Assalamualaikum semua,
Aku nak cerita kat korang sikit. Aku harap korang berhati-hatilah lepas ni kalau nak subscribe internet dekat 1 syarikat ni fikir betul-betul untuk hidup yang selamat and korang tak terkena macam aku.
Kes aku bermula tahun 2015, aku subscribe internet dekat syarikat ni melalui kiosk dekat universiti aku(bukan IIUM sorry guys tumpang confession korang sikit ek). Sebelum sign kontrak 2 tahun (ni aku bagi tahu kat korang selalunya kalau company tu tak bagus sgt diorang memang akan suruh korang sign contract lama2 n bayar setiap bulan n kalau nak cancel dia minta bayar sampai habis terus so korang tak dapat lari *tapi ada je company telco yang ok buat macam ni*) , salesman dia memang bermulut manis ibarat menanam tebu di tepi bibir. Aku suruh check kat kampung aku pun dia cakap laju. Dia siap mengaku sama kampung dengan aku lagi. Aku tanya dekat dia kalau aku study oversea,boleh terminate tak? Salesman dia cakap yes,boleh terminate free je. Aku pun ok and sign contract tu. Bila aku balik kampung,terbuktilah salesman tu kencing aku. Internet slow memang tahap siput. Aku memang sabar jelah malas nak gaduh.
Masalah start bila aku dapat fly oversea, aku call company tu punya hotline sebab nak terminate. Operator tu tak bagi katanya tak ada dalam contract kalau study oversea,dapat terminate free. Aku benganglah tapi aku tak guna harsh words ke apa and aku terangkan situasi perbualan aku dengan salesman kat university aku tu,operator tu siap marah aku dan cakap aku tak faham bahasa. Operator tu cakap kalau aku cancel aku kena bayar semua sampai kontrak aku habis which is dalam RM700+. Aku bengang and aku letak phone. Aku siap whatsapp salesman tu lagi and aku tanya dia balik pasal tu,pastu sampai sekarang dia bluetickkan aku. Call pun tak jawap. Aku cakap dengan mak aku and mak aku cakap tak payah bayar ke apa sebab dahla tipu,internet slow. Aku pun buatlah macam tu. Masa tu aku tak terfikir nak buat aduan kat SKMM ke CFM semua sebab memang busy dah nak fly time tu.
Baru-baru ni aku balik Malaysia cuti raya,tiba-tiba aku dapat balik mesej daripada company tu dia paksa aku bayar nak dekat RM1000 and nak saman aku,kalau tak dia letak nama dalam CTOS and aku kena blacklist. Padahal aku punya pakej RM48/bulan je memang tak sampai RM1000 pun. Lepas tu,aku baru tahu ada bunga kalau lambat bayar. Aku kira pun masih tak dapat RM1000 lagi memang entahlanakkk. Aku baca kat internet memang ramai juga yang kena tipu macam aku tapi kes lain-lain. Tapi pasal speed tu memang selalu orang kena tipu. Aku ada baca jugak kadang2 company ni hantar gangster kalau orang taknak bayar (yang ni takdapat dipastikan sebab aku baca dalam internet kan) Aku fikir macam nak bayar je and report persatuan pengguna semua sebab aku malas kalau nama aku masuk CTOS. Tapi dalam masa yang sama aku rasa macam nak fight je dekat mahkamah. Pening aku kalau korang jadi aku,korang buat apa?
Jadi,pesanan aku sebelum korang sign contract and terfikir nak beli internet dekat syarikat tu,fikir lah sejuta kali dulu and pastikan apa yang salesman cakap ada dalam contract korang. FB pun memang ada 1 group pasal orang yang tak puas hati dengan syarikat ni. Buka page FB pun penuh dengan cacian dan makian rakyat je. Memang teruk service dia and memang suka kencing orang. Itu saja daripada aku hope korang berhati-hati. Bye!