aku ada 4 org kawan baik. kami satu geng yg dh berkawan dr tadika sampai skrg dah 24. pergi memana semua bersama. tapi dlm kami berempat, aku je yg berat sikit soal hubungan. sbb aku ni cita2 tinggi. selalu kena oustation. tak boleh bagi 100% komitmen dlm hubungan. aku nak senangkn family aku dulu. ada asset sendiri. kawan aku, dua dah kawen, dua dah bertunang. tapi aku selfish. aku selalu harapkn 3 orang ni putus or cerai. sorang lagi ni takpe. puncanya lepas kawan aku yg first kahwin ni. baru 2 taun. takde anak lagi. husband dia selalu pukul dia. dia tak cerita. aku boleh tau. dtg jumpa aku dengan muka lebam. tutup dgn foundation tebal. sampai laa baru2 ni aku keluar dgn dia, aku nampak lebam teruk kat lengan dia. aku paksa2 baru dia bgtau, husband dia pukul sbb lambat siapkn makanan. dia ni tak kerja. harap suami je. kawan kedua yg dah kawin tu. baru2 ni aku outstation . aku nampak husband dia dengan perempuan lain. aku tegur perempuan tu masa dlm toilet. aku ckp muka lelaki tu mcm kawan sekolah aku. perempuan tu kata itu suami dia. baru nikah minggu lepas. nama sama dgn husband kawan aku. padahal kawan aku tu baru nikah 4 bulan dh percaya 100% kat husband dia. kawan aku yg bertunang tu, tunang dia dok mengora aku. hari2 hantar bunga kat ofis. siap cakap sanggup putus dgn tunang dia sbb nakkan aku. yg sorang lagi aku tak kisah sgt setakat ni. sbb aku nampak laki tu ikhlas dengan dia. tapi taktau la kekal atau tak ikhlas tu. aku ni selfish ke sbb doakn kawan2 aku tu putus n cerai? sbb aku rasa they deserve better laa. aku sayangkan kawan2 aku. sebab diorg sentiasa ada waktu aku susah dan senang. aku takut bila aku ambil tindakan dengan bgitau diorg, persahabatan kami musnah.
– gegelss
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Better sis simpan dlm hati sendiri2 je.. kadang2 x semua boleh terima nasihat yg kita bg.. saya harap sis berdoa kat Allah supaya mudahkan kehidupan kawan2 sis..
kalau sayangkan persahabatan sanggup ke kita biarkan kawan kita kene pukul dengan suami? sanggup ke kita biarkan kawan kita dimadukan tanpa pengetahuan sendiri? dan jika suatu hari mereka sedar kebenarannya dan kawan baik sendiri rahsiakan kebenaran tu, adakah kita berasa tidak bersalah semata-mata mahu kekalkan persahabatan biarpun hati kawan kita terluka. fikirkan la. kita yg ada anak pun kalu sayangkan anak kita tangan-tangankan.. xkn nk biar ank kita melakukn perbuatan yang salah semata2 dia anak kita..sbb sayang punya pasal.. just my 2cent
Yg bg bunga hari2 tu sila gtau kwn
Nak habaq salah tak habaq pun salah. habaq kata dengki, tak habaq kata penting diri. haisy, moga Allah bagi petunjuk kat kawan-kawan sis tu..