Saya Sedang Berubah!

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera pada semua pembaca IIUMC sekalian dan Salam Syawal dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!

Nama saya Dian (bukan nama sebenar) dan saya pernah menulis confession di link, (https://iiumc.com/susahnya-nak-berubah/) dan disiarkan 13 minggu yang lalu.

Confession kali ini bukanlah confessiom yang panjang lebar sebenarnya. Tapi lebih kepada ucapan terima kasih pada 38 komen hamba-hamba Allah yang sangat positif pada confession saya yang lalu dan ini telah menjadi titik tolak kepada perubahan saya sekarang! Sungguh!

Terima kasih dalam keharuan yang teramat sangat buat semua. Alhamdulillah! Syukur pada Allah atas rahmat dan makrifatNya pada hamba yang penuh dosa ini..

Setiap nasihat yang diberikan meskipun tidak saya amalkan semua, tapi saya tetap ambil untuk perancangan hadapan yang lebih baik. Hampir kesemua komen menyuruh saya mulakan dengan SOLAT 5 WAKTU!

Ya, saya jujur— saya sukar menjaga solat sebelum ini. Bahkan saya tidak solat langsung malah celam celup saja melakukannya. Saya solat bila saya nak. Teruk kan saya dahulu? Tapi sekarang, walaupun sukar, penat dan malas menguasai diri, saya tetap akan mendirikan solat 5 waktu. Itu adalah pencapaian yang paling saya tak sangka saya dapat lakukan selama ini.. Saya mampu solat! Subhanallah!

Pornografi yang menghantui diri saya selama ini perlahan-lahan meninggalkan ruang fikiran saya. Jujur, masa saya banyak dihabiskan dengan melakukan kerja-kerja rumah dan solat. Masa semakin singkat dan saya hampir-hampir tiada masa untuk bermain telefon bimbit. Pendapat kedua, tentang menyibukkan diri itu berjaya memainkan peranan dalam meninggalkan pornografi jua. Alhamdulillah!

Pendapat ketiga, menemui pakar psikiatri dan kaunselor— saya sememangnya berada di bawah pengawasan mereka kerana saya ada ‘suicidal addiction’ dan ‘dysthymia’ dan ‘insomnia’. Saya tak pernah menceritakan pada mereka tentang pornography addiction yang saya alami tapi Alhamdulillah ubat yang diberikan sangat membantu untuk mengurangkan ‘tekanan’ yang saya alami. Tidur lebih awal dan nyenyak dan tiada masa untuk melayari laman web gelap lagi! Alhamdulillah!

Dari tadi saya tak habis-habis menuturkan kata ‘Alhamdulillah’ kan? Saya benar-benar bersyukur kepada Allah atas pertolongan yang diberikan melalui IIUMC dan para hamba Allah yang positif..

Saya doakan semoga Allah limpahkan sebesar-besar rahmat pada kalian yang memberi komen termasuk admin yang menyiarkan kisah saya sebelum ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikan kalian yang telah menyelamatkan satu hamba Allah dari terus jatuh ke dalam lembah yang hina..

Terima kasih kerana menarik saya keluar dengan cara paling berhemah.. Saya tak tahu siapa di antara kalian yang soleh dan solehah serta makbul doanya.. Moga kita bertemu di Akhirat esok dengan sebaik-baik pengakhiran dan kalau kita benar-benar bertemu, harap dalam Syurga hendaknya.. Terima kasih atas doa kalian.. T_T

Dian bakal terus menyalakan obor jihad memerangi nafsu sendiri dan mohon doa kalian untuk saya kekal istiqamah atas jalanNya dan saya tak mahu kembali ke dunia hitam itu lagi.. Mohon doa ya..

Mohon doa saya dapat keluar dari ‘suicidal addiction’ dan dapat menguruskan ‘tekanan’ sekaligus sihat sembuh seperti hamba Allah yang normal yang lain. Aamiinn Ya Rabbal A’lamiin…

P/s : Buat pemberi komen yang ingin bersahabat. Maafkan saya kerana menghampakan harapan yang tinggi. Saya takut nak berkawan dengan sesiapa. Kali terakhir saya berkawan— Kawan saya pun terheret sama dalam dunia pornografi ini.

(Wallahua’lam bissawab dia macam mana sekarang ni, saya tinggalkan dia sebab pengaruh dari dia kuat sangat.. tapi saya doa dia turut berubah meninggalkan pornografi.)

Biarlah saya sendiri. Mungkin itu lebih baik untuk saya. Sekali lagi, saya mohon maaf buat pemberi komen tersebut.

Terakhir, ribuan terima kasih buat semua.. doakan saya yang baik-baik ya..

Assalammualaikum…

– Dian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *