selamat hari ayah, ayah

Assalamualaikum. Lately aku banyak baca confession pasal family. Dan disini aku nak cerita tentang family aku. Aku punya 3 beradik dan aku yg kedua. Ada seorang mama dan ayah. Aku rapat dgn ayah. While abg and adik aku rapat dgn mama. To be honest everything aku nak, mesti ayah bg even pada awal dia akan persoal banyak gila. We're happy family. Sampai la satu masa, kami sekeluarga di kejut kan dgn berita ayah menghidap kanser usus tahap 2. Ayah yg dari berbadan tembam jadi kurus. Chemotherapy tu ibarat makanan ayah. Kata doktor nak mati kan sel kanser kena buat chemo. Saban hari dapat tengok rambut ayah yg dulu tebal akhirnya kian menipis. Ya Allah sakitnya dalam hati ini. Even masa tu aku baru berusia 8 tahun tp aku yg nampak dewasa seakan faham apa yg terjadi. Ayah banyak mengadu dekat aku cakap sakit lepas proses chemo. Ayah muntah, allahu. Raya first aku x rasa mcm raya sebab ayah dihospital dan dijaga oleh mama. Aku, abg dan adik, kami duduk dgn mak saudara. Raya x meriah. Aku duduk disatu sudut perhati saat sepupuku bersalaman dgn kedua org tuanya. Tanpa sedar aku menangis. Sekelip mata hidup aku berubah. Sedangkan raya sebelumnya aku dpt cium tangan kedua org tuaku dan bergembira tp bukan raya kali itu. 2 bulan selepas itu, doktor sampaikan berita gembira pada kami semua. Kanser ayah sudah boleh dibuang melalui operate kerana sudah mengecut. Doktor minta ayah berpuasa bg memudahkan operate. Tp takdir allah itu xdpt dijangka. Tiba-ii hari yg sepatut nya ayah dijadual kan menjalani operation, tekanan darah ayah turun mendadak. Berpek pain darah masukkan dlm badan ayah. Dan operatedi tangguhkan sampai tekann darah ayah normal. Menunggu dan menunggu, keadaan ayah tetap sama. Makin lama ayah makin lemah, akhirnya ayah koma. Ayah dipindah masuk icu. Sehari sebelum raya haji tahun 2003 aku, abg dan adik dibawa oleh ayah saudara kami melawat ayah di hospital. Mama setia disamping ayah. Oleh kerana icu xdapat masuk ramai, aku pilih untuk masuk berseorangan. Aku lihat ayah terbaring terbujur kaku dgn wayar berselirat dibadan dan bantuan alat pernafasan. Perlahan aku hampiri ayah'ayah, kakak datang, ayah kuat kan. Ayah lawan boleh? Ayah xnak tengok ke kakak dan abg dan adik dan mama? Ayah xrindu kami ke ayah? Ayah esok raya haji, ayah xnak sambut dgn kami? ' aku cium pipi ayah sambil usap tangan ayah. Dan aku sedari, air mata ayah tiba mengalir. Petang tu aku 3 beradik dan ayah saudara ku tinggalkan mama dan ayah dihospital. Malam itu sewaktu tidur, aku bermimpi. Tp aneh mimpi itu seolah realiti. Ayah dtg kepadaku. Banyak aku cerita pada ayah. Perihal disekolah, perihal itu ini. Kami bergelak ketawa. Tiba-tiba ayah mengusap kepala ku, kata ayah'jagakan bidadari ayah iaitu mama dgn sebaiknya, bahagiakan syurga mu itu wahai anak kerana dia seorang yg tabah. Jagakan abg dan adik. Jadi si solehah buat ayah dan mama. Ayah perlu pergi'. Perlahan ayah hilang dari pandangan. Dan aku tersedar. Rupanya sudah subuh raya aidiladha. Usai solat raya, ayah saudara memanggil aku dan abg beserta adik. Dgn seberat nafas, ayah saudara memberitahu kami bahawa ayah telah pergi meninggal kan kami semua. Air mata keluar. Aku berlari kedalam bilik. Aku panggil ayah. Air mata kian laju. Jenazah ayah sampai. Masih aku menidakkan sekujur tubuh itu adalah ayah. Berulang kali aku beritahu mama yg ayah masih hidup. Aku yg paling terkesan. Kerana aku yg paling terapat dgn ayah. Semadilah ayah dgn tenang. Kini sudah hampir 13 tahun sejak hari itu, aku sudah dewasa. Dan aku sekarang penuntut universiti. Dan insyAllah akan grad. Bakal menjadi neurologist. Buat ayah, selamat hari ayah, ayah. 13 tahun xpernah kakak missed untuk doakan ayah. Ayah, jangn risau, bidadari ayah (mama) akan kakak dan abg serta adik jaga sebaiknya. Oh lupa ayah, abg dah grad dalam bidang civil engineering, kakak bakal menjadi neurologist, dan adik sekarang sedang membuat asasi law. Semua kerana bidadari ayah yg mendidik kami. She is super mom. Terima kasih ayah untuk segala kenangan. Al-fatihah buat mu insan bernama ayah.-kakak-

– cik bulan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *