Hai semua, korang mesti boleh agakkan apa yang aku nak tulis ni.
Terlebih dahulu, aku perkenalkan diriku, seorang wanita berkerjaya, mempunyai perniagaan sendiri dan menikmati hidup seadanya. Aku bahasakan aku supaya lebih selesa untuk meluah rasa.
Hari ini aku rasa terpanggil untuk mencoretkan sedikit pandangan aku tentang pekerja kaunter.
Sebagai seorang bos, memang aku terlibat bertemu banyak orang, berurusan dengan pelbagai kaunter di Malaysia samada kerajaan atau swasta.
Nak dijadikan cerita, tadi aku pergi JPJ Cawangan S. Berurusan dengan kaunter seorang wanita berusia lingkungan 40an. Nak kata muda, tak muda. Nak kata tua pun tidak.
Baru minggu lepas aku berurusan dengan dia, suruh aku update dokumen apa yang perlu.
Harini aku datang, dia boleh buat2 lupa dia yang suruh aku update sedangkan dokumen tu tak diperlukan pun untuk aku proceed dokumen aku.
Baik aku settlekan terus je waktu aku datang haritu. Tak perlu aku buang masa datang banyak kali ke kaunter yang sama. Dahlah jumpa muka dia je. Kaunter pulak tu je satu yang buka waktu tu.
Aku rasa akak kaunter tu dah serabut agaknya, banyak sangat kerja kena buat.
Lepas aku ambik nombor, menunggu dari pukul 2.30 petang, sampai 3.30 Belum panggil lagi. Cukup membazir masa.
Kaunter kerajaan ni agak-agaknya bila nak berubah ye? Kaunter punyalah banyak, berpuluh, yang buka cuma 2.
Nombor menunggu tak banyak pun, 6 saja. Ingatkan dah seronok dapat nombor 6 orang saja, sekali tunggu berejam.
Kalau klinik atau hospital tu aku boleh consider mungkin ada banyak kes urgent, ada kelewatan tu biasa. Ini kaunter biasa kot. Kenapa bank swasta boleh je buat kerja laju, terkadang je aku tengok terkucil.
Tapi kaunter kerajaan ni, sepanjang masa terkucil. Tak cukup pekerja ke? Atau pekerja yang tak efficient. Apa ye kriteria pekerja kaunter kerajaan? Macam sepesen je perangai.
Buat kerja lambat, berbual di kaunter tu perkara biasa. Terjerit-jerit arahkan customer supaya semua orang dengar dialah paling banyak buat kerja dan bagi arahan. Kelakar kak.
Kalau bank B tu pun sama. Mentang-mentanglah banyak warga tua yang buka akaun dengan dia, disuruhnya tunggu berejam. Kau ingat diorang ni takde kerja lain? Nak hadap muka ko je ke?
Aku bukan suka-suki nak complaint ye, tapi yang aku perhati, masalah ni tak pernah berubah daripada dulu sampai sekarang.
Kerajaan sendiri ni, takde terfikir ke macam mana nak ubah mentaliti pekerja lembap di kaunter?
Fail yang banyak-banyak berlambak tu, tiada solution ke untuk settlekan?
Aku puji LHDN, kaunter buka banyak, buat kerja pun bolehlah, tak lambat mana. Sebab income masyuk kot…
Tapi takkan disebabkan itu pulak, kan? Buat kerja ni amanah kakak, abang.
Part yang bestnya, pukul 3.30 petang, kaunter ambik nombor dah tutup.
Sambil-sambil aku dengar kakak-kakak kaunter borak, “ko masak apa balik ni?” “Aku buat sambal belacan je”.
Meriah ko… Tahu, pukul 4 kaunter tutup dah, standby pecut nak balik. Part tu aku tengok laju.
Hmm….
Untuk kerajaan, jangan buang tabiat sangat nak pencenkan pekerja sampai umur 60 tahun. Dah terketar-ketar kat kaunter, siapa nak nolong…. Takkan aku pulak. Haha…
Sekian sesi meluah rasa, sebab aku tak suka orang yang membuang masa ni. Selagi ada kerja yang kau perlu buat, buat terus jangan bertangguh.
Untuk pekerja kaunter, jangan kuat berborak sangat, dah macam tin kosong aku tengok. Makeup nak lawa je, tapi kerja slow. Efficient lah, tolonglah.
Terima kasih sebab membaca luahan saya ni ye kawan-kawan. Saya bekerja sendiri, sebab tu, seminit bagi saya tu sangat berharga.
Semoga mereka yang amanah dalam menjalankan tugas diberikan keberkatan rezeki dan kebahagiaan dunia akhirat. Aamiin….
– Pah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit