Main point cerita ni ialah pasal pak cik aku sebenarnya. Dia berduit dan hidup senang berbanding kami. Tapi apa yang buat kami geram ialah pakcik aku tu ibarat lupa yang dia ada mak kt kg. Tanggungjawabnya dilepaskan kepada kami. Sepatutnya tanggungjawab terhadap mak lebih afdhal anak lelaki yang jaga. Kami bukanlah x ikhlas jaga tapi kalau difikirkan dia hidup lebih senang dari kami. Ayah aku dah lama x berkerja dan ada sakit jantung. Mak aku juga sering sakit2. Hanya aku seorang sahaja yang tinggal dengan mereka di kg. Yang lain bekerja dan masih belajar di negeri lain.
Jadi, duit perbelanjaan pon mak ayah aku harapkan anak memberi shj. Itu pon cukup2 untuk perbelanjaan rumah.Apatah lagi untuk beli pampers dan ubat-ubatan nenek aku. Aku sedih tengok bila nak beli pampers nenek pon kene budget2 dulu. Kadang2 makan pon kutip ulam kt kg je. Aku pon terpaksa berhenti kerja semata2 untuk jaga nenek aku. Walaupon kerja gaji kecik je tapi itu masih sumber pendapatan aku untuk tanggung diri sendiri dan mak ayah aku. aku berhenti Sebab mak ayah aku x mampu untuk jaga nenek aku disebabkan kesihatan diorang. Memang perlukan tanaga untuk jaga nenek aku sbb terpaksa angkat dia ke toilet ke ruang tamu, sbb nenek aku x boleh nak bangun sendiri.
Bila pakcik aku balik kg, Dia selalu cerita yang dia buat amal kt situ sini. Sedekah kt anak yatim, bagi makan kt budak2 tahfiz, tolong bantuan banjir. Mungkin rezeki dia x putus2 datang sbb amalan dia kot. Ada satu hari, dia upload gambar dia pergi melawat rumah orang tua dengan anak2 dia. Dan caption dia cakap akan istiqamah untuk teruskan amalan tu. ORANG TUA dia kt kg x pernah ke fikir? Dia jugak ada pergi bercuti kesini kemari. Sedangkan kami nak keluar rumah pon susah.
Bila pakcik dan anak2 dia balik kg, biasalah dah jadi orang Bandar. Bila duk depan tv tengok berita dengan ayah aku, dia duk main fon. Bila tengah borak2 dengan kami pon duk main fon. Aku sedih tengok ayh aku hanya mampu senyap dan tengok dia main fon duk gelak tengok video and so on. Even kami pon x pernah buat macm tu depan ayah aku. Kurang adab bagi kami. Kalau waktu leisure kami betol2 spend time ngan family. Fon semua tolak tepi.
dan sekarang Pakcik aku tu ada amik orang gaji untuk jaga nenek aku. Tapi tinggal kt rumah aku.lagi bertambah perbelanjaan isi rumah. Memangla bukan kami yang bayar gaji bibik tu tapi makan minum dia kami tanggung. Kenapa nak orang gaji jaga? Dia x boleh jaga sendiri ke? Isteri dia x sanggup ke nak jaga. Diorang pon dah x kerja. Dah bersara. Tp duit bersara masuk banyak kot. Dia cerita kat aku duit tiap2 bulan masuk banyak 5 6ribu jugak. Mereka pon lagi sihat berbanding mak ayah aku. Lagi muda dari ayah aku. Rumah pon lagi besar dari kami. Makan pon selalu mewah. Kalau x mampu nak jaga berdua, bawak la bibik tu sekali.
Bukan kami x nak jaga tapi kalau fikir keadaan mak ayah aku, duit perbelanjaan lagi, buat aku x puas hati. Sekurang2nya hulur lah duit untuk pampers nenek aku tu. Pampers bukannya murah macam biskut. Rm36 ada berapa keping je satu paket. Kalau dah pakai hari2?
Sampaikan saudara aku yang lain datang ziarah mesti Tanya kami, kenapa pakcik kau tu sanggup byr gaji kt org luar. Tpi bila dengan saudara sendiri x de pulak nak hulur duit? Aku x tahu mana diorg tahu pasal pakcik aku tu macam tu. Orang lain lagi tahu tentang kesusahan kami berbanding pakcik aku tu.
Adik beradik aku bukanlah bergaji besar. Pernah dia perli adik beradik aku sbb x habis byr lagi ansuran kereta. Anak dia x pe la sbb kereta dia yang belikan. Kenapa nak bandingkan? Anak2 dia nak suap nenek dia pon x nak. Apatah lagi nak basuh berak nenek aku. Diorang balik pon bukan nak jaga nenek aku tp asyik keluar shopping je.
Aku cerita ni bukanlah nak tunjuk yang aku bersungut tentang hidup aku. Tapi aku pon manusia biasa yang jugak ada rasa tak puas hati. Aku x sampai hati tengok mak ayah aku dan adk beradik aku susah dan asyik makan perlian pakcik aku. Lagi Sedih bila aku pon x mampu lagi untuk senangkan hidup mereka.
Tapi apa yang buat aku redha ialah bila kami semua pernah rasa hidup susah tu berbanding sepupu aku yang sepanjang hidup disuap dengan kesenangan.
Aku harap aku x dibash. Aku nak sokongan untuk aku ikhlaskan diri aku ni dan maafkan pakcik aku tu.
– teh