Selalu Kena Tindih

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, terima kasih kepada admin iium confession sekiranya kisah ni disiarkan. Tujuan aku menulis kalini adalah untuk menceritakan pengalaman aku sejak aku masih belasan tahun sehinggalah sekarang (awal 20-an).

Mungkin pengalaman dan kisah2 kena tindih ni agak normal, boleh kata hampir semua orang pernah kena. Yang membezakan pengalaman tu adalah, kekerapan seseorang tu pernah kena tindih. Aku merupakan graduan lepasan universiti di Perak dan lepasan SPM dari sebuah MRSM yang mengambil pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Jadi, sebelum aku masuk MRSM, aku merupakan pelajar sekolah agama dari tingkatan 1 hingga 3.

Pengalaman first aku kena tindih adalah sewaktu aku tingkatan 2. Bila difikirkan balik, memang terlalu banyak pengalaman2 yang agak menyeramkan sewaktu aku masih lagi merupakan pelajar di smka, sbb asrama perempuan especially tingkat aku dulu boleh kata, agak keras.. Sampai tahap study ramai2 pun boleh kena kacau ramai2 lagi. Tapi yang tu aku tolak tepi dulu. InsyaAllah, aku ceritakan untuk entri lain kali. Entri kalini, pasal pengalaman ditindih dulu.

Berbalik kepada cerita tadi, aku tak berapa ingat pengalaman first kena tindih sewaktu di smka. Tapi, aku ada bermimpi seorang lelaki (lembaga tanpa wajah dan gelap) yang menghempap atas aku. Waktu tu aku tidur terlentang, jadi faham2 lah possibility nak kena tindih tu ada.

Setiap kali aku kena tindih, benda pertama yang datang dalam kepala adalah, baca ayat Qursi. Masa tu alhamdulillah ada kawan yang tidur sekali sebelah aku, jadi waktu aku baca ayat qursi tu sampai habis badan aku semakin ringan dan cepat2 aku gerakkan tangan aku pegang kawan aku. Terus hilang rasa berat dan tak boleh bergerak tu..

Waktu tu aku memang takut sangat2 sebab tak biasa kena tindih. Selalu dengar orang cerita je, tapi kalini aku dah merasa macam mana. Bila difikirkan balik, sebenarnya pengalaman pertama aku kena ni sangat2 biasa dari yang aku dah hadapi sampai sekarang ni. Bila aku dah masuk ke MRSM, alhamdullah kisah2 menyeramkan tu dah berkurang..

Bila aku masuk ke universiti, waktu aku foundation, aku mula perasan yang ada benda tak kena dengan aku. Aku sangat2 cepat mengantuk, paling obvious setiap kali aku buka al-quran je, tak sampai satu page aku nak baca aku dah tertidur. Lepastu, aku susah giler nak fokus, asyik mengelamun, fikiran melayang. Lepastu, suka pendam masalah, tak suka nak bergaul dengan orang, selalu sakit2 belakang walaupun tak buat kerja berat, mimpi pelik2 dan banyak lagi la masalah aku masa tu.

Selain dari tu, aku kerap kena tindih.. Sebenarnya, ada beberapa perkara common yang selalu jadi sebelum aku betul2 kena tindih. Aku punya kekerapan kena tindih tu, smpai aku dah tahu tanda2 awal nak kena tindih dengan apa nak buat untuk elakkan kena tindih. Tapi, kadang2 aku terlepas pandang mungkin sebab letih sangat sampai aku terlupa nak baca doa tidur, dan kenalah tindih kalau tak siapkan pendinding awal2.

Aku takkan ceritakan semua kisah, aku pilih beberapa yang aku rasa agak teruk bagi aku je. Benda yang jadi kalau aku nak kena tindih, malam tu aku tak boleh nak tidur sangat atau susah nak lelapkan mata. Lepastu, biasanya akan ada bunyi bising dalam kepala aku (bunyi macam tv rosak kadang2 bunyi orang menjerit dlm kepala) masa aku dah separuh sedar, dan malam tu mesti aku mimpi buruk (mimpi hantu/ mayat/ duk tempat yang kotor, kubur, etc.).

Selain tu, kebiasaannya aku akan rasa sakit masa kena tindih tu (sakit kat bahagian benda tu hempap kita) tapi aku tak boleh explain rasa sakit tu camne. Kalau aku dah sedar rasa macam nak kena tindih je, aku cepat2 tidur mengiring dan baca ayat qursi, 3 qul dn doa tidur sebelum tidur balik.. Tapi kalau tak sedar, so kena la malam tu.

Aku akan cuba ringkaskan sebolehnya kisah aku ni huhuhu. Pngalaman sewaktu aku asasi, seperti biasa aku alami perkara2 yang aku mention td, lepastu yang paling mengerikan, tiba2 aku rasa ada sesuatu yang meniup ke dalam telinga aku. Dalam hati aku, aku dah terbayang benda tu macam memuntahkan sesuatu ke dalam telinga aku.

Lepastu diikuti ada benda yang perlahan-lahan menyentuh belakang tengkuk aku. Aku tak pasti sama ada, tangan atau apa, dia rasa macam ada benda tapi benda tu bukan objek keras. Dlm keadaan kedua belah tangan aku yang letak di belakang kepala, bleh plak benda tu tekan tangan kiri aku kuat giler, smpai aku tak boleh gerak. Aku mmg fikir, eh ni dah melebih ni, sebab tadi macam angin sepoi2 je. Ni main kasar plak.

Dlm keadaan cemas tu, aku cuba tenangkan diri dan baca ayat qursi. Lepastu alhamdulillah bnda tu hilang.. Aku pun sedarkan diri dan baca ayat pendinding sebelum tidur balik. Dalam keadaan banyak benda yang jadi pada aku, aku ceritakan pada mak aku semuanya dan sampaikan hasrat aku nak pergi berubat..

Boleh kata banyak tempat jugak aku pergi berubat, kebanyakannya bantu untuk kurangkan sakit aku ni, tapi tak betul2 sembuh.. Antara cara yang aku dah cuba untuk sembuhkan sakit aku ni, mandi air bidara, mandi air garam campur dengan air batu, makan telur rebus yang ada ditulis sesuatu dan dibacakan ayat quran dan yang lain bagi air penawar yang dibacakan ayat quran.

Lepas beberapa ketika ok, kemudian tak ok balik. Tapi tak seteruk waktu awal2 aku sakit dulu. Cuma banyak bermimpi dan kena tindih. Prnah sekali aku mabit (bermalam) di masjid universiti aku, malam itu aku bermimpi keadaan suasana berada di dalam masjid itu, seolah-olah macam betul sebab situasi dia sebiji macam tempat aku tengah tidur, aku bersama dengan ibu dan kakakku dalam mimpi tersebut. (Cuma, yang sebenar, aku bersama dengan kawan2 aku).

Tiba2, ada sesuatu yang datang dari arah gelap. Aku cuba sedarkan diri dan baca ayat qursi. Aku berjaya sedarkan diri tapi terlelap balik dalam beberapa saat. Lepastu aku kena tindih balik dn benda yang sama berulang. Aku cuba baca doa dan tidur balik tapi masih lagi kena tindih balik..

Aku semakin ketakutan sebab ye la, scary weh.. Perasaan kena tindih tu, lepastu berulang2 kali dan kau tak boleh lepas dari kena tindih tu. Memang aku rasa takut dah nak tidur balik. Kemudian aku kejut kawan aku yang mabit bersama aku, dan dia bagitahu aku untuk pergi ambil wudhuk dan solat dua rakaat. Kemudian ubah tempat tidur, alhamdulillah aku berjaya lepaskan diri dan dapat tidur dengan lena lepastu.

Kemudian aku cuba ikhtiar berubat dengan seorang ustaz ni. Selepas berubat dengan ustaz ni, aku dapat satu mimpi pelik. Aku mimpi keadaan aku yang sedang mengandung dan nak melahirkan. Ada kelibat satu makhluk (berwarna merah dan berapi) berdekatan aku sewaktu aku nak melahirkan. Kemudian aku melahirkan seorang baby yang penuh dengan darah berlumuran, macam janin yang gugur tu.

Aku terus tersedar selepas melihat wajah bayi yang mengerikan tu. Aku tak faham apa maksud mimpi tersebut, tapi aku kira mungkin itu menunjukkan ada sesuatu yang nak keluar dari badan aku. Tapi boleh jadi hanya mainan tidur.. Alhamdulillah, aku beransur pulih dan keadaan aku bertambah baik. Cuma, kadang2 tu masih ada kena tindih kalau aku terlalu letih dan tak tidur proper (wudhuk, baca doa tidur, 3 qul dan ayat qursi).

Setelah beberapa ketika aku sembuh, pernah sekali aku bermimpi buruk (maaf tak dapat explain detail mimpi sebab dah tak ingat dan dah lama), kmudian aku kena tindih. Bila aku dh berjaya sedarkan diri, terus aku bangun berdiri tercegat sebelah katil aku. Kawan aku yang tengah tengok cerita kat laptop terkejut sebab aku bangun mengejut. Aku pun ceritakan yang aku kena tindih semua tu, kemudian aku mintak kebenaran nak beralih tempat tidur (nak tidur kt katil kawan aku dan tidur dengan kawan aku mlm tu). Aku sambung tidur dengan harapan semuanya akan ok.

Aku sempat bermimpi seorang budak kecil tapi tak ingat situasi dia camne. Tiba2, dalam keadaan aku tengah berbaring mengiring dan separa sedar, aku rasa seperti ada sesuatu di hadapan aku. Aku dapat rasakan ada tangan yang datang memelukku dari depan. Dlm hati aku bermonolog, “Eh, amende ni. Alamak..” Kemudian, aku cuba beranikan diri untuk meraba benda tersebut. Aku rasakan seperti badan budak kecil, aku cuba meraba sedikit bahagian atas, aku dapat rasakan kepala dan rambut. “Okay, macam budak kecik je” Kemudian, aku berpura-pura tidak takut dan cuba meraba tangan yang sedang memelukku tersebut.

Tiba2, benda tersebut mencengkam kuat pelukannya. Aku tersentap dan tak boleh bernafas. Badan aku rasa sakit dengan cengkaman yang kuat trsebut, aku cuba untuk membaca ayat qursi, namun mulutku kemas tertutup. Hanya lidah aku yang boleh digerakkan pada waktu itu. Aku membaca ayat qursi dalan hati sambil menggerakan lidahku dengan harapan benda tersebut akan pergi.

Alhamdulillah, perlahan-lahan cengkaman itu terlepas dan aku berjaya sedarkan diri bila sampai pada ayat terakhir ayat qursi tersebut. Hati aku lega.. Kawan aku yang masih belum tidur terkejut dengan keadaan aku yang bangun kembali. Bila aku cerita semua yang terjadi, kawan aku pun menyuruh aku untuk mengambil wudhuk sebelum tidur dan alhamdulillah aku tak kena tindih dah lepastu.

Disebabkan kisah ni, aku balik rumah untuk pergi berubat di darus syifa. Dan alhamdulillah, ustazah yang merawatku memberitahu bahawa takde apa yang merisaukan. Cuma kena banyakkan amal ayat quran sebagai pendinding.. Benda tu dia datang kalau kita tidur dalam keadaan tak proper.

Alhamdulillah aku dah jarang kena tindih sekarang tapi masih ada cuma tak sekerap dulu la. Latest aku kena tindih, minggu lepas dan bulan lepas lagi satu. Kadang2 aku pelik dalam keadaan mengiring pun, aku masih boleh diganggu oleh makhluk tersebut yang datang dari arah belakang. Memang seriau la setiap kali kena tindih tu.

Sekarang, aku dah tahu apa nak buat kalau kena tindih dan kadang2 even sebelum kena tindih aku dah boleh rasa kalau nak kena tindih dah boleh amek precaution awal sebelum kena tindih tu.. Sebenarnya, aku nak ceritakan kisah last aku kena tindih, which is berlaku pada minggu lepas waktu aku pergi bercuti ke tempat kakak aku kat cyberjaya. Tapi aku rasa dah panjang aku taip ni, hahaha. Kesian korang nak baca habis cerita aku ni.

Pesan aku, sebelum kita tidur even letih macam mana pun, make sure baca doa tidur tu.. Lagi elok, ambil wudhuk sekali dan tambah 3 qul dengan ayat qursi. InsyaAllah, Allah lindungi kita dari gangguan2 makhluk halus ni.. Wallahualam.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sekarang pkul 1:18 am , hari sabtu .. aku baru je tersedar dari tidur tkde sbb lain sbb kene tindih .. pengalaman yang owner ni ceritakan lebih kurang mcm aku kene selama ni , selalu kene tindih berulang kali dan sekarang pun bnda tu datang balik , aku prnh kerja kat bndr jauh dri kg , bila aku tidur even penat kerja sekalipun tkprnh bila tidur “kene tindih” . Yes memang bnda ni org anggap biasa ttpi apa yang kita rasakan tu lain-lain , aku dh bnyk kali kene dan kadang ii rasa takut nak tidur even dh bca ayat kursi apa semua , harini sabtu aku kene tindih lagi , kalini tklain dri yg sbelum ni , Tanda ii awal nak terjadi masa tidur tu pun aku dah boleh tahu , first dia rasa macam ada angin kencang datang kat badan lepastu seakan ii ada dua tangan kanan kiri peluk tubuh aku dari atas 😭 pastu dia mcam sentuh ii tubuh aku .. macam dibelai ii aku tkthu ape bnda wehhh scary sngtt , lepastu dlm keadaan aku kene tindih tu aku sempat bukak mata dua tiga kali sbb nk tngok ape bnda , aku hanya nampak wajah hitam dan dngr suara jeritan yang hodoh yang menakutkan (suara perempuan ) memang setiap kali kene tindih mesti dngr suara mcmtu cuma berlainan , sbb hritu ada dngr suara budak , suara orang tua ( nenek ) tp suara jeritan tu memang menyeramkan , smpai rsa nk menangis 🥲 bnda ni jadi start waktu pkp , msatu aku ting 3 , terjadi rmh kakak aku kat Kota Bharu , kat situ terjadi sekali kene tindih , Masatu memang cuak gila sebab first time , aku bgitahu kat kakak aku apa yg jadi tp respon kakak aku cuma “tu mainan tidur je” ok aku husnuzon bnda tu biasa , tp makin lama dia kerap terjadi , aku pun rasa taksedap hati lah pelikk kann !!! Kenapa berulang kali benda sama lagi ii time period memang teruk kene 🥲 Nakpergi berubat cuma takut orang takpercaya sebab benda ni hanya terjadi masa tidur , dan orang tertentu sahaja boleh tahu rasa dia macam mana , bagi aku sekarang takde la sampai trauma naktidur cuma alert bila naktidur terfikir je bnda tu. Yang pernah wujud dalam gambaran aku kene tindih , budak-budak even baby pun ada , orang tua , perempuan , lelaki ( aku tkthu lah muda ke tua ). Aku taktahu lah ni petunjuk ke atau jin yang memang suka ganggu manusia. Sedikit perkongsian dari aku , terima kasih kalau sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *