Sayang Atau Benci ?

Assalammualaikum,
Terima kasih admin sebab approve confession saya. kisah yang akan saya ceritakan bukan untuk membuka aib sesiapa.. saya hanya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalu sepanjang saya masih lagi bernafas.. harap sangat bagi yang berkeluarga yang belum dapat anak, jangan ambil anak angkat kalau tidak ada rasa sayang dalam hati ni.. biarkan tiada anak, tapi jangan dera emosi anak angkat yang kau tak sayang and anggap dia sebagai anak pungutan.

Saya seorang anak angkat dalam sebuah family ni.. saya di ambil sejak lahir.. saya hanya kenal siapa ibu kandung saya sahaja.. memangdangkan ayah kandung saya dah pun tinggalkan ibu saya sewaktu dalam kangdungan.. ok, siapa family kandung saya bukan ceritanya.. kisah ini tentang family angkat saya.. saya ada 3 org adik beradik, yang sulung pun anak angkat(xperlu tahu namanya. cukup saya panggil dia sulung).. yang last anak kandungnya yg sebaya dengan saya.. kiranya, time diorang ambil saya, macam pembawa rezeki la, sebab ibu angkat mengandungkan adik saya. anak sulung bekerja sendiri, adik saya masih lagi study jauh di utaran. saya hanya fresh graduated tapi masih belum lagi dapat tawaran mana-mana kerja..ibu angkat saya baik orang nya.. tapi cara percakapan punyalah kasar.. kalau depan orang lain baik semacam je.. kalau dekat rumah, kata perli, nasihat semua cakap kasar.. bukan bermaksud ada kata-kata kesat.. no.. kata kesat yang selalu keluar hanya perkataan B***H… ibu saya suka buat sepah di rumah.. tiap kali tetamu datang, saya yang disuruh untuk mengemas ruang tamu dia..(kami ada 4 ruang tamu, 3 ruang tamu saya jaga bagi bersih. lagi 1 ruang tamu ibu ayah saya, saya tak jaga sebab saya tak duduk di situ). kalau saya tak kemas, makian lah makan dia.. walaupun bergelar “USTAZAH”.. tapi tidak pada orang nya.. tapi dalam diri dia saya just respect 1 sahaja.. dia suka menderma dekat adik beradiknya..

Bab ayah angkat saya pula.. dia seorang Imam di masjid kampung kami.. tiap kali masuk waktu memang dia pergi ke masjid.. tapi perangainya bila pulang dari masjid, bagaikan dirasuk syaitan.. ada kala hari dia mood baik.. ada kala harinya bagaikan hantu.. kenapa saya cakap hantu?? sebab bila dia ada masalah dengan staff masjid, dia akan lepaskan marahnya pada saya dan mak.. ada 1 hari kawan saya datang beraya di rumah.. waktu siang mak saya masak mee.. malam pula pun mee jugak.. ayah tanya dekat mak hari ni masak apa.. bila mak cakap mee.. ayah macam pertikaikan kenapa masak mee.. bila dia pergi ke meja untuk makan, mak hanya sekadar untuk meneman, memandangkan mak sudah pun makan dulu sebeb nak tunggu ayah balik lepas isyak memang lama.. time tu saya tengah basuh pinggan mangkuk, ayah marahkan mak dan halau mak.. dia kata “kalau tak nak makan pergi sana! tak payah teman aku makan! buat semak je!) time tu saya boleh tahu apa perasan mak… bayangkan lah bila isteri nak teman suami makan , boleh dihalaunya.. tak di teman kata derhaka pula..

‘DUIT HILANG’

Ok ni kisah bab duit hilang pula.. time tu saya masih lagi dalam pengajian akhir tahun.. waktu tu saya exam.. dalam pada masa saya siap-siap nak pergi ke kelas, ayah saya panggil saya dengan nada marah.. dia bertanya mana duit dia.. saya jawab tak tahu.. memandangkan saya dah lewat nak ke dewan exam, saya bergegas ke motor saya. boleh pulak tu nak tunggu ayah selongkar setiap bilik saya nak tengok kalau saya ada ambil duit dia.. perkara ni berlarutan 3 hari berturut-turut.. alih-alih duit yang hilang dia letak dalam beg duit mak.. mak pula dah pergi kerja… korang boleh bayangkan tak, korang dah elok-elok study untuk exam.. tiba benda macam ni terjadi, benda korang hafal hilang macam tu… bila keluar result korang kene ulang balik exam tu sebab fail… emosi dah tak boleh nak tahan lagi dah.. tak tau nak cerita dekat siapa. memandangkan kawan perempuan saya semua nya ketepikan saya disebabkan fitnah masa sem1, memang sorang pon dah tak nak kawan dengan saya.. hanya berkawan hanya budak lelaki.. yang sekelas dengan saya, pakwa saya(sekarang dah jadi tunang saya).. hanya dia dan kawan-kawan lelaki dia shja yang saya ada. itupun tak banyak berborak, sebab diorang hormat saya sebab tunang saya leader diorang (tua setahun dari saya)..

kes duit hilang berlarutan sampai sekarang..malah time saya balik kerja cari dimana mak saya untuk bertanya khabar, memandangkan dia selalu sakit.. walau sejahat mana pun dia, dia paling saya sayang.. bila semua dah tak da dalam rumah saya masuk bilik untuk tidur… tak sampai 1jam saya tidur, pintu bilik ditendang.. suara ayah yang kedengaran bertanya “mana duit aku”. dengan mamai bangun dari tidur otak dah blur sebab tak tau apa cerita terus disergah tanya mana duit dia.. biasalah kan orang tua-tua, kalau duit letak sepah-sepah dituduhnya orang lain curi duit dia.. kadang ada hari dia belanja duit tu, boleh pula terlupa dah gunakan lepastu tuduh saya jugak yang curi… saya hanya diam.. bila saya menjawab atau melawan, memang kene tangan..

BERCAKAP BAIK DIKATANYA KASAR

Semalam, time saya tengah makan, ayah datang dekat saya sebab nak amek printer.. di tanya “guna tak?” saya geleng kan kepala memandangkan mulut penuh tengah makan.. mybe dia tak perasan dia tanya lag.. saya jawab lah “tak” dengan nada kuat sedikit sebab ayah ni pekak sikit bila cakap slow-slow.. memandangkan saya ni suara halus tak dengar sangat, saya cakap kuat sikit je..bukan kuat menengking tu… ayah saya boleh hempas kotak tisu atas meja tu and then dia cakap “cakap lah baik-baik! nak kasar-kasar pulak! pikir ni rumah bapak kau punya ke!” then dia blah macam tu bawak printer tu ke ruang tamu dia.. saya tengah makan macam blur.. bertanya dalam hati ‘aku cakap baik-baik pun kene marah ke. aku cakap slow bukan dengar’ mata time tu dah meleleh dengan emosi kene tengking + makan pedas… hilang terus mood nak makan… pastu ayah datang balik, campak kertas A4 yang ade dekat printer tu.. kalau ye pun marah boleh je kan bagi elok-elok.. tak perlu nak main campak-campak bagai…

setiap saban hari, benda yang mainkan penderaan emosi tak pernah putus… ada saja tak kene depan mata dia.. bila saya buat kerja saya, tanpa menghiraukan untuk bantu ibu saya di dapur, dimakinya saya sebab tak tolong masak, basih pinggan, sidai baju.. baju tu baju dia. bukan dia nak sidai. tak kan saya ni orang luar nak kene sidai spender dia jugak.. bab pinggan mangkok, bila diorang dah tidur baru saya basuh.. sebab nak bagi full singki tu senang basoh sekali harung.. bab masak, bila saya masak, sorang pun tak makan, sampai basi-basi lauk tu. sebab tu saya tak masak.. saya biarkan ibu saya masak sendiri. walaupun ibu saya suruh saya belajar masak sebab dah nak kahwin sekarang ni, saya abaikan.. sebab memasak bukan perkara susah untuk buat. bukan nak bangga diri. tapi saya tak suka buat kerja dengan emosi tak stabil. lebih baik buat kerja sendiri yang boleh hilangkan stress… kadang-kadang saya terfikir… ‘aku ni jahat sangat ke sampai diorang tak suka kan aku? kenapa pungut aku kalau tak da rasa sayang.. kenapa,kenapa dan kenapa’ tak tau nak cerita perasaan ni dekat siapa.. nak luah kan dekat ibu kandung pun, tak nak dia stress dengan nasib anak dia di family angkat. ada juga saya terfikir untuk mati je, sebab emosi di dera setiap hari.. setiap hari kot… siapa boleh tahan??? pernah sekali hentak kepala dekat dinding sebab kepala dah sakit sangat time tu, rasa macam darah tak jalan dalam otak.. rasa macam nak gila pun ada.. kalau lelaki mybe boleh lagi tahan, sebab diorang boleh lepak duduk rumah member, duduk keluar main motor.. kalau perempuan?? kau nak lari mana je??? silap haribulan kau kene jual dekat thailand. pergi rumah member kau pun, nak ke diorang bagi kau tumpang tidur??? sehari dua mungkin boleh.. kalau seminggu??? tak ada nye…

Pengajaran cerita… kalau sesiapa yang mendirikan rumah tangga dan belum dikurniakan anak, berhasrat untuk ambil anak angkat, ambil lah kalau korang buat dia seperti anak sendiri yang lahir dari benih korang.. tapi kalau korang ambil semata-mata nak lengkap kan family korang, baik abaikan sahaja.. sebab je akan memudaratkan untuk si anak akan datang.. saya tak nak orang lain jadi sepeti saya.. hidup macam hamba.. dilayan seperti bibik… banyak lagi saya nak cerita, tapi cukup untuk ini sahaja dulu.. mana yang baik ambil pengajaran.. mana yang buruk ambil jadi tauladan.. betul ke saya cakap ni??? itu sahaja dari saya…

terima kasih admin, terima kasih semua sebab sudi baca walaupun tak seberapa ni…

– Anak Yang Di Pungut

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit