sekadar pandangan – 11:51 PM

sekadar pandangan

Lantaran begitu ramai lelaki yang sibuk komen, share dan berdebat mengenai isu wang hantaran. Aku ada jugak nak sebutkan beberapa perkara untuk buat kaum2 adam berfikir sedikit.
Kalau aku tanya, di rumah siapa yang melalukan tugasan rumah. Jaminan untuk yang mengangkat tangan tu majoriti, ibu masak, ibu kemas rumah, jaga anak, kerja juga cari wang, gosok baju, cuci baju, lipat baju, dan macam2 .
Di dalam islam Isteri cuma membantu, tetapi wanita melakukan tugasan ini tidak lain tidak bukan atas dasar kasih dan syg.
Kita lihat balik dgn hantaran 10 k yang diminta.. Untuk apa seorang wanita ingin kan wang tersebut untuk merelakan diri mereka dinikahi kemudian bekerja untuk suami. Sedangkn mereka boleh terus bekerja dan mengumpul wang lebih dari itu.
Kebanyakan wanita sekarang menggunakan wang untuk membuat majlis. Sewaktu bertunang lagi telah dibincangkan wang hantaran, kenapa tidak tolak awal2 jika rasa terlalu tinggi??
Saya sendiri pernah praktikal di pejabat agama. Kebanyakan wanita hadir kerana tekanan, suami tidak membantu kerja rumah, sudah la begitu, tidak tahu menghargai malah dimarahi jika gagal melaksana kan sesuatu yang bukan menjadi tugas sebenar seorang isteri.

Lihat 10 k anda, nilai kan balik bagaimana sikap anda selepas kawen wahai lelaki barulah conggak balik 10 k sebelum merubah kehidupan seorang wanita. Siapkan la 100k pun apa gunanya jika memperlaku isteri seperti orang suruhan.
Sekian

– Untuk lelaki yg mmprjuangkan isu wang hantaran

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *