Saya Sangka Saya Redha Berpoligami II

Untuk part I, (https://iiumc.com/saya-sangka-saya-redha-berpoligami/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum ni aku (instead of saya before) tak berniat pun nak buat sambungan. Menulis pun sekadar untuk melegakan perasaan dalam dada.

At that time, I’m at the lowest point in my life. Rasa loser. Rasa aku dah hilang suami aku. Rasa aku dah kalah pada Yuna. Kalah teruk.

Dia muda, banding dengan aku yang dah nampak sikit-sikit kedut kat bawah mata. Perangai dia match dengan suami aku berbanding aku yang banyak kontra dengan suami. Dia ada anak perempuan yang suami aku nak sangat. Cucu perempuan pertama dalam family suami aku.

Masa aku mengandung anak yang kedua, mak mertua aku ada cakap kalau anak ni perempuan, dia nak bagi gelang emas. Dan masa aku melawat anak Yuna hari tu, aku nampak ada gelang emas tersarung kat tangan baby tu.

Yuna memang rapat dengan mertua aku. Yelah, dia dah kenal diorang seumur hidup kot. Kadang-kadang timbul cerita-cerita lama yang aku tak boleh join pun. Jadi pendengar je la.

Aku dengan mak mertua aku ok je, tapi bukan jenis nak telefon tiba-tiba tanya khabar, jenis nak request mak mertua aku masak tu ini, peluk-peluk laga pipi macam Yuna.

Aku menulis ni di lewat malam, sama macam masa aku menulis the first one. Suasana sunyi, anak-anak dah tidur. Suami aku dekat rumah Yuna. Sekarang makin kerap dia ke sana. Kerja sendiri, bila-bila rasa nak pergi boleh pergi.

Sebelum ni apa-apa pun dia akan maklumkan aku dulu, tapi sekarang dah sampai sana baru dia cakap dia tak balik, bermalam di sana. Aku bluetick kan je message tu. Selalu kalau aku lambat balas dia akan call, tapi sampai sekarang dia tak call pun. Busy sangat la tu.

Berbalik pada confession pertama, aku sedar aku telah meninggalkan sebuah loophole besar dalam confession tu yang buat orang tertanya-tanya, kenapa aku izinkan poligami tu terjadi at the first place?

Bukan senang sebenarnya nak translate situasi yang terjadi masa tu kepada ayat-ayat. Proses membuat keputusan tu tak lama, tak sampai seminggu. Tapi di sebalik tu, aku kena selak balik banyak benda.

First, macam yang aku bagitahu, aku kahwin agak lewat. Sebelum tu dah banyak lelaki aku jumpa. Rasa penat dah nak kenal orang. Penat nak letakkan harapan apatah lagi bila dah terpaut sayang.

Aku anak perempuan sulung. Adik-adik aku yang perempuan ramai dah kahwin dulu sebelum aku. Bilangan anak saudara aku masa tu dah cecah dua angka.

Tengok anak orang, aku memang teringin sangat nak anak sendiri sampai terfikir suami macam mana pun takpe la, yang penting ada anak.

Sebab tu masa berkawan dengan suami aku, hal perasaan, harta, kerja setaraf, rupa paras aku dah letak nombor 3 4 kot. Yang penting aku nampak dia boleh jadi ayah yang baik untuk bakal anak aku.

Second, aku seorang yang introvert. Ada masa aku nak masa untuk diri aku sendiri. Baca buku tanpa diganggu, jalan sorang-sorang window shopping.

Tapi suami aku jenis suka berkepit. Masa awal-awal kahwin dulu aku yang suruh dia ngeteh dengan kawan-kawan dia sebab aku nak me time.

Dia memang kaki ngeteh dulu masa bujang. Tapi bila dah kahwin, selalu kalau nak pergi mana-mana, kalau aku tak nak ikut, dia akan cancel.

Kadang-kadang rasa macam sweet, kadang-kadang rasa rimas. Tapi bila dah ada anak, dah takde makna aku nak suruh dia ngeteh. Lagi anak kecil-kecil, rapat pulak tu. Masa suami ada kat rumah la baru aku dapat buat kerja rumah dengan tenang sebab dia tolong jaga anak-anak.

Third, yes memang aku agak dominan dalam rumah tangga. Bukan aku yang nak macam tu, tapi sebab suami aku ni jenis apa-apa pun dia akan rujuk aku. Nak balik kampung gerak pukul berapa, nak duduk berapa hari, nak beli apa. Makan kat mana je dia selalu decide.

Suami aku jenis ‘lek lu.’ Suka bertangguh, meleweh, kadang-kadang take things for granted dan ada kepala angin dia sendiri hingga jadi salah satu sebab dia hilang kerja.

Dulu masa dia ada kerja tetap, dia ada buat part time dengan kemahiran yang dia ada. Bila dah takde kerja, part time dah jadi kerja full time dia. So tak boleh la buat gaya isi masa lapang macam dulu.

Aku yang kena push dia untuk settle kerja cepat, aku designkan fb page, flayer, iklan kat whatsapp. Lama-lama aku yang jadi penat.

Mak mertua pernah cakap dengan aku, dia nampak suami aku lebih dengar cakap aku dari dia.

Masa tu dia pesan dengan aku, minta aku suruh laki aku cari kerja tetap cepat-cepat, takut dia dah rasa selesa sangat duduk rumah. Suami aku memang cepat sentap kalau mak mertua aku cakap apa-apa.

Forth, suami aku jenis yang lembut hati. Anak-anak dia tak sampai hati nak marah. Selalu tak sampai hati nak kecewakan orang yang minta tolong. Dia jenis rapat dengan saudara-mara sebab dia ramah.

Mak ayah aku cukup suka bila dia balik sebab dia pandai ambil hati orang tua. Suka layan mak aku bercakap, senang nak minta tolong. Pendek kata memang dia jenis mulut manis. Anak-anak saudara aku yang dah remaja pun lebih rapat dengan dia daripada aku.

Aku, masa anak saudara aku kecil-kecil suka la melayan. Bila dah jadi remaja, aku dah tak tahu nak treat macam mana. Tapi berbeza dengan suami aku yang pandai menyelami kehidupan remaja. Semua point ni aku cerita ada sebabnya.

Bila ayah Yuna suarakan hasrat untuk kahwinkan anak dia dengan suami aku melalui mertua aku, perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku, Yuna ni tengah mengandung atau jenis dah rosak. Kalau tak mana ada orang nak anak dia kahwin dengan suami orang.

Masa datang rumah Yuna kali pertama, aku expect akan jumpa perempuan gedik cover ayu. Tapi Yuna yang aku jumpa berlainan sangat dengan apa yang aku bayangkan.

Dan entah kenapa bila nampak dia, aku rasa dia macam adik-adik aku je. Dia sangat berdikari, jaga ayah sakit dan belajar dalam masa yang sama.

Bukan senang. Macam aku cakap, saudara mara belah suami aku ni banyak yang duduk dekat-dekat dalam satu negeri. So kalau betul Yuna ni jenis perempuan liar, mesti diorang dah tahu.

Hal Yuna ada boyfriend pun sampai ke suami aku tahu (aku ada sebut sebelum ni yang suami aku usik Yuna pasal boyfriend dia).

Kata suami aku dorang kawan sejak zaman sekolah, tapi bapa Yuna tak suka lelaki tu. Kenapa tak suka, suami aku cakap tak tahu. Dia memang tak suka cerita buruk pasal orang.

So aku korek cerita daripada adik ipar aku pasal bf si Yuna (panggil di Jee la). Senang nak korek cerita sebenarnya sebab saudara mara Yuna ni banyak belajar sekolah yang sama dekat kawasan tu juga dulu. Menurut Jee, bf Yuna ni handsome, ala-ala bad boy gitu.

Katanya lelaki ni daripada broken family dan banyak bawa pengaruh buruk kat Yuna. Sebab tu bapak Yuna ni tak suka.

Walaupun dah banyak kali putus, tapi laki ni pandai memujuk rayu dan Yuna jenis yang mudah cair. Akhirnya hubungan mereka bersambung balik. Bila kantoi, putus balik dan begitulah seterusnya.

So kata Jee, mungkin bapa Yuna risau bila dia tak ada, Yuna akan get back dengan lelaki tu, dan mungkin sampai berkahwin. First love kot.

So dari situ aku dah nampak motif bapak Yuna ni nak cepat-cepat kahwinkan anak perempuan dia tu. Sebagai mak, aku boleh faham perasaan tu. Lagi pulak aku nampak Yuna ni pun macam ada ciri-ciri naïf juga.

Aku rasa bapak Yuna ni berkenan dengan suami aku, mungkin kerana dia nampak suami aku ni ada ciri-ciri suami dan bapak mithali. Yela, bila berjalan kita susah nak cebuk or mandikan anak dekat rumah orang kan. Nak kena sinsing baju, kain semua.

So biasa suami aku yang akan buat semua tu dekat rumah saudara walaupun kat rumah sendiri selalu je aku buat.

Kita sebagai isteri, kita tahu bagaimana nak jaga maruah suami. Depan orang takdelah kita tunjukkan kelemahan suami. Hakikatnya aib suami hanya isteri yang tahu dan begitu juga sebaliknya.

Saling melindungi dan menjaga rumahtangga daripada mata-mata luar yang memerhati. So untuk gegadis di luar sana, jika anda nampak suami orang tu hebat, mungkin dia hebat kerana ada seorang isteri di sisi yang menjaganya. Yang mendorongnya untuk memajukan diri.

Yang menjaga penampilannya. Yang mana mungkin ketika dia bujang dulu, anda pun tak teringin dengan lelaki macam tu. So back off ya.

Lepas balik daripada rumah family Yuna, aku perasan suami aku selalu gelisah, jadi pendiam. Knowing him, aku tahu dia tak sampai hati nak tolak, tak sampai hati nak terima juga.

So aku rasa aku yang bertanggungjawab untuk buat keputusan. Nak biar tergantung sampai bila kan. Terbayang pula kalau tiba-tiba dapat berita ayah Yuna pergi. Mmmm.

Aku jenis yang berdikari, ada kereta, rumah sendiri. So kadang kala aku timbul rasa yang aku tak terlalu perlukan suami (time gaduh) Tapi time aku susah, masa anak buat hal, memang rasa sangat perlukan dia haha.

Dan masa tu aku rasa perasaan aku pada suami tak kuat sangat, lebih pada rasa tanggungjawab seorang isteri untuk sayang suami. So aku rasa kehadiran seorang madu pun not bad. Nanti aku ada masa untuk ‘me time.’

Sebab aku kahwin lambat juga, aku dah sedia dgn macam2 kemungkinan. Aku tak expect rumah tangga bahagia sepanjang masa macam dalam drama tu.

Aku cuba letak prinsip suami bukan hak milik. Jangan bergantung sangat pada suami sebab suatu hari nanti suami tetap akan tinggalkan kita, samada cerai hidup atau mati. Tu yang aku fikir masa tu.

Sampai bila aku dah betul-betul rasa kehilangan, baru aku rasa yang sebenarnya aku sangat sayangkan dia. I depend on him too much; emotionally, physically. My bad huh?

Bila aku minta suami aku terima cadangan bapak Yuna tu, dia cakap terima kasih dan tak putus-putus janji yang tak ada apa yang akan berubah. He did prove it at the first night after akad nikah.

Masa tu macam ada unspoken rule yang hubungan tu hanya untuk puaskan hati bapak Yuna. Maknanya lepas bapak Yuna tiada, hubungan tu pun akan hilang.

Tapi kami sama-sama tak cakap sebab macam tak baik pula harapkan orang mati dan merancang jauh sangat sampai lepas orang tu dah tak ada. Bukan aku tak pernah terfikir macam mana kalau diorang melangkaui unspoken rule ni.

Tapi aku bayangkan sebelum hal tu berlaku, suami aku akan berbincang dulu dengan aku macam sebelum ni.

Kalau aku tak setuju, mungkin lelaki aku tak akan teruskan. Mungkin aku lupa, hal-hal nafsu ni mana sempat nak bincang-bincang kan.

Yes, aku sentiasa akan rasa sesak dada bila bayangkan bagaimana benda tu boleh jadi. Rasa macam nak tanya siapa yang mulakan, bagaimana, di mana, berapa kali. Tapi aku belum kuat. Aku takut jawapan tu akan buat aku lagi lemah.

Buat masa sekarang, aku masih dalam fasa denial campur dengan fasa anger. Nak sampai redha tu jauh lagi kot. Hope one day aku boleh capai redha tu. Sampai tahap yang aku boleh bangun pagi tanpa rasa berat. Waktu tu aku boleh pandang wajah Yuna tanpa rasa benci.

Aku boleh layan suami aku macam sebelum semua ni jadi. Aku boleh peluk cium baby girl tu tanpa rasa itu adalah simbol pengkhianatan terbesar yang pernah aku rasa. Yes, kadang-kadang aku masih nafikan apa yang terjadi. Mungkin anak tu anak Yuna dengan boyfriend dia.

Tapi kalau benda tu tak pernah jadi, tak kan suami aku nak terima anak tu berbinti kan dia. Kadang-kala terfikir yang mungkin semua tu hanya terjadi sekali saja. Mungkin mereka sama-sama terkhilaf ketika itu. Kalau betul macam tu, aku sanggup terima anak Yuna macam anak aku sendiri.

Yuna boleh teruskan hidup dia macam biasa lepas ayah dia meninggal. Boleh sambung study, kejar karier tanpa perlu fikir pasal anak. Mungkin dia boleh dapat jodoh yang jauh lebih baik daripada suami aku.

Semua tu dalam kepala aku je. Nak tanya, nak berbincang, nak tahu hal yang sebenar, aku belum kuat lagi. Mana tahu, mungkin memang dah terpatri satu perasaan yang kukuh dalam hubungan mereka.

Mungkin ada sesuatu yang istimewa pada Yuna hingga membuatkan suami aku mengkhianati janji yang pernah dibuat. Dan macam aku cakap, suami aku memang manis mulut. Pandai tackle hati budak muda.

Bila aku ingat semua ni, memang rasa nak marah. Suami aku ada kekurangan yang aku perlu terima. Aku sebenarnya impikan lelaki yang boleh membimbing.

Tapi dengan realiti yang ada, aku terima seadanya. Tapi dia boleh dapat apa yang tak ada pada aku, pada Yuna. Apa yang tak ada pada Yuna, ada pada aku.

Dia boleh dapat segala-galanya. Rasa macam tak adil. Entahlah. Apa-apa pun, tunggulah sampai Yuna habis pantang dulu. Suami aku pun tengah busy bina business, busy berulang alik ke sana ke mari. Dengan anak dia yang jaundice lagi. Dia pun tengah serabut agaknya.

Terima kasih untuk komen2 sebelum ni. Sedikit sebanyak memang membantu, cuma mungkin aku perlukan lebih masa untuk heal perasaan aku. Doakan aku terus kuat.

– Aisyu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *