Saya yg lemah

Assalamualaikum. Haritu saya ada post tentang penerangan confess org lain. Tapi kali ni nak kongsi sikit cerita saya.

Saya ada suka seorang perempuan ni. Memang dah lama. Dia pon sayang saya jugak. Kami memanglah sgt2 rapat. Sampai boleh kata semua perkara mengenai saya dia tahu.

Masaalahnya, kita tahulah perempuan ni kan suka berleter dan banyak cakap sikit. Saya pulak jenis org xde perasaan sangat. Jadi kadang2 tu dia cakap saya buat dunno je. Saya tahu perkara ni salah.

Ok. Nak dipendekkan cerita. Saya ditimpa masaalah besar. Menyebabkan saya sgt2 sibuk dan menjadikan saya sgt2 sensitif. Dia pulak selalu bising2 kat saya pasal ni dan itu. Saya makin jadi negatif. Saya cuba menjauhi dia.

Pada satu hari, saya dileterinya dan membuatkan saya hilang sabar. Saya membalas dengan meninggikan suara. Pada masa itu saya sedar saya telah memecahkan hatinya. Dunia kelihatan kecil.

Beberapa hari kami tidak bertegur. Saya menangis mengenangkan perbuatan itu. Tetapi hati saya tetap keras. Sombong dan malu untuk meminta maaf. Saya menguatkan diriku dan meminta maaf darinya selepas itu.

Perkara ini sudah lama berlalu. Saya tahu dia masih terluka dgn perbuatan saya itu. Hubungan kami seperti biasa. Cuma saya tahu dia masih memendam perasaan tu di hatinya. Walaupun begitu dia masih melayani karenah saya dgn baik.

Saya masih tenggelam dlm masaalah besar saya. Saya masih lemah. Saya masih sakit. Saya penat. Saya takut. Saya merinduinya.

"Emak!! Ampunilah dosa anakandamu ini. Saya tahu saya salah emak. Saya menderhakaimu. Tetapi saya masih lemah. Doakan saya emak. Saya harap emak dapat bersabar dgn saya".

– jejaka anak emak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *