sekolah agama – 6:01 PM

sekolah agama

Terima kasih sebab approve..alhamdulilah,sekarang saya belajar di uia dalam bidang agama,bila dikenang pada zaman kanak2,tak pernah terfikir untuk belajar sekolah agama,apatah lagi untuk ambil bidang agama.matlamat yang selalu aku tanam dalam diri masa darjah enam hanyalah nak masuk sekolah sbp atau mrsm..

Apakah yang membuatku minat untuk belajar agama? Waktu aku darjah enam,ayah selalu menjemput ustaz untuk datang mengajar mengaji dirumah,ustaz tu hanya lulusan pondok namun yang membuatku terdetik untuk belajar agama apabila melihat ketenagan dalam wajahnya,tenang dalam membuat apa2 perkara,tenang dengan hidupnya yang sederhana,isterinya hanya seorang kerani di pejabat peguam,namun rezeki ustaz tu sentiasa mencurah,benarlah walaupun lulusan pondok,Allah akn memberi rezeki dgn tidak kita disangka2,.bagaimana untuk aku memperoleh ketenangan sebegitu??

Selepas dapat keputusan upsr,mulalah nak fikir pergi sekolah mana,keputusan hanya 2a3b tidak melayakkan aku untuk masuk sekolah top2 dimalaysia.aku memilih untuk belajar disekolah agama rakyat yang banyak kekurangan dari segi kemudahan.aku pujuk diri,takpa,ada hikmanhya nanti,nak belajar agama banyak ujiannya,bukan mudah untuk diriku yang masih lemah.

Berbagai ujian disekolah agamaku,kadang2 tandas takda air ,makanan harian hanya nasi dengan ikan temenung,seminggu sekali barulah nak merasa daging,namun dari situ aku mula belajar erti syukur,mula belajar erti sabar dengan ujian yang melanda,walaupun terasa banyak kekurangan,namun hatiku terasa tenang dengan belajar ilmu agama.bukan mudah bagiku nak belajar 20 subjek termasuk akademik.namun Allah permudahkan hambanya yg nak belajar ilmuNya.

Bila time pmr,mulalah terfikir,macam mana nak dapat keputusan yang cemerlang.adakah akan berulang lagi keputusan spt. Upsr.aku cuba nak buktikan kat keluarga dan sepupu,sekolah agama juga mampu berjaya.sejak tu aku mula cuba jaga solat lima waktu,mula bangun tahajud,mula buat solat dhuha dan sentiasa baca al quran.namun tak semudah yg disangka,Allah memberi ujian kesakitan,aku tidak boleh lagi stay di asrama memandangakn sakitku yang serius,terpaksa berulang naik bas 1 jam untuk sekolah,letih,kadang aku tido hanya 3 jam,pergi sekolah pukul 5,kadang2 balik pukul 9 malam.letih!!

Sejak buat solat tahajud,aku berasa senang nak belajar,mudah nak faham,walaupun berulang jauh dari sekolah,namun kekuatan solat tahajud n dhuha menjadi pemangkin semangat untuk aku berjaya.setiap hari menitisa air mata memohon kepada Allah agar diberikan kejayaan,bukan untuk aku,tapi untuk menggembirakn ihsan yg bergelar ibu dan ayah.sungguh solat tahajud membuat aku sungguh dekat kepada Allah,membuat aku semangat yang tak terhingga,alhamdulilah aku berjaya mendapat 7a dlm pmr. Dan 8a dlm spm.aku bersyukur pada Allah,dengan belajar agama,aku dapat belajar erti sabar,erti syukur dan pentingnya memuliakan ibu bapa,sungguh dengan ilmu,bukan untuk kita mengikut hawa nafsu,malah menundukkan hawa nafsu serta taat pada perintah Allah dan rasul.

– wardahdyg

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *