Reply to tajuk 'Aku pemarah yg marah' oleh 'Aku Hulk'
Aku dulu jenis pemarah jugak. Semua benda nak marah. Batu melenting atas kereta pun aku marah. As senior kat sekolah dlu, rasanya xde junior pun suka aku. Yelah, garang gila.. Junior2 ni lah selalu jd mangsa lps geram. Bila sembang dgn kwn, asyik nak menang je. Dok berhujah ttg pendapat sendiri sbb rasa pendapat kitalah paling betul. Mmg cara kita keras sbb nak tegakkan pendapat, bukan marah pun. Tp org akan fikir kita marah sbb cara kita. Tp lama2, aku sedar. Aku makin hilang kawan. Bestfriend aku kat sekolah aku tgl brapa org je yg betul2 stay. Yg lain, hilg. Mungkin disebabkan panas baran aku.
Tp 1 hari ni, aku beli buku kecik ttg doa2 harian. Aku beli sebab buku tu comel. Itu je. Selak2, jumpa 1 doa. Doa utk menghilangkan panas baran. Aku amalkan doa tu. Xlama. Skjp je & hati aku mula lembut. Dah kurang marah2. Try lah google, mesti ada je.
Kedua, aku ada terbaca 1 ni. "Setiap org ada pendapat masing2. Sebagaimana kamu mahu org terima pendapat kamu, kamu juga perlu terima pendapat org lain". See? Tak perlu berkeras utk tegakkan pendapat. Just sumbangkan je pendapat yg kita ada. & terima je pendapat org lain. Lambat laun, kalau pendapat kita betul, org akan sedar. Jangan risau. Xpayah try hard sgt. Chill2 je..
Ketiga, luangkan lah masa dengan kanak2 atau haiwan2 comel seperti kucing, hamster atau apa shj. Mereka ini mampu melembutkan hati yg keras.
Keempat, jaga solat. Doa supaya jadi insan yg lebih baik dr semalam. Doa dilembutkan hati. Cpt2 beristighfar bila rasa nak marah. InsyaAllah, berkesan.
Tp ingat, yg lembut itu terkadang mudah dipijak oleh org lain. Bila sy jadi baik, xgarang, kdg2 ada yang sampai pijak kepala seolah kita ni tiada apa. Disitu, sy belajar bila mahu jadi lembut, & bila perlu jadi garang. Semoga berjaya kurangkan sifat panas baran :)
– Ammar Fateh
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Saya pulak cuba sedaya upaya utk jadi pemarah, sbb sy mmg terlampau baik hati smpai ramai amik kesempatan. Ajar la jadi pemarah sket. Pleasee. Pm saya.