Sayangkan An4k, Tangan-Tangankan

“Sayangkan anak tangan-tangankan…”

“Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak”.

“Melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Ini antara ayat-ayat yang biasa kita dengar..

Aku seorang ibu… kadang-kadang aku tak faham dengan sesetengah ibu bapa yang bersikap sambil lewa… anak-anak mahu apa, semua diberi.

Ya aku tahu, anak mereka, suka hati merekalah kan? Bukan itu maksud aku. Maksud aku, bukan semua perkara apa yang anak mahukan, kau beri. Ada had juga.

Kehidupan aku dikeliling manusia toksik. Jadi aku cuba ajar anak aku supaya belajar jadi manusia berguna. Tapi biasalah, bila hidup disekeliling kita pasti ada pengaruh.

Anak biras aku ni, yg sulung baru 10 tahun. Biras aku ada 3 orang anak. Kami tinggal rumah lain, dan mereka tinggal di tempat lain. Tapi setiap minggu mereka datang sini.

Aku sangat sakit hati. Anak-anak biras aku ni kadang bergaduh sesama mereka, maki hamun, b*bi la haram jadah la, si4l la..  macam-macam..

Itu belum lagi tunjuk jari tengah dekat orang. Anak aku dulu tak tahu sebut b*bi. Sekali tu aku dengar dia sebut b*bi. Aku jentik mulut dia. Dah tak berani sebut b*bi.

Sekarang ikut perangai diaorang juga, dok tunjuk jari tengah. Semalam aku cakap dekat anak aku, lepas ni kalau tunjuk jari tengah ikut perangai mereka, aku patahkan jari kau.. aku gempar anak aku.

Biras aku? Anak buat apa marah-marah gitu je.kadang senyum-senyum lagi anak cakap benda tak elok.

Anak yang bongsu baru 4 tahun pun dah pandai sebut ikut b*bi dan tunjuk jari tengah dekat orang. Pokok pangkalnya apa abang dan kakaknya buat, semua si adik buat.

Aku cuba elakkan anak aku makan jajan banyak. Mereka? RM300 jajan tak sampai 2 hari habis. Maggie makanan rutin. Makanan sampingan lain, air gas, keropok, dan fast food..

Mentua aku selalu marah… katanya anak baru 10 tahun, tapi berat dah 64kg.. Setiap waktu makan dan makan. Senaman jauh sekali.

Nasi pun makan, tapi lebih kepada makanan tidak berkhasiat dan makanan yang merosakkan otak dan buah pinggang anak.

Sekolah? Si kakak sekolah pagi. Si adik sekolah petang. Aku rasa sejak sekolah dibuka bulan mac hari tu, seandainya ada 50 hari sekolah, 30 hari tu anak biras aku tak ke sekolah.

Bila aku tanya kenapa tak ke sekolah, dia salahkan mak dia tak bangunkan dia. Cakap depan biras aku.

Biras aku akan kata semalam tidur lewat, ngantuk, si baby buat hal. Yang suami biras aku tu, bangun awal, tak kejut anak. Tak kisah anak ke sekolah atau tak.

Suami dia tak kisah anak ke sekolah pandai ke tak, masuk kelas pemulihan ke tak. Tak kisah. Siap cakap dekat anak, dulu dia pun tak pandai, sekarang ok je…

Ye la sekarang kau duit banyak, kau tak kisah anak kau berjaya atau melingkup. Dunia sekarang pelajaran penting. Kau ada duit pun, kalau kau tak bekerja, lama-lama duit yang ada akan habis.

Mesti korang tertanya suami biras aku tu keja apa. Dia dok rumah je, join pelaburan/saham gitu.. Ala banyak yang cakap benda tu haram. Kat malaysia famous kan benda nie.

Aku tak pasti la berapa dia dapat dari situ. Selain dapat projek2 atas lesen yang di ada.

Aku cakap dekat budak-budak tu depan biras aku, korang rajin tak ke sekolah, lama-lama nanti dapat surat amaran, kemudian dibuang sekolah. Macam tak ada apa juga.

Suami biras aku ni semua salah, letak atas biras aku. Tapi aku tak tau function dia sebagai suami dan bapak tu apa. Kau dok rumah keja main hp je. Kadang dari pagi sampa petang duduk di kerusi sama main hp.

Isteri minta duit kau kasi. Lepas tu kau complain dekat mak kau, isteri rosakkan anak beli jajan semua. Asal kau je tak keluar beli barang dapur?

Didik isteri dan anak… kau kalau bijak, kau hadkan dekat wife kau duit, agar tak beli jajan, kau sendiri keluar beli barang dapur.

Anak kau pun takut. Ini isteri kau beli barang dapur, bawa anak. Anak ambik je barang ikut suka. Tak beri, mengamuk dekat kedai. 3 orang anak isteri nak kena handle. Ada suami, anak kurang buat hal.

Anak biras aku bila disuruh buat keja, dia boleh request dekat mak dia, “ok boleh buat, tapi jap lagi beli mcd / stabak” atau apa-apa benda yang dia nak.

Itu belum lagi jenis bila orang tua bercakap, datang menyampuk dan pasang telinga. Jap lagi sampaikan berita dekat bapa dia.. Mak dia cakap sekian sekian seolah olah nak lagakan orang.

Kadang aku dengar anak dia cakap “b*bi punya mak” sebab tak dapat apa yang dia nak. Kadang cakap haram jadah dekat bapa dia bila dia tak puas hati dekat bapa dia.

Tapi cakap belakang bapa dia. Sebab tahu nanti kena marah dengan bapa dia. Budak-budak ni takut sikit dekat bapa diaorang. Tapi dengan mak, diaorang berani.

Bagi aku ini salah bapa dia juga. Sebab hidup hanya dengan gajet dan kawan. Tak pantau kerja sekolah anak. Anak ke sekolah atau tak, tak kisah. Nanti kena perli dengan mentua aku, dia salahkan bini rosakkan anak.

Ada time, beli barang berjenama untuk anak, mencecah ribuan ringgit… padahal ini bukan masa untuk anak diusia sebegitu pakai benda-benda camtu.

Aku tahu, tak nak tunjuk kat orang sengkek.. kena bergaya.. tapi perlu lihat pada keadaan..

Sebagai contoh la, budak 8 tahun kau belikan tab, atau kau pakaikan rantai berlian yang besar. Usia seperti itu, kau rasa sesuai ke?

Ya duit dia, suka hati dia. Tapi kau kena tahu, budak tu kalau kau bagi semua kemewahan, kau tak didik dia betul-betul, kemewahan tu tak ada apa.

Adab ke laut. Lama-lama orang benci. Malas usaha, semua nak senang. Agak-agak besar nanti dia akan jadi apa?

Andai kata kau pejam mata terus ke alam barzakh, anak yang kau tatang bagai minyak yang penuh ni nak jadi apa?

Last sekali, jika kita sayangkan anak, beri perhatian pada anak. Ambil serius perkataan yang keluar dari mulut anak, seperti maki hamun.. rotankan anak jika perlu.

Di usia ini mereka perlu dididik bukan dirosakkan. Aku pun ada anak. Aku kadang stress bila diaorang datang, anak aku pun ikut serta perangai diaorang tu.

Tapi aku pukul anak aku seandainya dia buat jahat. Cuma perangai keras kepala diaorang tu dah berjangkit dekat anak aku.

Aku tak bagi muka dekat anak aku. Aku cakap kau nak keluar kan? Kau kemas mainan dulu. Kau tak kemas kau jangan keluar.

Ada hari tu berpuluh kali aku suruh dia kemas dia tak kemas. Sibuk nak tidur. Aku tak kasi dia tidur. Dia degil. Aku angkat dia, buka pintu balkoni, aku letak dia kat luar aku tutup pintu.

Dia nangis kat luar. Lepas 2 minit aku buka pintu, tanya nak kemas tak? Baru dia kemas mainan.

Suami aku marah. Tapi dah keras kepala sangat, cakap apa pun tak nak dengar, terpaksa aku buat begitu. Aku tak nak anak hambakan aku. At least aku nak ajar dia, berdikari, usaha.. jangan malas, kita bukan orang senang.

Maaf la, kalau ada yang korang tak faham apa aku cuba sampaikan. Lama tak menulis. Thank you.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *