Saya takut tapi saya cintakan dia

Mungkin hanya segelintir yang akan faham perasaan saya lepas saya cerita benda ni.

Family saya musnah, perkahwinan ibu bapa saya hancur dan ini salah satu sebab kenapa saya takut untuk berkahwin.

Hidup saya bukan terisi dengan memori ketawa, senyuman atau kebahagiaan tetapi terisi dengan tangisan, tengkingan dan pergaduhan.

Sehingga membuatkan saya takut untuk memegang status 'isteri'. Saya taknak anak-anak saya alami apa yang saya alami. Menderita kerana ibu bapa sendiri.

Walaupun si dia berjanji akan bahagiakan saya. Saya susah nak terima janji tu.

Dia sedia maklum yang saya ni sangat fragile, bila-bila masa saya boleh berkecai. Broken into small pieces tapi dia masih sudi untuk bersama dengan saya.

Jujur saya cintakan dia. saya nak bina keluarga dengan dia jadi isteri dia. Bahagiakan dia, jaga dia seumur hidup saya.

Dan bila saya ingat yang suatu ketika dulu, ibu saya juga pernah impikan benda yang sama. Ayah saya pun pernah janjikan perkara yang sama dan dengan apa yang terjadi sekarang buat saya semakin takut dan ragu-ragu untuk berkahwin.

Berbaloikah saya perjudikan hati saya untuk perkara yang belum tentu terjamin akan kekal selamanya?

Bila si dia hulurkan tangan saya nak sambut huluran tangan dia. Nak jawab 'Saya sudi jadi isteri awak' untuk lamaran dia dan bina masjid kami. Hiasi masjid kami dengan cinta terhadap Allah, kasih kepada Rasulullah dan dengan suara comel bakal anak-anak kami.

Tetapi ada sesuatu yang menghalang saya. Perasan takut saya bukan sikit. setiap kali si dia saja2 ajak saya masuk ke butik pengantin, saya akan berpeluh dan hampir pitam. Jantung saya berdegup kencang, memori pertelingkahan ibu bapa saya ibarat diulang tanya di mata saya.

Akhirnya, saya minta sedikit waktu untuk overcome ketakutkan saya. Si dia cakap yang dia akan tunggu dan saya cuma balas yang dia tak perlu tunggu saya. Andai kata jodoh kita kuat, kita tetap akan bersatu juga.

Walaupun perit tapi pada saya itu yang terbaik. Saya tak tahu berapa lama masa yang saya akan ambil untuk atasi takut saya ni.

Mungkin sekejap, mungkin lama dan mungkin sepanjang waktu tu dia akan bertemu orang yang lebih baik dari saya. Siapa tahu kan?

Saya positifkan diri, saya doa yang perpisahan (mungkin sementara, mungkin selamanya) kami ini akan diberi ganjaran yang manis dari Allah.

Saya anggap ini panggilan dari Allah supaya saya kembali kepada Dia. Maybe ini jalan yang terbaik untuk saya ubah persepsi terhadap perkahwinan dan atasi ketakutan saya. Mempersiapkan saya dari sudut mental, fizikal dan rohani untuk menempuh alam perkahwinan satu hari nanti.

Orang kata kalau kita belajar untuk berubah ke arah kebaikkan, jodoh kita juga akan buat perkara yang sama.

Tak mustahil kan? Saya percaya setiap yang pahit akan digantikan dengan yang manis. InsyaAllah..

– Pieces

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *