Assalamualaikum readers, harap admin post story life aku ni. Terima kasih didahulukan untuk admin. Nama aku Nur, berumur 28 tahun, single dan sudah bekerja. Sebuah penghinaan ini long short dia lebih pada fizikal seorang manusia. Aku lahir dalam background family yang sederhana dan tidak mempunyai hubungan yang erat sesama adik beradik. Pendek kata family yang dingin.
Penghinaan terhadap aku bermula ketika aku di sekolah menengah, ketika itu aku sedikit gempal, berjerawat, berparut, gigi pun tak tersusun dan gelap. Ketika itu, aku dipulau oleh golongan pelajar lelaki kerana aku memiliki rupa yang mengerunkan.
Setiap hari aku mendengar perkataan maki yang keluar dari mulut pelajar-pelajar lelaki seperti perkataan kesat dan jijik. Pernah sekali lalu depan geng student lelaki, penuh dengan hina dan maki terhadap aku umpama macam diorang pandang najis terhadap aku. Aku lebih banyak diam dan tunduk. Aku juga dibuli apabila penah dihalau keluar dari kelas kerana kelas tersebut tidak layak memiliki seorang pelajar perempuan seperti aku yang hodoh, buruk, dan jijik. Permikiran yang amat jahil.
Sejak itu, self esteem aku amatlah zero. Keyakinan diri hilang. Fizikal aku, bukan aku tak penah cuba rawat, pelbagai produk aku try tapi amatlah kecewa tambah aku masih student belum mampu membeli produk kecantikan. Mak ayah aku tak tahu yang aku dibuli dan dihina di sekolah dan takde tempat untuk aku luah. Aku diamkan sebab aku tak nak mereka kecewa dengan aku. Jika aku report pihak atasan, aku takut keada lebih teruk. Aku diamkan sebab aku tak nak mereka kecewa dengan aku.
Selama 5 tahun, akhirnya aku berjaya tamatkan alam persekolahan apabila memperoleh keputusan SPM yang baik. Alhamdulillah. Sejak tamat alam persekolahan, aku nekad tidak muncul lagi depan mata meraka yang penah hina aku. Sebahagian pelajar perempuan juga tidak kurang pulaunya terhadap aku oleh kerana mereka cantik. Aku lost contact dengan mereka.
Aku lanjutkan pelajaran sampai ke Ijazah tanpa pinjaman. Di university, aku totally seorang yang negative thinking dan pendiam. Semua itu, berpunca dari alam persekolahan yang membuatkan aku hilang keyakinan diri dalam setiap hal yang aku lakukan. Aku menjadi orang loner, pergi kelas sensorang, makan sorang. Pendek kata banyak aku buat sensorang, aku tak ramai kawan di sekolah dan zaman university.
Aku juga penah mengalami depression ketika di zaman university, dan itu menyebabkan pointer aku rendah. Mempunyai family yang dingin, membuatkan kau rase seperti hidup sebatang kara, tiada support dari darah daging sendiri. Keputusan kau buat sensorang ketika kau baru belajar erti hidup. Aku redha dengan ujian family aku, dan setiap manusia tidak boleh minta dilahirkan kaya, cantik dan bahagia. Semua dah ditentukan.
Sedikit demi sedikit aku cuba ubah ketika diakhir zaman university. Dan aku berjaya graduated walaupun pointer agak rendah. Di akhir zaman belajar aku diuniversiti aku perasan yg diri aku sedikit banyak berubah seperti banyak bercakap, peramah dan suka ketawa. Tapi aku masih seorang loner.
Memang betul, kenapa nk ingat benda yang lepas. Tapi luka tu masih ada, setiap bait kata hina maki diorang terhadap aku, masih tergiang-giang sampai hari ini. Fesyen aku sekarang pun bukan hijabista ape semua tu, fesyen aku skema sangat. Aku tak pandai bergaya dan makeup. Sekarang umur 28 pun aku belum penah bercinta. Aku banyak pendam perasaan jika aku meminati seseorang sebab bagi aku diorang deserved better. Aku nak luahkan perasaan pon tiada keyakinan diri sbb diri aku penah dimaki dan dihina.
Sebelum aku mendapat kerja, banyak interview aku attend, tapi sedikit masih terzahir yang aku kurang keyakinan diri. Sekarang sudah bekerja hampir 2 tahun, tapi kerja aku yang aku dapat bukan kelayakan aku. Aku tak kisah sangat pun sebab aku masih nampak peluang untuk naik ke atas. In Sya Allah doakan aku guys. Sekarang life aku Alhamdulillah walaupun my timeline aku agak lambat berbanding dengan orang lain.
Harini, aku terjumpa facebook salah seorang lelaki yang pernah menghina dan maki aku ketika zaman sekolah. Dia ni join sekaki menghina dan gelakkan aku. Aku nampak dia sudah kawin, bini yang cantik dan baru mempunyai seorang anak. Kelihatan dia bahagia dengan life dia sedangkan aku masih diawang-awangan mencari hala tuju hidup.
But I know everyone have their own timeline. Bila aku tengok gambar dia dan anak dia, terdetik di hati aku ‘mulut kau penah hina aku, nanti kau ajar la pulak anak kau hina orang lain’. Jahatkan aku, takkan la aku doakan keburukan untuk orang. Aku doakan mulut anak kau tak selancang macam mulut kau wahai lelaki yang penah hina aku.
Sebuah penghinaan yang menjatuhkan maruah aku dulu, sehinggakan orang pandang serong pada aku. Aku tak berdendam, cuma aku nak semua orang sedar hidup ni tak selama kita diatas. Korang masih ingat ke sesiapa korang penah hina fizikal dia? Mulut kau sendiri boleh membuatkan life seseorang down tambahan pula kau sendiri tak tahu beban yang dia sedia ada.
Sungguhpun kau masih belum matang ketika menghina orang lain, mak ayah kau tak ajar ke berkata benda baik-baik pada orang. Sekarang kau dah dewasa kan, takkan tak ingat mulut jahil kau pada orang yg kau hina time zaman kau remaja. Pergi la mintak maaf, itu dosa kau, takut-takut masih berbayar diakhirat nanti.
Setiap manusia yang lahir, dia sendiri tak minta dilahirkan sedemikian rupa. Langsung tak mintak. Kenapa harus hina fizikal dia. Kerana mulut kau, dia nak bangun kembali ambik masa yang lama sebab ape, benda yang kau hina tu ketidaksempurnaan yang kekal pada fizikal. Akhir kata, jagalah mulut korang dan didiklah lisan anak korang menjadi yang baik.
Imam Ghazali penah bertanya pada muridnya “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Muridnya menjawap “Pedang”.
Imam Ghazali menjawap “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA, kerana lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.
Assalamualaikum.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit