Sebab Mulut Mak, Terpaksa Telan Tekanan Sampai Mati

Aku, daripada kecil sampailah dewasa ni, tak pernah rasa mak aku sama macam mak orang lain.

Cara dia berfikir, cara dia buruk sangka pada orang dari sekecil-kecil sampailah sebesar-besar benda, memang aku tak pernah jumpa pada circle kenalan aku.

Aku tak pernah dapat luahkan perasaan sedih, marah, tak puas hati aku sebab mak aku mudah sangat sebut perkataan derhaka. Hampir semua adik beradik aku dah kena. Aku ni apatah lagi.

Betul, semua orang ada struggle masing-masing. Betul, aku kena bersyukur sebab ada orang tak pernah merasa pun ada mak. Dan betul juga, seburuk-seburuk mak kita, tu tetap mak kita.

Sebab aku tahu hakikat ni lah, semua kata-kata mak aku, yang menyakitkan hati aku daripada kecil sampailah besar, aku pendam.

Mak dan ayah aku berpisah pada tahun aku SPM. Dalam tempoh setahun sebelum penceraian sampailah setahun selepas mereka bercerai, aku ni jadi telinga tempat mak aku lepaskan kemarahan.

Aku cuba jadi anak yang baik. Walaupun benda tu jadi tekanan untuk aku, aku tetap diam dan dengar.

Lepas SPM tu, aku kerja part time sambil tunggu panggilan Uni. Keluar kerja pagi balik senja, naik van pekerja. Mak aku tak happy balik senja. Aku bawa balik jin katanya.

Disebabkan itu, aku disuruh duduk rumah ayah aku, lelaki yang selama dua tahun tu aku di brainwash untuk benci.

Mula saat itu, dalam kepala aku, aku telah dikhianati oleh mak sendiri. For several years following that incident, makan minum aku, yuran belajar aku memang tak pernah diambil tahu walaupun dia tahu ayah aku banyak berhutang.

Masa raya, aku kerja part time untuk topup keperluan diri. Tapi bagi mak aku, akulah anak derhaka sebab tak mahu mengalah. Seorang ibu takkan pernah bersalah.

Lima tahun kemudian, bila aku dah hampir tamat degree dan stable mentally, akhirnya aku kembali berbaik, cuba mencipta kenangan-kenangan baru untuk lebih lima tahun yang hilang.

Awalnya memang susah aku nak tune kan personaliti kami yang berlawanan, tapi aku cuba. Dan aku hargai effort dia untuk mencuba juga pada awalnya.

Sampailah sekarang ni, bila ada konflik, aku terpaksa jadi manusia yang menyabar bila dengan dia walaupun dengan orang lain aku sangatlah outspoken.

Jika ada kata-kata dia yang mengguris, aku telan. Dengan harapan Allah nampak effort aku untuk sabar tu dan gantikan dengan balasan yang baik di akhirat nanti.

Aku bukan saja-saja nak mengungkit, tapi disebabkan mak aku punya business gagal dan susah nak bekerja dengan orang lain, sekarang ni sebahagian komitmen bulanan dia aku yang tanggung.

Aku ketepikan kemahuan dan keperluan sendiri sebab kalau mak aku nak nampak aku bermewah, sekali lagi aku jadi anak derhaka.

Tapi itulah, walaupun secara materialnya, aku boleh paksa diri aku berkorban untuk provide, tapi rasa hormat dan kasih sayang tu, bukan mudah aku nak bagi, sebab aku tak tahu dari celah mana aku nak dapatkan.

Lately, aku banyak berdiam. Mungkin sebab terlalu banyak yang aku terpaksa telan.

Bila dengan orang lain, aku boleh jadi normal, tapi bila dengan mak sendiri, aku rasa setiap perkataan aku nak ucap tu berat sangat nak dikeluarkan. Aku punya watak completely berubah.

Baru-baru ni masa raya mak aku ada mengata aku dengan adik beradik aku. Aku terdengar. Wrong place and wrong timing. Sepatutnya aku tak terkejut sebab mak aku pun mengata tentang diorang bila diorang tak ada.

Tapi hari tu, aku penat sangat. Aku baru belanja besar untuk persiapan raya rumah dia, tak cukup tidur lagi dengan hiruk pikuk ramai orang di rumah.

Bila aku dengar dia mengata tu, aku terus jadi manusia bisu semula, esoknya aku kena panic attack. Sorang-sorang, dalam kereta.

Aku tak tahu, aku yang makin rapuh, ataupun mental aku dah overwhelmed sangat dengan stress.

Entahlah…

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam,

    Kebanyakan ibu yang bersikap begini kerana waktu kecil mereka keadaan mereka pun begini, tak dilimpahi oleh kasih sayang, hanya seranah, hidup tak pernah dipeluk ibunya, tak pernah dipuji, sedikit kesilapan di ungkit ungkit, lahir dari environment yang kuat gosip, jadi dah sebati dalam diri terlihat benda tuh dari kecil.

    Seorang ibu yang semasa kecilnya tak disayang oleh ibunya, tak mampu menyayangi anaknya, dia kekok, dia tak tahu macam mana, sebab tak diasuh dari kecil, kehidupan kecil tiada cinta, tiada kasih sayang, yang ada hanya rejection dari parent. Dia dah rasa dulu apa yang awak rasa. Dysfuctional grand mother produces a dysfuctional mother, a dysfuctional mother produces a dysfuctional daughter. Begitu lah cycle nya. Salah sorang kena putuskan rantaian tuh untuk produce generasi yang berwajah baru. Satu generasi tak berfungsi mereka ke satu lagi, sampai akan ada seseorang untuk break the cycle.

    Ibu awak hanya meneruskan tabiat dan perlakuan orang sekeliling dia sewaktu dia kecil dan membesar, dia copy 100 peratus, apa yang dia lihat dia buat, dia rasa benda tuh betul sebab orang dulu buat juga kat dia, dah terserap dalam diri. Nak ubah dia lamberrrrt lagi.

    Semua tekanan yang wujud pada awak dah lama wujud pada dia, dia tak lahir dari keluarga gemar berbincang kalau ada masalah, sebab tuh tak wujud perbincangan dalam family awak yang sekarang. Kekok, tak pernah buat, tak biasa, jadi tak wujud benda tuh.

    Secara perlahan awak akan jadi macam ibu awak, kalau awak tak set the boundries dalam minda awak. Awak memendam rasa macam ibu awak, awak baran macam ibu awak, awak rasa banyak berkorban macam ibu awak. Awak rasa tak ada yang sayang awak sama macam ibu awak rasa yang mak dia tak sayang dia. Awak hanya lah penerus kepada childhood trauma ibu awak, the next generasi yang tak akan berfungsi dengan baik. Anak awak pun akan jadi next generation kalau awak tak berhati hati.

    Suka tak suka awak kena break the cycle, tiap kali ibu nak bergosip, blah dari situ, jangan layan, jaga jarak, ingatkan diri yang ibu begitu sebab dia lahir dari environment begitu dari kecik. Kalau ada yang tak puashati bincang, jangan pendam, berani kan diri, sebab ibu awak tak ada keberanian nak berbincang. Tunjukkan rasa sayang pada ibu awak, jalan pegang tangan sebab mak dia tak pernah pegang tangan dia, jadi awak buat, selalu peluk dia, yer dia akan rasa kekok. Selalu melawak dengan dia sebab dia lahir dari keluarga yang serius. Layan dia tengok drama, sebab mak dia tak pernah layan dia tengok kartun waktu dia kecik.

    Awak buat semua yang berbeza, kalau sama awak akan waris semua luka yang dia pernah ada waktu kecil dan remaja.

    Pandanglah ibu awak, nih perempuan yang tak punya kasih sayang sebab tuh dia tak mampu bagi kasih sayang pada awak, dia kosong. Apa yang dia complain itu sebenarnya luka yang dia tak pernah bagitau orang lain. Apa yang dia marahkan itu perasaan dendam yang tak pernah berbalas. Banyak yang tersirat dalam sikap seorang ibu.

    Awak dihadirkan di dunia mungkin untuk beri dia kasih sayang yang dia tak pernah ada selama nih. Hadir untuk putuskan circle yang dah lama wujud dalam generasi awak yang beratus tahun. Allahualam. Allah SWT lebih tahu,

    Tutup salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *