Semangat Buat Abang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/semangat-buat-abang/).

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau admin siarkan lagi satu confession aku. 3 minggu lepas aku ada hantar 1 confession tentang abang aku. Kali ni aku nak sambung pulak apa yang jadi selepas confession yang pertama.

Dua hari selepas confession aku di siarkan, abang balik ke selangor dengan berbekalkan duit yang di dermakan kepada abang. Total semua dapat lah dalam rm4,000. Maka dengan duit itu, abang bayarkan bill tertunggak serta sewa rumah untuk bulan 7.

Dia balik selangor kerana selepas di viralkan tentang penyakitnya, salah seorang doktor pakar di hospital shah alam menghubungi abang, serta menawarkan bantuan untuk memudahkan urusan CT scan serta Biopsi.

Alhamdulillah, Allah pertemukan abang dengan seorang doktor yang sangat humble serta sangat memudahkan segala urusan abang. Juga selepas di viral, 3 lagi hospital tampil untuk mengambil kes abang.

Pertemuan pertama dengan doktor Nury, hanya di kedai mamak. Sempoi, dan sangat santai. Alhamdulillah, doktor terus memberikan tarikh bilakah abang perlu pergi membuat pendaftaran ke hospital serta menjalankan rawatan.

Sakit abang tetap juga on off. Tapi, semangat dan doa yang mengiringi abang menyebabkan abang bersemangat. Walaupun aku tahu jauh di sudut hati, abang risau untuk menghadapi kemungkinan-kemingkinan yang akan di laluinya.

24 haribulan lepas, abang dah menjalani CT Scan. Yang mana amat mendebarkan. Oleh kerana abang ada alahan kepada ketam, serta asma, maka doktor menerangkan bahawa abang di katogorikan sebagai pesakit ‘high risk’.

Yang mana jika ubat pewarna yang di suntik masuk kedalam badan, kemungkinan abang untuk pengsan, atau meninggal amatlah tinggi. Kami yang mengiringi abang pagi itu bertambah-tambah risau. Berdoa sebanyak-banyaknya supaya abang selamat menjalani CT Scan.

Keadaan bertambah cemas, apabila pesakit sebelum abang, meninggal semasa proses CT Scan. Abang dah cuak melihat staff-staff di sana berlari-larian untuk menyelamatkan nyawa aunty cina yang berada di dalam bilik CT Scan. Segala terms yang pernah aku dengari semasa melihat drama-drama berkaitan perubatan dapat di dengari. Kejadian live yang berlaku amat pantas, tapi juga amat mendebarkan.

Alhamdulillah. Abang selamat menjalani CT Scan. Cuma selepas keluar dari bilik CT Scan, abang menggigil satu badan menahankan rasa sakit juga sejuk, mungkin kesan ubat yang di gunakan. Bergegar kerusi yang abang duduk. Ayah dan ibu cepat-cepat mengurut belakang badan juga kaki abang.

Aku kalut menjauhkan anak kecil aku dari ayah ngah nya, kerana rasa ingin tahu si kecil aku membuatkan aku tidak dapat membantu. Abang kuat. Bila dia rasa sudah mula kurang menggeletar, terus dia bangan dan berjalan. Kami mengikut langkah abang dengan berjaga-jaga. Risau jika dia pengsan atau apa-apa yang lainnya.

Sesudah makan, doktor nury mengarahkan abang untuk jumpa pakar bius dahulu barulah bertemu dengannya untuk mengetahui keputusan CT Scan tadi. Ya, alhamdulillah keputusan CT Scan abang dapat pada hari itu juga. Atas permintaan doktor nury. Terima kasih doktor kerana memudahkan urusan abang.

Selesai berjumpa doktor nury, ayah menceritakan tentang keadaan abang. Ketumbuhan di leher abang adalah di sebabkan oleh kelenjar air liur yang membengkak. Alhamdulillah bukan seperti kanser. Yang kelihatan hanyalah air yang memenuhi kelenjar. Cuma urat-urat di bahagian ketumbuhan itu sudah sempit di himpit oleh ketumbuhan itu. Salur darah yang besar sudah mula sempit.

Dan di sebabkan itu abang kerap sakit kepala. Maka doktor nury memberi tarikh untuk biopsi yang akan di buat pada 1 haribulan ogos ini. Cuma penyakit abang, adalah kes pertama di Malaysia, yang mana penyakit ini pertama kali di temui oleh doktor untuk pesakit bawah 55 tahun.

Kata doktor nury, penyakit seperti ini selalunya akan terjadi kepada pesakit yang hanya berumur atas 55 tahun. Sedangkan abang baru berumur 40tahun. Maka dengan itu, dua lagi hospital menunggu untuk mengambil kes abang, jika abang mahu rawatan di tempat mereka. Tapi abang tetap memilih hospital yang sama.

Lebih kurang satu hari sebelum abang perlu serah diri di hospital. Keadaan kesihatan abang kurang baik. Mungkin abang strees. Batuk, kahak serta demam sedikit membuatkan kami mula risau.

Doktor sudah memberitahu kemungkinan pembedahan akan di batalkan jika keadaan kesihatan abang tidak elok. Aku dan ibu ayah juga mula risau. Tidak tahu bagaimana untuk mengurangkan sakit yang abang alami saat ini. Semoga esok kesihatan abang semakin pulih. Juga pembedahan dapat di lakukan.

Bukan aku atau keluarga mendesak. Cuma, kami tahu, dengan semua kos perubatan abang masih tidak cukup. Abang strees kerana perbelanjaan keluarganya sudah mula menyusut. Aku juga buntu. Di manakah aku mahu cari wang untuk membantu abang. Sekurang-kurangnya aku tahu. Abang pasti memikirkan duit rumah sewa bulan akan datang serta kos ulang alik ke hospital.

Sejujurnya, jika pembedahan ini di tunda, kos semakin bertambah. Dan ini yang merungsingkan abang. Aku nak dahulukan duit aku pun, aku baru sahaja memulakan kerja minggu hadapan. Manakan mungkin aku punya duit yang cukup.

Allah, bagaimanakah? Kau tunjukkanlah jalan untuk kami tempuhi semua ini ya Allah. Aku tak tahu dekat mana lagi yang boleh aku luahkan. Maka di sebabkan itu aku menulis lagi.

Aku minta, semoga ada laluan rezeki untuk abang. Jika aku bersalah kerana meluahkan semua ini di sini, maafkanlah aku. Aku tidak berniat menyusahkan sesiapa.

Dan jika ada insan-insan yang baik hati ingin membantu, tidak kira dalam bentuk apa sekali pun, aku dahulukan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Hanya Allah yang akan membalas kebaikan kalian semua, walaupun hanya dengan doa. Itu sudah cukup mahal harganya bagi aku. Tak dapat aku nak nilaikan dengan wang ringgit yang aku tidak miliki.

Aku berdoa semoga semua urusan abang di permudah. Semoga abang sihat seperti sedia kala. Aku dan keluarga akan terus menyokong serta memberi semangat untuk abang. Semoga abang terus kuat untuk melalui ujian ini. Amin.

– SFMN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *