selami jiwa rawat rohani – 5:49 PM

selami jiwa rawat rohani – https://iiumc.com/forumv2/

Assalamualaikum.. hai .. saya ms. S.. org sabah bah. Tujuan sia mengconfess d sini cuma mahu kasi aware lah sama semua kawan saya yg dari semenanjung tu. Bukan aware sampai suruh taubat apa segalanya tuh. Sia cuma rasa sedih bah bila ada kawan semenajung ni sukak menguluk/mengata kami yg dari sabah ni. Kunun nya kami ni pakai bahasa indon. Bah sebenarnya bahasa kami ni tulen sabah . Tiada mix indon apa semua . Ada la juga lah sikit2 haha. Sampai ada yg bilang kami ni org indon.Walaupun kami ni major org bugis,kadazan, sungei, bajau.. tapi kami tahu jgk respect kamu punya bhs tu kan. Bunyi keyel. Kalau kami kasi dangar kamu bunyi nya, kamu akan ingat tu sampai mati.

Besides,kami ni selalu di bilang kampungan oleh kamu semua. Majority bilang kami kalau pgi sekulah, naik bot, sampan.. perjalanan dari rumah ke sekolah kunun dlm 3jam. Adduina.. memang ada jgak yg begitu hidup durang tapi bukan semua ya.. sia pgi sikulah naik kereta sport bah.. hehe itu ndak bettul, tambirang ja.. haha.. kalau ada pun yg meredah hutan just mahu pegi skulah ,bilangan nya ndak ramai.. bukan semua..

Okay ni last lah.. sia heran knp sabah ni jadi negeri termiskin di malaysia. Dulu kelantan miskin. Skrg sabah yg ganti. Sbb apa sia heran. Sabah ni,kalau kamu sampai d cni, dari awal perjalanan kamu dari daerah kedaerah akan nampak sawit. Sawit kami yg paling besar di malaysia. Sabah ni terlalu besar. Diliputi dgn sawit yg terlalu tebal ni yg boleh menjana pendapatn negara. Mcm mna boleh jadi miskin.kami di sabah jgk banyak tempat pelancongan. Bkn setakat di gunung kinabalu. Sebut ja mau pi mana. Pi laut? Perghh.. laut d cni mcm di maldives. Ndak payah la kamu pi maldives. Buang duit jak bagus pi cni. Jimat kan. Ikan d sini murah2. Ndak jgk sampai bankrupt kalao p sabah ni sbb ikan d sini paling rm2 sekilo. Sebut ja lah kamu mahu ikan apa. Ikan tulai ,basung,selar kuning ,todak kecil.. harganya rm2 jak sekilo..ikan dingkis besar ka kecik ka rm5-6 sekilo. Ikan merah rm10 seekor yg saiz besar.. boleh sudah makan ramai2 famili sepuluh org dgn bajet rm10 tuh. Ketam d sini rm10 sekilo. Isi ketam nya padat dan gemuk. Memang puas makan. Udang pun murah . Lobster mungkin murah sikit kot dari negeri lain. Sotong? Murah bah.. tiada jgk makanan yg mahal di sini. Kalau kamu mahu makam yg mahal2 , ada jgak di sini.. di KFC,PIZZA HUT,MC D..harganya sama jak ngan semenanjung. K lah macam lari tajuk sudah. Bah apa2 pun ambil lesson lah ya dari explanation sia d atas ni. Okay terima ksh. Dan mohon maaf kalau ada terkasar bahasa.

– boleh bah kalau kau

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *