Aku seorang student. Hidup baru dalam 20tahun, tak cukup makan garam pun lagi. Tujuan aku buat confession sini cumalah untuk melepaskan segala yang terbuku dalam hati aku. Dah lama dipendam, dan masalah pun mungkin orang lain anggap remeh tapi sangat meruntun jiwa aku tiap2 kali aku terfikirkan, Menangis sendiri aku.
Aku anak yatim. Bapak meninggal masa aku sekolah rendah lagi. Masa meninggal tu, memang aku sedih sangat, sebab mak aku garang dan aku rapat dengan dia.
Aku dan adik beradik lain(3 orang semuanya)pun duduk dengan mak aku. Masa tu, aku benci dengan hidup aku. Aku benci dengan mak aku.Mak aku cekap buat hal suri rumah, tapi dia tak berdikari, tak bekerja, tak boleh drive, tak reti manjakan anak, sentiasa perlu pertolongan orang lain dalam selesaikan apa2 hal luar. Kecewa sungguh rasanya. Aku anak lelaki, tapi aku jugak nak rasa disayangi. Nak rasa ada tempat boleh bergantung.
Dari kecil, kalau apa2 urusan aku kena buat sendiri. Aku aktif, jadi bila wakil daerah,negeri, ada latihan pusat, kenalah pergi ke tempat latihan. Aku? Terpaksa menebal muka mintak cikgu hantarkan sedangkan semua orang mak bapak hantar. Itu takpe lagi.
Kawan2 buat jamuan akhir tahun waktu malam. Aku? Terpaksa tarik diri sebab malam2 takde bas pergi sekolah. Itu takpe lagi.
Nak pergi cop dokumen dekat ketua kampung. Tanya mak, dia tak tahu di mana rumahnya. Aku sendiri tanya jiran2, lepastu jalan kaki ke rumahnya, tak jauh pun sebenarnya, dalam 2km. Itu takpe lagi.
Alhamdulillah cukup 16tahun aku amik lesen motor, lebih mudah buat semua urusan.
Apa2 hal dari zaman sekolah, aku tak pernah mintak duit mak. Cuma mak bagi rm5 sehari duit belanja masa sekolah. Orang memang kata banyakk tu rm5 sehari! Tapi duit tulah aku pakai beli baju seluar sendiri, alat tulis, tiket bas, minyak rambut, beg, isi minyak motor, makan tengah hari, tukar tayar motor time pancit, bayar event2 sekolah. Kalau korang di tempat aku, rasalah memang tak cukup langsung! Nasib baik aku ada sikit collection duit sendiri hasil menang tournament2 yang aku ceburi. Tak banyak pun tapi boleh lah nak pakai support mana yang patut. Aku tahu mak dan keluarga aku bukannya senang, sekadar makan pencen abah yang tak seberapa.
Alhamdulillah, aku dikurniakan Tuhan kecerdikan dalam pelajaran. Aku dapat biasiswa masuk universiti, boleh la cukup untuk makan dan survive. Macam biasa, kena tebal muka mintak saudara mara hantar masa pendaftaran.
Tapi collectively, semua ni menyebabkan aku rasa sedih. Orang lain ada mak bapak, sekurang kurangnya ada tempat untuk digantung harap. Aku pula sekadar bangga sendiri kena melakukan semua benda sendiri. Bangga itu pun sebenarnya cuma untuk menyedapkan hati aku. Dalam hati, sedih dan terkilan. Jujur cakap, aku jeles dengan kehidupan normal orang2 lain. Ya, AKU SANGAT CEMBURU. KENAPA AKU TAK DAPAT MERASA NIKMAT SEBEGITU?Aku mintak maaf kalau luahan ni nampak kebudak budakan tapi itulah apa yang benar2 aku rasakan, dan aku pendam sendiri selama ni. Mungkin aku ada masalah mental, psychology apa aku pun tak tahu. Aku rasa aku sangat dahagakan kasih sayang. Aku rasa macam tak ada yang sayang pada aku. Dari luaran, aku mungkin nampak kuat, tabah tapi sebenarnya aku lemah. Hidup aku kosong. Disebabkan penampilan aku yang agak maskulin juga menyebabkan aku malu bercerita kisah aku dekat orang lain.
Aku harap dengan buat confession ni, aku akan jadi lebih positif dan lebih bersyukur dengan nikmat2 lain yang Tuhan beri kat aku.
Aku sebenarnya ada lagi masalah pasal cinta….tapi aku belum bersedia untuk ceritakan. Sebab aku rasa ia remeh, dan mungkin cuma sekadar mainan perasaan aku yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Orang tersebut pun dah reject aku, jadi biarlah.
Kini, semua adik beradik aku tinggalkan rumah sambung belajar. Mak tinggal sorang. Cuma waktu cuti, atau raya dapat berkumpul. Aku sebenarnya sayang, dan pada masa sama kasihan dengan mak aku. Tiap2 hari aku telefon tanyakan khabarnya di rumah. Dulu2 benci mungkin kerana aku masih kecil, mentah dan sekarang aku lebih matang menilai semuanya. Mungkin bukan salah mak aku semua ni berlaku pada aku. Mungkin ini cara Tuhan didik aku untuk jadi lebih tabah dan berdikari. Aku akan cuba sedaya upaya untuk seronokkan hidup mak aku, insha allah.
Itu saja confession aku, lega sikit rasanya dah cerita. Akhir kata, kepada yang masih ada ibu ayah, bersyukurlah, dan sayangilah mereka. Sesungguhnya kita tak pernah sedar nikmat yang kita rasai hinggalah kita kehilangannya. Assalamualaikum
– Encik Z
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Xpe la. At least at the end, kau dah pandai survive. Aku bg contoh aku. Aku ada sorg kakak n aku anak bongsu. Dr kecik mak suruh kakak aku buat keje rumah sbb dia popuan sulung dan aku x kena sbb Aku ank bongsu. At the end, lps kawin kakak aku da pandai handle rumah. Aku x. Sbb dr kecik ak xbuat benda2 tu. Skg br ak terhegeh2 nk blaja. Ko xyah stress sgt. Sbb ak pecaya kau tercampak mana pun kau bole survive. Lagi2 kau lelaki an. Kena la ‘sado’
btul tu
Be strong confessor:)
stay strong bro
Tanpa kau sedar, mungkin sebenarnya doa mak kau lah yang mmbuatkan kau mmpu survive sampai hari ni.. pandai kau, berdiakari kau,brtanggungjawabnya kau,maskulin kau(kau state td kan).. dalam diam, mak kau yg doakan agr kau jd mcm tu.. kau tk pernah tau ape rahsia dia dgn Tuhan ttg kau..kau nampk ape yg dia tunjuk dpn kau.. tak semua org tau mcm mana menunjukkan kasih sayang..
Anyway.. bende ni tak remeh..kdg2 persoalan mematangkan pemikiran..
Be strong bro.moga kau lebih berjaya
Setuju
Doa ibu mmg power
Citer ni luahan1/10 drp perasaan confessor. Xpela. Enjoy urself be a good man ;)
Smg tabah……
semasa awak buat confess ni kemungkinan 10k org kat luar sana kehilangan kedua orang tuanya,tidak bertuah seperti awak.dan boleh jadi kerana doa ibu awk yg tidak putus2 mendoakan kejayaan awak sepettimana awk sekarang.sentiasa bersyukur dan meredhai setiap ujian yang kt alami.walaupun ibu awk tidak sepertimana ibu org lain.jauh di sudut hatinya ibu mana tidak sayangkan anak cuma mungkin tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya kepada anak anak nya .bersangka baikla dengan ibu awk.jgn sesekali derhaka .dan sekarang terbukti awk menjadi seorang yang berdikari dan matang dr segala aspek .stay strong and Allah tahu ape yang terbaik utk ummatnya
Tu smua pengalaman bro..nnt2 bila dh brjaya smua tu akn jd manis utk dikenang..hargai ibumu..sedih pulak feeling2 psl mak ayh mlm2 ni
Sedihnya dik…tp pasal mak jd garang tu..pompuan mak2 kita kdg2 they have no choice. Terpksa jd garang jd tegas. Sbb byk benda mak nk kena fikir..mak tanggung semuanya . .sedih hati dia, dia pendam n pujuk sndri, letih dia kerja, letihh dia hndle anak2 urus kelengkapan ank2 dia rawat sendiri…sampai dia tk sedar n terlupa bhwa dia dh jd garanggg n mengguris ht anak2. Ppmpuan ni lemahh emosi dia..nk mrh pon tk boleh tp kita cubaa paham hti mak kita.
thanks to ur mum because knows nothing.kalo x,ko xkan tahu buat apa2 sekarang..
Ibu…. Ibu….. engkaulah ratu hatiku. okay, nk sambung buat thesis.
Ada ibu tak tunjukkan kasih sayang pada anak2. Tapi percayalah setiap lepas solat ibu mesti doa untuk anak2 supaya anak2 berjaya dunia dan akhirat. Selagi ibu ada jagalah hatinya.
GARANG, sebab dialah ayah dan dialah Ibu… Keep strong bro
Sabar tau..
Rasanya my only brother pun mesti fikir benda yg sama.. sbb ayah meninggal masa kami masih kecil..
Tp yakin dgn Allah..kenapa Allah abgi semua ni? He gave u this test just make u closer to HIM!
And hargai la skarang ape yg adik ade!! Usaha sebaik munkin untuk tunjukkan and lahirkan kebahagiaan dlm keluarga adik!! ^_^
Jangan pernah hilang harapan dan pergantungan kepada Allah! ^_^
Mulai hari ni buat yg terbaik untuk mak rasa happy.. dan adik bradik yg lain rasa bahagia… ^_^
And bersyukur sebab still ade mak and adik bradik…
Ade yg kecik2 dh hilang mak ayah dan adik bradik yg lain. Akhirnya dia tinggal sebatang kara. Kadang akak pun terfikir. Mcm mana dia survive?
Nabi pn dari kecik sama jugak. Sedih kalau baca cerita Nabi. Ayah x sempat kenal. Mak meninggal masa kecik. Tp Allqh kurniakan kpd Nabi isteri yg saaaaangat baik iaitu saidatina Khadijah. Allah kurniakan kpd Nabi jgk sahabat2 Nabi yg sanggup berkorban n sgt syg Nabi..
Cari ape yg ade disekeliling untuk hargai.. dan bersyukur kpd Allah setiap masa! (Upgrade solat.puasa.amalan2 sunat) InshAllah… u will feel better and happier!
Hope u will be someone nanti and cakap “itu confession aku yang dulu. Skang aku nak sebar bahagia!”
Nur Hidayah Kamal
saya pon ayah meninggal msa sy kecik…lps umo 17 sy x pernh minx mama duit lg..duit bljr kt uni pon usaha cari sndri..duit makan n belanja.selama 7 thun bljr smpai skrg umo 26 x pernh minx duit mak lg n slalu kasi duit dekt mak n adik2..n sy x pernh salahkn mak sy walaupon mak sy x mampu bg apa yg sepatutnya dia bagi..malah sy lg bangga sbb mampu jg diri sndri tanpa sushkn mak sy..my mother is my role model..my mother is a very strong women.. kadang2 dia minx maaf dgn sy sbb x mampu tunaikan tnggunjwb dia..tp sy x pernh salahkn dia sbb semua yg Allah dah tentukn ada hikmahnya..alhamdulillah skrg Allah kasi sy seorg suami yg mampu jg saya dan family sy tanpa sy bekerja..mungkin ni semua ganjaran yg Allah kasi jika kita ikhlas dan redha dgn ketentuan Allah…
Sebnar adik ni takde prob mnapun, hya tekanan sb kurg kshsyg n phatian drp ibu, sjk ayh pg sgt awal, dia rasa tpinggir. Kpd adik ni, allah tdk pnh tglkn anda sndirian. Mkin jga ibu anda merawat hatinya yg luka sjk kehlgn suami, apalg ibu anda byk tgjwp mbesrkn ank2 dll. Bsyukurlah ada ibu. Doa ibu lg berkat utk anda. Selebihnya ialah kekuatan anda utk memaafkn ibu krn tglkn anda dlu, tp seb ank, anda yg lbih ptut mta maaf drp ibu sb dia mbsrkn anda wp kshsygnya diragui oleh ank sdri..
faham.. kadang2 apa yg terbuku di hati kena diluah. Bila dah diluah kita rasa lbh lega, tu je. bukan sbb tak bersyukur ke apa
Bagus la lepas dah confess rasa lega…xpe.. x dpt kasih syg time kecik berazam lah utk beri kasih syg kat anak2 awk nnti… mak awk syg tu sebenarnye.. tp dia tiada pilihan… ce pikir balik ape pilihan yg dia ade time tu? Bile dah besar ni walau x cukup mkn garam ce selami hati dia… insyaAllah awk akan nmpk sisi pengorbanan mak tu… rasa nye sekarang pon awk dah mula sedar sbb tu awk asyik call mak tanya kabar… cuhe try borak2 ngan mak,,, luah perasaan…. mesti terkeluar semua isi hati yg mak awk sendiri pendam selama membesarkan anak2 sorang2…
Ok la bro… sedare mara yg hntar ke U.. aku ni kawan2 yg hntar aku masuk U.. relek je..
Baik buruk tu mak kt…mak awk pn manusia biasa kdg dia trlupa…kdg dia x sedar…wlu bagaimanapn xde seorg ibu pn yg x syg ank…sgt bagus klu awk ikhlas buat semua yg awk buat masa kecik tu…akk pn ada ank yg wlupn ada bpk tp x pedulikn ank2 langsung…ank2 akk pn kesian sbb akk kena kerja n x dpt beri diorg sepenuh perhatian…mgknkah dieorg rasa cm apa yg awk rasa? Allah….
ini suma halusinasi pereka cerita
kalau mak kau jenis berdikari, mesti kau jadi lembik semua benda nak mak kau buatkan. malula sikit ko lelaki tapi berniat nak mak setelkan semua urusan ko. sebbaik mak kau bertindak sebagaimana mak sepatutnya ajar anak lelaki dia: by being so helpless that her son has to figure out how to solve his own problem.
Kadang2, dgn ujian ni lah buat kita lebih matang..
Dgn ibu ayah ni…jgn soal ap yg die beri….tp soal ap yg kite boleh bagi..klau nk kire ap die bgi ckup sbut psl die bg kte kenal mana ayah mana mak itupun kite x mampu balas dah…belum crite kte yg dri sekecil lebih kurg sehasta lebih…skrg dh besar mcm skrg..
bgus lah bro dh sedar dn ujian mematangkan bro..brbakti la pd mak ayah bro..lupekan je salah2 mreka yg skit..jgn dibawak bawakkan…nnt bile mreka tak de bru nak rse menyesal x gune
Org yg kuat dugaan dia besar.
confessor please Google “Childhood Emotional Neglect” atau CEN, baca Tue.mungkin ITU yg emosi confessor alami
Erza Eijan
Zuhairah Azhari cer baca weii.
wow.. npe weh? aku dh baca dah.
Teringat kau cite kena buat everything to settle your mara dulu.
that one kn actually rmi yg experience situation mcm ni. Bila teringat balik time tu mmg sedih la tp sbnarnya its a good for experience which is u r able to do something strong in ur life. tp time nk mntk cop penghulu kg tu i have no one. mk aku n kakak2 aku smua kt KL. asking for a friend to help. but they cant. end up called pkcik tp dia pn bz & last minit ckp dia blh tlg amk kan n anta gi uma pghulu. mencabar betul lah time tu.
Orang yg do anything independently ni boleh survive kat memana pun and jd kan diri lg kuat ?
exactly, sometimes dri cara cmni dia luahkan dia bg support utk org sama situation cm dia. Luahan supaya dia blh melepaskan something yg terbuku.
Dia sulung lagi pun. No where to talk. Bagus laa dia tulis kt sini
Sabar bro.. Phm sgt dgn ape yg kau alami… Klau bro nk cerita n nk mnta pandangan.. Just pm me.. InsyaAllah kita boleh jd kwn ..
Awk lelaki,macam mana pulak dgn sy?,
Sy prmpuan,time nak masuk study sy cari bilik sewa sendri,datang bawak motor dari johor smpai shah alam,..semua sendiri,siap nak duit lebih sy kerja kat kedai makan..
Dgn semua tu kite dapat belajar tntg kehidupan.
I love the way you construct the sentence! Haha. Semoga terus tabah brother… ✊
En. Z, Allah takkan bagi ujian dekat seseorang melainkan dia mampu menghadapinya. Dari sudut pandangan saya, awak dah banyak belajar daripada kesusahan yang awak hadapi. Pesan saya, hargaila ibu selagi masih ada & kita mesti mampu menyanyangi diri sendiri dulu, & menyanyangi orang lain sama seperti kita sayang diri sendiri.
Yg baik jadikan tauladan.Yang kurang baik jadikan sempadan.Stay positive.Nanti ada keluarga , sayangi dan hargai ahli keluarga.Kerja kuat dan jaga hubungan dengan Allah.You are going to be fine.✌
There are many ways to express love. Just love the way they are. If mak kau tak berdikari, then my mum not. My mum sgt berdikari. Mak aku pun selalu ingatkan kami adik-beradik jgn menyusahkan org lain. Cuba buat sendiri. Dr sekolah menengah lg, aku masuk hostel mak aku tak pernah tolong angkat barang ke kemas loker ke. Everything i do by myself. Kau ulang lah berapa kali naik turun tangga angkat barang sekali pun, mak aku takkan naik. Lepas spm mak aku suruh amik lesen biar senang nak kemana mana. Aku amik alhamdulillah lulus. But, my mum very protective. Kalau kau tebal muka sbb kena tarik diri sbb tak ada bas, aku tebal muka sbb dah form 5 pun still berhantar beramik. Aku nak keluar ngn kawan aku pun mak aku hantar. Even sekarang ni pun aku dah ada lesen, aku ada had perjalanan. Kalau aku tgh cuti duduk rumah, aku still tak boleh keluar dgn kawan. Boleh keluar tp berhantar beramik. Bukan mak aku tak bg drive tp ada had perjalanannya. See. Berbeza cara seorang ibu sayang anaknya. Dulu form 3 yes aku rasa agak sikit rimas. Tp start form 5 aku dah accept. Aku redha n alhamdulillah aku bahagia sampai sekarang. Memang kadang kita tengok kawan kita boleh kenapa kita tak. Tp percayalah apa yg parents kita buat adalah utk kebaikan kita. Hargai mereka sebagaimana mereka hargai kita sebagai anak yg ragamnya bermacam macam. Abaikan orang yg tak paham dengan cara ibu bapa kita. Yg penting kita paham. Satu masa nanti bila kau dah redha kau dah hargai apa yg mak kau buat kat kau, dr situ kau akan rasa dalamnya kasih sayang seorang ibu. ☺
Bro.. Ko rasa apa yang ko alami susah? Mari aku cite apa yang aku alami sebab aku rasa lebih kurang je kisah kita. Cuma cara aku tgk hidup aku ni lain dari ko.
Ayah aku meninggal masa umur aku 17. Betul2 seminggu sebelum spm bro. Tapi sebelum ayah aku meninggal, ayah aku sakit teruk. Muntah darah, tengah jalan pitam, sakit jantung. Senang cita, masa tu tah kenapa aku boleh pikir yang nilah masanya aku kene jaga ayah aku, benda lain adalah priority ke-2.
Aku ni masa sekolah rendah. Result aku sangat baik. Result pmr straight A. Spm trial pun sama. Tapi bile real spm.. Abis hancur. Tiada A, subject core sains straight sikit lagi nak fail.
Senang cita bila ayah aku meninggal. Result spm aku sangat teruk, takde ayah, mak aku keje cleaner je, adik kecik lagi dan yang paling best sekali arwah ayah aku meninggal bukan tinggal harta. Tapi tinggal hutang dalam 70k.
Boleh kata masa aku umur 17 tu. Aku mengalami keadaan yang dimana hidup aku di level yang paling susah nak stabil.
Masa aku dapat result spm tu aku menangis. Aku pasti aku takda masa depan time tu. Tapi lepas puas nangis aku sedar yang kalau aku nak apa2, aku memang kena usaha sendiri, ayah dah takde. Siapa je aku boleh bergantung? Takkan nak menyusahkan mak? Masa tula aku rasa point dimana aku mula matang. Aku decide yang aku malas nangis dah, bukannya boleh solve masalah.
Dengan result hancur tu. Aku try mohon ipta dgn ipts. Hahaha, semua reject bro. Mintak surat sokongan dari lecturer universiti berdekatan pun dia cakap kat aku yang ni mustahil untuk dia tolong. Kawan2 aku yang result spm dorang teruk, ramai2 senang hati start cari keje. Mintak tolong adun pun sama je respond dia. Tapi aku cari gak dengan usaha sendiri. Bukan aku tak nak mintak tolong mak. Mak pun tgh pening agaknya. So, apa2 settle sendiri.
Last2 dapat la masuk kursus persediaan kolej mara. Alhamdulillah, ada jugak peluang. Ok sekarang, kene pikir mcm mana nak masuk sedangkan duit kosong hahaha. Cari cara mcm mana nak kumpul duit pulak. Aku buat mcm2 keje sampai kasut aku tebelah dua, kaki aku luka2 berdarah kat tapak kaki. Kasut tu aku simpan lagi sekarang untuk mengingatkan waktu susah dulu2.parut pun aku simpan.
Masa belajar pun duit makan aku cari sendiri. Aku belajar betul2 sebabnya target nak buat duit time final year project. Semua budak2 yang buat final year project akan jumpa aku untuk reka project dorang. Memang aku reka betul2, bukan cincai2. Tapi aku pastikan dorang buat sama2. Bukan beli yang dah siap dari aku. Untuk ini, ramai yang bayar aku bukan sikit2.selain tu aku jual burger, jual air, jual topup, repair laptop.. Mcm2 lagi la aku buat. Member kolej memang kenal aku la sebab malam2 aku angkat bakul jual hot dog kat asrama 5 tingkat.
Masa aku belajar. Mana aku pegi kelas sangat. Sebab pada aku kalau pegi kelas tido tu sangat membuang masa dan sia2. So apa aku buat, aku jumpe lecturer aku dalam 20 minit mcm tu setiap minggu dan terangkan topic yang dia patut ajar minggu tu. Aku explain kat dia sambil borak2. Lecturer aku ramai yang tanya, kenapa tak datang kelas. Aku jawab aku takde duit, aku kene cari sendiri. Sebab dorang risau aku tercicir, tu yang aku tiap2 minggu jumpa dorang tu. Sekarang ni walaupun aku dah lama keje, aku still whatsapp dorang tanya khabar. Tolong dorang buat project. Bagi aku sangat kurang ajar kalau lepas belajar kita lupakan lecturer kita. Ingat dorang tu sampah ke apa.
Mak aku? . Memang lebihkan adik aku 100% sampai la sekarang. Dulu2 masa aku muda memang aku sakit hati dan marah. Mcm2 aku buat untuk mak aku, beli barang mahal2, bawak jalan2 keluar negara, mak sakit aku jaga, keta aku bagi. Tapi in the end, adik aku gak mak utamakan. Apa salah aku? Sedih gila bro. Ni bila dah tua sikit, cara pikir aku dah lain. Biarlah kalau mak nak buang barang2 yang aku beli pun, nama pun bagi kat mak, suka mak la nak buat apa. Kalau mak lebihkan adik, takpelah.. Asal mak happy. Kalau pun mak tak sayang kat aku, takpelah.. Yang penting aku sayangkan mak aku. Penting sangat ke mak sayang kat ko, ko sayang mak ko sungguh2 dah la.
Sekarang ni aku dah ada master. Keje pun gaji besar, kerja pun bagus, wife pun comel, hutang 70k tu pun aku berjaya settle. Mak aku pun dah pencen. In the end, semuanya ok kalau ko usaha. Ko ingat mak ko nak berubah? Tiba2 je dia sayang ko. Cayalah bro, baik ko terima hakikat awal2 yang mak takkan berubah. Memang mcm tu la perangai mak kita sampai bila2. Apa yang ko boleh ubah adalah diri ko sendiri, sebab ko boleh 100% kawal diri ko. Takkan mak dah terkujur baru ko nak sedar dan berubah. Masa tu dah terlambat bro. Pikir2 kan la. Harap cerita aku membantu.
Sukahati je kau cakap mak kau tak berdikari! Mungkin dah berapa lama mak kau bergantung kat ayah kau, jadi lepas dia meninggal, takkan nak expect mak kau terus jadi superwoman? Mungkin dalam diam doa mak kau lah yg buat kau jadi berjaya berdikari mcm sekarang. Kau apa tau? Jangan terkilan, sepatutnya kau yg kena start belajar utk support mak kau.
Situasi aku lebih kurang kau je, kecuali aku ada 7 adik beradik. Survive je. Betul jugak, kau masih muda, umur muda tak nmpk lagi realiti.
Sorry, aku memang tak boleh tolerate orang yg perlekehkan mak dia sendiri. Lagi2 kat social media. MAK KAU KOT!
Bagus kau bro. Kau tahu kau kurang perhatian mak tapi kau still blh sangka baik dan cari hal2 baik tntg mak ko. Tak berdendam n cepat2 neutralise kan. Salute! :) Moga hidup ko lebih baik lepas ni.
Dalam hidup kita kena berdikari n kuat bila keadaan tak mengizinkan kita. Disebabkan akhi rasa keadaan bunda akhi yg tak berdikarilah membuatkan akhi jadi berdikari dan kuat nak tempuh kehidupan. Ingat, setiap apa yg berlaku tu ada hikmahnya, dijadikan Mak akhi kurg di suatu perkara cth mcm akhi ckp tak pandai berdikari tpi disbbkan keadaan tu Allah kurniakan dlm jiwa akhi utk jadi seorg berdikari dan kental semangat utk backup ibunda akhi bila dia sudah tua. Indirectly, u’re replacing you father duty n responsible to your mom. You’re lucky guys sbb dpt buat byk pahala kt ibunda. I had a good man bestfriend who lost his father during he was in primary school. Then he had to left his dream to pursuing study to take care of his mother who are sick n need proper care from her children. Alhamdulillah dia jaga Mak dia smpai ke akhir hayat Mak dia. How big his sacrificed to his mother. Then skang ni dia kne bergantung diri sorg2 utk support life termasuk bru2 ni dia dpt smbg study secara pjj. Even, dia ada adik beradik lain, but he’s alone without his late parents. You’re lucky guys at least u still have ur only mother ;)
Bagus la byk org laki mengharap bini je zaman skrg…spesis yg rajin buat kerja nak bg anak bini makan ni spesis terancam.. dlm diam byk suami mkn duit isteri dlm diam ye tak? Mana tau pasni ko dpt bini n anak yg sygkn ko..plus mentua yg baik n syg ko.
Kehidupan sya sama mcm awak. Ayah lari sewaktu sya baru 2 bulan. Hidup membesar dgn mak. Mmg kita ni, hidup kena bergantung kat org. Nak daftar masuk matrik ke uni ke pon nk kena minta ihsan sedara mara. Dicemuh di belakang. Betul. Tp, mungkin sya lebih beruntung sbb sya membesar berdikari, disbbkan mak sya jenis sgt berdikari. Benci mak masa kecik, sbb kami susah. Hidup smpi skg kenderaan pon takda. Tapi saya plg syg mak. Dia ajar sya benda yg plg penting dlm hidup. Mak saya pencetus dan penyebab adanya sya pada hari ini. Mungkin tanpa kita sedar, diam2 mak doakan kita yg terbaik. Kita sbg anak selalu nampak apa yg kita nak je bang. Kita tak nampak drpd sudut mak kita. Jgn terlalu berkira.
Tak faham. For me, this confession showed me your maturity level. You should be thankful that you can grow up independently. Saya anak perempuan, saya buat semua benda pun tak perlu mak bapa. Nak masuk join kelas, usahakan sendiri jln kaki me sekolah. Ada masalah, settle sendiri. Waktu sekolah, sehari duit poket rm2, sebulan rm40.
Waktu nak apply matrix, uni, ptptn Sy sendiri jln kaki naik bas jumpa ketua kampung, ketua daerah, jaksa pendamai chop Itu ini. Belum tambah tolong mak bapa kerja menjual di pasar bgn subuh Dari sekolah rendah sampailah degree. Degree Sy arrange kelas 3hari seminggu, so baki 4hari tolong mak bapa bawa lori ke pasar. Awak ni manja la. Saya tak pernah sekali pun terkilan, malah berterima kasih dapat membesar dgn cara berdikari. Umur baru 20thn, dik. Nanti masuk 30an lg byk benda kena berdikari. Apa yg awak kena buat sendiri mengajar awal utk jadi kuat. So stop complaining, cherish your life, be thankful, and don’t forget to always call your mom.
agree..confessor ni yg xreti berdikari sbnrbye,bkn mak dia
Tayah risau. Ko laki.. Semua Allah atur ade sebab.aku pom xde ayah
Masuk belajar kolej naik bas dgn kawan…abang aku pergi sendiri…sampai skrg mak aku xpernah jenguk aku..aku je yang balik lg.aku faham perassan ko…tapi percaya setiap benda ada hikmah…
Aku ada kawan macam kau,berdikari sendiri,semua sendiri.bezanya ayah dia masih hidup tp tinggalkan keluarga.walaupun dia susah tapi tak tunjuk,semua dia simpan dengan senyum.aku rasa malu dengan dia sebab aku masih blh bergantung harap dgn ayah tp selalu mengeluh.and yes i do proud with him.kalau boleh jadikan idola,he is one of ppl that inspire me.so jangan rasa down sebab orang sekeliling kau mesti bangga dengan kau dan Allah selalu ada untuk tolong kau
ko ke mak ko yg x reti berdikari?nmpk mcm ko..stakat pg u daftar minta sedara htr je pun.aku daftar pg u naik bas je..dri drjh 3 naik bas pg mne2.xde plak slhkan mak abh aku..