Hi semua, sudilah kiranya membaca coretanku yang tidak seberapa ini.
Aku ini bukanlah sesiapa pun, sudah berumur dan tinggal sendirian. Bukanlah kerana anak2 tak peduli tapi aku memang tak punya anak sebab tak pernah berkahwin pun.
Kadang2 aku terfikir yang aku ini Alien ke? Sebab kawan2 sekolahku, kawan2 ofisku, jiran tetanggaku semuanya berkahwin kecuali aku.
Bukannya aku tidak berusaha, pelbagai cara telah aku usahakan dari umur aku 20’an sehinggalah aku telah BERSARA kini. Berdoa jangan cakaplah.
Tapi memang sudah ditakdirkan hidup aku begini. Ibubapaku sudah meninggal dunia.
Aku ada adik beradik tapi mereka lebih sukakan privacy jadinya kami kurang rapat.
Sebagai seorang perempuan yang belum berkahwin, sepatutnya aku di bawah tanggungjawab abang2 aku tapi mereka langsung tak pedulikan aku.
Sakit peningku, susah senangku semuanya aku tanggung sendiri. Kadang2 aku rasa seolah olah aku tidak wujud di muka bumi ini. Tidak sesiapa pun yang kisahkan aku.
Jiran2 di KL ini lagi2 yang tinggal di apartment tak perasan pun samada kita ada di rumah ke tidak.
Akhir2 ini aku selalu fikirkan akan “kematian”
Bila aku mati nanti, adakah orang tahu akan kematianku? Ada ke orang yang akan menguruskan jenazahku nanti?
Ada ke sesiapa yang akan mendoakan aku nanti? Ada ke orang yang akan datang melawat kuburku nanti?
Sedangkan semasa hayatku ini pun tak ada sesiapa yang ambil peduli, apa tah lagi setelah aku mati. Takutnya Ya Allah!
Orang selalu sebut “anak saudara kan ada?” Tapi anak2 saudara aku pun tak pedulikan aku termasuklah mereka yang pernah aku bela, mereka yang aku sanggup berhabis.
Aku ni jenis tak pernah menyibuk HAL orang lagi2 HAL rumahtangga orang. Biarlah abang2, kakak2, anak2 saudaraku mengambil berat tentang family mereka sahaja.
Aku tidak menganggu mereka cumanya aku takut. Aku takut jikalau aku sakit yang perlukan penjagaan dari SESEORANG (minta jauhlah perkara ini Ya Allah) aku tak ada sesiapa yang sanggup menjaga aku.
Nak hire nurse, mahal lah pula. Aku bukannya ada pencen pun.
Apa2 pun ALLAH SWT saja tempat kita meminta dan berdoa.
Mudahlah urusanku Ya Allah, matilah aku dalam husnul khatimah Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Aamiin Ya RABBAL Alamin.
– Bukan Sesiapa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit