Sebab Kau Saudari Seagamaku

Assalamualaikum. Aku seorang lelaki. Based dengan apa yang dicerita tentang dicabuli, aku tak boleh bayangkan apa yang korang lalui dalam hidup ini.

Aku juga ada kes dalam family yang dizalimi. Ada juga kes kena bunuh dan dibakar.

Dunia ni kejam? Ya memang dunia ni fitnah bagi kita. Tapi aku tidak mahu kita terus tinggal dalam kegelapan ini.

Aku tak mahu keturunan aku hidup dengan kerisauan. Aku sayangkan semua yang seakidah denganku. Aku sayang semua orang yang beriman kerana merekalah cahaya dalam kegelapan hidup ini.

Peristiwa ini tidak sepatutnya melemahkan kita. Kau, Aku, kita semua mahu bangkit. Tuhan sedang mengetuk hati kita untuk buat sesuatu.

Penyelesaian hidup ini hanyalah satu iaitu syariat Islam.

Dr Zakir Naik selalu jadikan arab saudi sebagai contoh negara yang mengamalkan syariat Islam. Statistik menunjukkan di sana, kes rogol terlalu kecil.

Adanya hukum Islam sebagai ubat kepada masalah kita. Hukumnya lebih menekankan pencegahan dan pendidikan berbanding membalas perbuatan.

Jadi, saya ajak kawan-kawan semua. Ini bukannya masa kita menjadi penyokong. Tetapi pendokong untuk Islam. Kita sendiri perlu mengubah keadaan diri kita dan seterusnya mengharapkan pertolongan Allah.

Nak buat macam mana?

1. Tarbiah-teruskan mendidik diri sehinggalah Islam sebati dengan diri kita. Sehingga tangisan kita bukan kerana putus cinta, cerita jiwang bagai. Tetapi pada keinsafan diri dan pada umat seperti Nabi s.a.w. lakukan. Begitu jugak dgn perasaan2 yang lain. Hanya untuk Islam.

2.Dakwah- kita tak perlu tunggu diri jadi perfect untuk berdakwah. Mulakan usaha sekarang secara berjemaah. Join persatuan Islam, NGO, parti politik atau apa medan sekalipun untuk berdakwah.

3. Siasah- penting juga kita sentiasa tabayyun dan cakna tentang politik Islam. Jika kita tak ambil kisah tentang politik, kita akan dipimpin oleh pemimpin yang tidak kisah pasal umat Islam.

Dunia dan hidup kita sekarang mungkin mencabar. Mungkin ia satu yang sangat pahit. Daripada kesedaran inilah yang kita perlu melangkah kehadapan. Supaya masa hadapan kita lebih baik.
Kita semua.. Kitalah sebaik-baik umat yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.. Jom kita beramal kerana Allah. :)

– Akmal

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

14 Comments

  1. Tapi, bagi aku sendiri. Perbandingan arab saudi tu kurang relevan sebab kita masih tahu kebanyakan negara yang berada di region sana pemahaman ‘konservatif’. Means; being rape is taboo for woman. Statistik adalah suatu perangkaan yang dilaporkan (which means by police reports and etc) masih ada sesetengah kawasan yang kurang terdedah dan masih percaya kepada ‘taboo masyarakat’ ini tidak melaporkan kes rogol yang berlaku. Macam malaysia juga, walaupun statistik kita ada, sebenarnya statistik itu masih belum lagi meliputi kawasan-kawasan pedalaman atau dalam kalangan masyarakat pinggir bandar yang ada kes rogol tapi sembunyikan.

    • Setuju dengan Siti Nabilah. Just because xde dalam statistik x bermaksud benda tu xde. Kebanyakannya x report sebab takut family malu. Klu x takkanlah ada confession macam ni.

    • setuju… dan statistik malaysia pun masih boleh dipersoalkan.. contoh ramai bila dah kantul mengandung baru mengaku kena rogol padahal rela.. hubungan seks bawah umur di malaysia dikira rogol walaupun sbnrnya ada je budak 15 tahun yg buat dgn rela dan bangga..ni dr pengalaman bila anak murid aku kena tangkap dia mengaku kena rogol padahal kita tahu dia mmg jenis serah diri kat lelaki.. utk yg betul2 mangsa mmg kesian la

    • kat arab saudi kes rogol pekerja pembantu rumah indon , ni aku dengar la , sebab tu kat indon kadang2 korg perasan macam ramai je keturunan arab , rambut kerinting gitu . Kalau nak ikut hukum hudud , ni orang2 mesir yang pernah kerja di saudi sendiri cerita , orang2 yang ada pangkat dan harta kat saudi , contoh ad keturunan raja mereka terlepas kot drpd kena hukum hudud , atau kes tu ditutup , jadi cuba korg tanya sape2 yg pernah tinggal saudi , jgn dgr sedap je cerita ,,belakang kita tak tahu.. pekerja2 dekat arab saudi syarikat bin laden bukan semua kenal nabi atau solat , ni ustaz kat sana sendiri cerita , realiti lagi sakit kot ,

    • Zee Mikail ya. sebab diklasifikasikan sbg kanak-kanak. Di bawah akta perlindungan. Dia akan dikira sbg rogol. Qistina Nalkatli ya, sy byk jumpa kes mcm ini. Ibubapa tak nak buat police report.

    • cakap pasal hudud; banyak lagi benda perlu fikir oleh orang yang nak bawa hudud ke dalam sistem perundangan Malaysia. Laung ‘kami mahu hudud’ senang. Bila implementasi daripada top to the bottom kena kaji. Jangan senang-senang nak cakap nak laksana hudud. tapi bila bab implementasi semua ke laut. Terima kasih :)

  2. Sampai syariat perang, kita semua umat Islam wajib pergi berperang.

    Apa persediaan?
    Segala apa yg saudara katakan td.

    Bentengnya?
    Hadis alquran sunnah..

    Kalau tak ada persediaan?
    Nescaya masa perang berlaku kekalahan.

    Sebab?
    Allah hanya menyayangi kita yg mengasihinya yg tegar dan lengkap segala amalan tanpa ada sedikit kekurangan.

    Tgok perang badar. Semua para sahabat semua hebat semua alim. Klu nak tahu pemilihan org anggota perang mesti ikut panduan alquran dan sunnah dan ijtihad.

    Jikalau salah seorang tak ada prinsip ini, dan nak ikut perang, bimbang allah tak bantu kemenangan kita.

    Kali ini bantulah kemenangan kita sbg umat islam . Tunjukkan kita bukan otg islam yg lemah dgn hawa nafsu syaitan dan musuh kita sendiri. Senang di kutuk dan direndahkan .

    Kenapa? Kita menang diri kita sbg umat islam kelak perang kita dimenangkan allah.

    Jgn tunggu esoklahhh. Sedarlah mati bila2 datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *