Sekadar pendapat.

Salam. Kebelakangan ni aku tengok macam banyak je naik pasal topik bercinta, nak kahwin,cinta tak restu, pendosa dan sebagainya. Ni pandangan aku sendiri lah ye.

1) Cinta muda

KOSONG. Rasanya dah 3/4 kali raya aku tak bercinta. Rasa jauh hati sebab tiap kali bercinta tu aku makin lalai, jadi aku jauhkan diri. Pada aku cinta ni cuma satu perasaan yang terbawa oleh nafsu je, dan apa yang kekal sebenarnya cumalah tolak ansur dan rasa hormat. Kalau ada yang tengah frust tu, percayalah, masa akan ubatkan semua tu.
Pada aku jugak bercinta ni macam satu pelaburan, kau labur masa, harta, tenaga, jadi bila rasa pelaburan tu tak kemana, move on. Jangan tunggu lama. Nanti sakitkan hati sendiri/ pasangan.

P/s : aku pernah kecewa yang amat okay, lalu menjerumuskan diri kepada perkara yang tak patut, tapi kenapa kita nak hukum diri untuk mereka yang tak sudi. Move on, percaya pada Tuhan kau kerana Dia telah menetapkan sebaik baik perancangan hidup kau.

2)Kahwin awal

Takde masalah pun dengan isu ni, Kalau mampu kahwi lah. Aku bakal menginjak ke usia 23 tahun, bukan berasal dalam kalangan keluarga mewah atau susah yang amat. Mak abah aku bertungkus lumus nak bagi aku sekolah asrama, sampai grad universiti. Sekarang aku baru mula kerja, dan selaku anak sulung aku rasa tak patut aku kahwin dulu memandangkan tak terbalas lagi jasa mak abah aku. Bukan maksud aku bila dah kahwin tanggungjawab tu habis, tapi mesti diaorang akan jadi komitmen nombor 2. Tak sampai hati aku nak kahwin lagi. At least biarlah senang sikit lagi hidup diaorang baru aku kahwin.

3) Pendosa bertaubat

Ada certain post yang kata jijik, menyesal dengan diri sendiri. Aku bukan nak kata apa lah, aku ni merasa jugak jadi pendosa, tapi semua benda tu dah jadi, move on dengan hidup kau. Baiki apa boleh baiki. Selagi kau ada Tuhan, jangan putus asa.Teringat aku dalam satu dialog X-MEN ni," Just because someone stumbles, loses their way, doesn't mean they have lost their path forever". Dan bila ada orang yang judge kau, kutuk, maki dengan apa pernah kau buat, berdiamlah. Salah kita sendiri, jangan cepat melatah dan cuba maafkan diri sendiri, sebab kita sekadar manusia. Dan bila kita sendiri buat silap, jangan lah kita belajar nak tuding jari kat orang. Misalnya kau terlanjur, tapi kau salahkan bf kau, padahal option tu pada diri sendiri.

Okaylah tu je. Kbye

– Manusia

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *