Sebab Isteri Tawar Hati Dengan Suami

Dalam perhubungan, it takes two to tango. Kalau sorang je yang beria takkan jadi. Sekarang ni aku tengok makin ramai lelaki yang pandai betul complain bini macam-macam. Orang lain kahwin, kau pun merenyam nak kahwin juga. Lepastu buat bini macam patung ikut suka kau. Bila bini buat perangai, salahkan bini, jumpa perempuan lain nak tinggalkan bini.

So, antara punca dalaman yang buat isteri hilang rasa sayang, cinta dan hormat kepada suami:

1. Kurang habiskan masa bersama.
Tidur bersama tak bermaksud habiskan masa bersama. Bagi aku bila kau tidur tu, tidur jelah. Kau cuma boleh enjoy the company sebelum tidur je. Lepas dah lena kau tak sedar apa dah. Itu pun bini pukul 10 dah masuk bilik nak berehat, penat melayan anak seharian. Yang suami pukul 1 duduk depan TV lagi, itu belum kira yang spesis keluar lepak mamak. Hari bekerja lagi lah hampir takde masa nak spend together. Anak 24jam attention seeker. Kalau jenis PJJ lagi lah out. Hari cuti pulak kerja kau nak membuta je. Lepas subuh (itupun kalau bangun)  sambung tidur sampai tengahari. Bangun dengan perut lapar berharap bini dah siap masak. Hari yang kerja masuk tengahari/petang (bagi yang kerja shift) pun lepas Subuh sambung tidur, bangun untuk siap-siap pergi kerja je. Tinggalkan bini sorang terkontang kanting termenung, sapu sampah, masak sendiri. Lepastu ajar anak bini tidur sekali dengan kau. Bila balik kampung bini tidur sampai tengahari orang mula chop bini kau pemalas, padahal kau yang didik dia jadi kaki tidur macam kau.

2. Terlalu mengharapkan isteri syurga.
Memang syurga isteri tu bawah tapak kaki suami. Tapi kau expect dia nak junjung kau, padahal kau sendiri layan dia macam hamba. Nak bini manja cakap lembut gemalai mendayu, tapi kau sendiri cakap dengan bini macam gangster. Gurau kasar dengan anak bini. Cakap tu bunyi nak sarcastic je. Lepastu kau expect bini kau kalis aura negatif, dan nak dia cakap meliuk lentok dengan kau. Time driving tu maki kereta depan dari masuk kereta, sampai dah siap parking nak keluar kereta baru habis. Sebut perkataan bukan-bukan, hanat binatang anjing bodoh bangang semua. Lepastu bila anak bini ikut kau pelik mana dorang belajar. Kalau kau nak bini syurga, kau jadi la suami syurga dulu.

3. Kurang minat dengan agama.
Solat fardhu 5 waktu je sehari (itupun kalau cukup 5). Setiap kali solat baca surah yang sama (surah paling pendek), doa yang sama yang entah apa maksudnya kau pun taktahu. Mengaji pun sangkut-sangkut. Dah lah tak reti mengaji, takde pula effort nak belajar mengaji. Kalau layan youtube banyak pulak data kau, bila suruh pasang ayat quran time tu lah takde kredit tetiba. Dapat bini yang minat nak mendalami ilmu agama, rajin solat and mengaji, pakai pakaian tutup aurat. Lepastu kau ajar dia pakai seluar ketat singkat, tak galakkan langsung nak pakai tudung labuh stoking handsocks etc. Makin rosaklah bini kau. Bukannya kau taknak dia jadi ‘alim’, tapi memang kau pun tak suka and tak support bini nak bertutup litup. Kau sendiri pun spesis pakai tak jaga aurat. Seluar pendek kepala lutut keluar, kadang tu ketat sampai timbul bebola. Tapi berharap nak dapat anak bini yang solehah? Solat jemaah jarang sekali. Bini pulak nak kena merayu ajak solat sama-sama. Kau lagi suka solat sendiri-sendiri.

4. Terlalu banyak guna harta isteri.
Kau ni dah lah nafkah batin pun liat nak bagi, alasan kau bini tak jaga body, kendur sana sini. Takde nafsu dengan bini sendiri. Nafkah zahir RM50 sebulan pun belum tentu. Tapi boleh belanja kawan-kawan makan. Boleh beli baju baru, kasut baru. Boleh hantar beratus ringgit duit balik kampung. Pakai kereta bini tapi mengaku kereta sendiri. Padahal bulan-bulan bini yang tungkus lumus bayar kereta, 2 bulan sekali bini bayar pergi servis, setahun sekali bini tukar tayar kereta. Belum kira kalau ada rosak apa-apa, semua tunggu duit bini. Duit belanja pergi kerja pun harapkan bini. Bila dah guna duit bini, taknak bayar balik dengan alasan, bersedekah lah kepada suami. Kau ada fikir sedekah ke bini? Belanja rumah pun duit bini, lepastu bila bini bagi pinjam duit minta convert jadi sedekah. Senangnya hidup kau.

5. Tak tolong buat kerja rumah.
Kau kahwin dengan isteri bukannya dengan maid ye bang. Orang gaji pun kena bayar gaji beribu sebulan, kau nak bini servis FOC luar dalam makan pakai kau semua. Sama-sama lah tolong bersihkan rumah tu. Minta tolong cuci berak anak pun buat malas-malas. Yang bini ni tak menang tangan nak mengerjakan rumah dapur anak. Jangan kata yang bekerjaya je penat, yang duduk rumah jaga anak ni pun tak kurang penatnya. Bayar pengasuh setengah hari pun beratus sebulan bang, ini kan pula bini yang mengasuh 24jam. Kau ingat dia duduk rumah goyang kaki, membuta je. Anak tu boleh mandi sendiri, belajar baca sendiri, main sendiri.

6. Kuat tidur.
Ini paling pantang sekali dalam rumahtangga. Selagi tak cukup 8jam tidur, selagi tu kau jadi lesu, tak boleh berfungsi untuk apa-apa aktiviti. Kau lagi pentingkan tidur dari habiskan masa untuk keluarga. Lepas subuh tidur. Lepas zohor / makan tengahari tidur. Balik kampung pun nak tidur sampai zohor. Dah kahwin, ada anak bini, ada tanggungjawab, masih lagi pentingkan tidur. Kau ingat kau bujang? Takpayah sembang pengorbanan pungpang kalau kau berkorban waktu tidur pun tak mampu. Tahu tak orang macam Tun M tu tidur purata berapa jam sehari? Tahu tak kalau tidur lepas subuh tu rezeki susah nak masuk? Orang lain sengkang mata buat 2 3 kerja sebab nak pendapatan lebih. Memang kita hidup ni taknak bertuhankan duit, tapi kau rasa bila ada duit lebih kau bahagia ke terseksa? Tak seronok ke dapat belikan hadiah, buat orang yang kau sayang happy? Tak kesian ke tengok mak bapak anak bini sampai ke tua hanya mampu berangan je nak itu ini? Tak penat ke cuma nak berangan pakai kereta import, balik kampung selesa? Tak malu ke selama kahwin ni semua nak harapkan bini? Sebab dia gaji besar so dia kena tolong kau. Pandailah kau menumpang kesenangan dia. Bila dia dah tua kerepot, kulit kusam, body gelebeh sebab pulun cari duit, kau lari bila jumpa perempuan cantik melentik. Lepastu salahkan bini tak pandai jaga laki.

Isteri ni bang, bila dia dah tawar hati dengan kau, tak berseri dah hidup kau. Rumah kau automatik jadi kusam, tak ceria, ada anak cuma untuk pecahkan sunyi. Hati kau takde dah perasaan bunga-bunga macam mula-mula bercinta dulu. Hidup kau rasa kosong. Kau akan rasa betapa kurangnya kasih dan cinta dia dekat kau. Dia tetap akan jalankan tugas dia sebagai isteri, tapi kemanisan dan keikhlasan tu dah takde. Bak kata orang, hidup hanya sekadar hidup.

Kalau kau nak hidup kau bahagia, walau takde duit berjuta, kau bahagiakan lah isteri kau. Ajaibnya ada isteri yang bahagia ni, hidup kau sempit pun kau akan rasa lapang. Kau sedih pun boleh jadi ceria. Duit ada cukup-cukup makan je gaji lambat lagi, tapi hati sentiasa tenang, hidup hari-hari rasa lapang je. Dan percayalah, rumah tangga bahagia ni lubuk pahala dan rezeki. Bahagiakan anak isteri Allah akan bagi lagi rezeki yang kita tak sangka-sangka. Sekian.

– Wakil isteri-isteri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *