saya dah macam orang sasau dah.
Beberapa hari lepas majlis tu, saya terserempak dengan makcik S. Makcik S bila nampak saya, muka dia gembira sangat. Masa sembang2 tu, ya Allah, rasa rindu dekat Z terus rasa lega.
Tiba2 makcik S cakap, “Awak kahwin la dengan Z”………… Masa tu jantung saya jatuh bersepai balik, saya ingat saya salah dengar, saya tak ingat conversation tu macam mana, cuma saya rasa saya alihkan soalan lain.
Saya ingat Makcik S cakap, Z ni selalu banyak halangan kalau nak kahwin dengan orang lain, tak tahu kenapa jadi macam tu. Sebelum berpisah dengan makcik S tu, saya terrr terrr cakap,
“Kalau Z kawen nanti, saya datang tolong aunty kat rumah ya.” Haihhhh, ni kebodohan abadi yer kawan2…. Dah kenapa aku cakap macam tu.. sobss sobsss.
Dan kesedihan tu pon berterusan, perasaan suka kat Z tu memang tak dapat nak control dah. Ada satu malam ni, pukul 2-3 pagi, saya hampir ingin ambil kunci kereta dan drive laju2 di federal highway.
Dulu saya biasa buat bila stress sangat, adrenalin memang rasa tinggi sangat. Ada sekali tu rasa nak buat fun run dari Johor Bahru ke Perlis.
Saya rasa sanggup buat apa2 je janji dapat lupakan perasaan terhadap Z. Saya memang selalu rasa tak layak untuk berkahwin dengan siapapun.
Saya rasa rendah diri dengan kekurangan diri yang ada dan juga mempunyai pengalaman traumatic di tinggalkan dulu. Saya tak pernah nampak saya ada ciri2 untuk dijadikan isteri dan juga menantu…
Dan saya selalu terfikir, kenapa Allah pertemukan kita, kalau kita tak boleh menyatu. Saya rasa mustahil sangat la saya akan bersama si Z ni.
Walau saya suka kan dia sejak 5 tahun yang lepas. Cuma saya sangat berharap, kalau ada multi universe tu, saya sangat harap better version of myself bahagia bersama Z dan kami membina keluarga kami.
Terima kasih kepada admin kalau menyiarkan coretan saya ni, dan terima kasih kepada pembaca meluangkan masa membaca luahan hati saya ni. Sekurangnya adalah bukti penulisan saya yang saya sangat suka kan Z.
Your lover since 5 years back,
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dah 2024 ada update tak story ni :)