(Disclaimer : siapa yang lemah semangat, tolong jangan baca)
Salam semua. Nama aku Hidayah. Sedikit latar belakang, umur aku 35 dan single. Introvert. Diumur begini, rutin aku ialah pergi balik kerja, kemas rumah, jaga mak ayah.
Disebabkan kawan-kawan and adik beradik aku semua dah kahwin, aku ada banyak masa terluang. Jadi, hobi orang macam aku adalah membaca.
Bicara soal Palestine, aku terus terang, aku bukanlah expert. Aku cuma tahu fakta-fakta yang obvious. Sejak 7 Oktober 2023, kita semua tahu apa jadi. Kekejaman terhadap rakyat Palestine berganda-ganda.
Tapi ramai juga tahu yang semua ni bukanlah bermula pada 7 Oktober, ia telah berlarutan sejak rakyat Yang Terlaknat tu datang sebagai pendatang selepas Holocaust.
Jenayah kemanusiaan ini bukan hanya dilakukan oleh Negara Terlaknat tu, tapi juga dibantu dan disokong oleh kuasa-kuasa besar seperti US, UK, Germany.
Ada juga negara-negara yang menulikan telinga dan membutakan mata. Cowards. Negara-negara arab? Tak boleh harap.
Even UN is a joke – berapa kali vote untuk ceasefire dekat UN tapi US vetoed?? Nonsense betul. ICJ? Regardless apa pun verdict ICJ, Negara Terlaknat tu takkan abide.
Jahatnya US ni, sentiasa back up Negara Terlaknat tu. Negara Terlaknat tu kuat sebab ada US belakang dia. Dari dulu US sponsor senjata, bom, tank, Iron Dome, nuklear. Kononnya Negara Terlaknat “has the right to defend itself”.
Tapi dengar cerita sebab US nak access to minyak dan kekayaan yang ada pada tanah Palestine.
Pasal Britain pulak, Britain la punca penderitaan Palestine. Britain pergi bagi Palestine pada Jews. Start dari “Balfour Declaration” terjadilah “Nakba”. Since that, Palestine sentiasa ditindas.
Perang 1987-1993, 2000-2005, 2006, 2007, 2008-2009, 2012, 2014, 2021 dan 2023 sampai lah sekarang. Soalan aku, siapa Britain nak bagi tanah orang lain, aku ulang – TANAH ORANG LAIN pada Jews? Dasar colonizer.
Even sebelum 7 Oktober, rakyat Palestine sentiasa dipijak dan dihina. Negara Terlaknat ni control semuanya. Semuanya. Elektrik, air, internet, segala apa yang masuk to Gaza, even air hujan pun Si Laknat ni halang rakyat Palestine kumpul tau!
Mereka sekat macam-macam, even basic needs. Bukan Gaza sahaja, rakyat Palestine yang tinggal di West Bank dan tempat lain pun sentiasa ditekan, ditindas dan dilayan macam binatang.
Ini belum cerita tentang kerosakan dan rampasan haram pada harta benda, rumah dan tanah milik rakyat Palestine. Pokok Zaitun ditebang, rumah dirampas, tanah dicuri.
Kalau tengok peta Palestine dari tahun 1946 sampai lah sekarang, memang sakit hati! Disebabkan semua ni, ekonomi Palestine pun terbantut, Israel tak bagi Palestine untung, maju dan kaya.
Si Laknat ni juga mengenakan sistem Aparthied terhadap rakyat Palestine di mana rakyat Palestine tak bebas ke mana-mana. Dilayan macam penjenayah.
Dimana-mana dipenuhi dinding-dinding tinggi, pintu-pintu sekatan, dawai berduri dan CCTV untuk sekat dan kawal rakyat Palestine. Rumah mereka selalu diceroboh sesuka hati dan orang-orang mereka selalu dipukul, diculik, dihalau tanpa sebab.
Kadang-kadang semua jenayah ni dilakukan untuk menghiburkan hati Tentera Terlaknat. Tahu tak Yang Terlaknat adalah satu-satunya negara yang memenjarakan kanak-kanak?
Kebanyakan rakyat Palestine yang dipenjarakan adalah tanpa melalui sistem undang-undang yang sah dan adil. Kebanyakan mereka tiba-tiba terus convicted, tak tahu dituduh bersalah atas jenayah apa.
Hamas bukan terrorist. Hamas adalah resistance fighter. Apa yang susah sangat dunia nak faham?
Ada banyak buku-buku fiction dan non fiction tentang Palestine and their struggle. Antaranya “Against the Loveless World”, “Mornings in Jenin”, “Minor Detail”, “I saw Ramallah” dan banyak lagi.
Dokumentari-dokumentari dan filem-filem tentang Palestine yang menyayat hati pula antaranya “Palestine 101”, “Gaza Fights For Freedom”, “5 Broken Cameras”, “Little Palestine”, “Born in Gaza” dan ada macam-macam lagi.
Ada juga beberapa legends, actors, activists dan politicians yang lantang dan sangat berpengetahuan seperti George Galloway, Norman Finkelstein, Clare Daly, Lula da Silva, Mark Ruffalo, Gigi Hadid dan lain-lain
Sejak 7 Oktober, nothing feels the same. Aku lihat budak perempuan yang meninggal dunia selepas rumahnya dibom dan tubuhnya tergantung, kakinya hancur. Nama budak tu Sidra Hassouna.
Aku lihat atuk yang meratapi kematian cucu perempuan beliau yang comel, Soul of My Soul. Nama anak kecil tu Reem.
Aku lihat kanak-kanak meninggal dunia kerana kelaparan, Yazal Al Kafarnah, Maryam. Aku baca seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap didalam kereta selama 12 hari, ahli keluarga beliau yang lain telah dibunuh selepas kereta mereka dikepung oleh tank tentera Terlaknat.
Apabila bantuan dari Red Crescent akhirnya tiba, team bantuan dan dia telah dibom. Nama kanak-kanak perempuan itu ialah Hind Rajab.
Aku lihat bayi-bayi yang ditempatkan di ICU mereput dan berulat kerana semua staff hospital dipaksa meninggalkan hospital oleh tentera Terlaknat. Aku lihat lelaki-lelaki Palestine yang diculik, pakaian mereka ditanggalkan, tangan kaki diikat, mata ditutup.
Aku lihat seorang lelaki yang matanya ditutup dan disuruh berlari oleh tentera Terlaknat, kemudian dia ditembak dari belakang. Aku lihat seorang remaja lelaki tubuhnya penyek, dilenyek oleh bulldozer tentera Terlaknat ketika beliau masih lagi hidup.
Yang still intact cumalah pergelangan tangan beliau yang kelihatan telah di zip tie. Rakyat Terlaknat telah menularkan gambar tersebut, mengejek dan berseloroh dengan membandingkan dengan gambar pancake.
Aku juga lihat sekumpulan pemuda yang berjalan tanpa senjata, mereka dibomb oleh drone dari atas. Seorang selamat dan cuba berjalan, kemudian dia juga dibomb. Aku lihat ada 5 orang sekumpulan lelaki dan wanita yang berjalan mengiring cart yang dibawa oleh seekor kuda.
Setelah mereka dibomb oleh drone, tentera Terlaknat komen “too bad for the horse”. Aku baca kisah yang diceritakan oleh survivor tahanan Hospital Al-Shifa dimana seorang wanita mengandung dipukul dan dirogol oleh tentera Terlaknat,
Suami dan ahli keluarga beliau dipaksa lihat jenayah tersebut dan diugut bunuh jika mereka tutup mata. Wanita syurga itu kemudiannya meninggal dunia.
Carpet bombing dan rutin penghalauan mereka adalah sesuatu yang telah menjadi normal. Ada yang telah dilenyek hidup-hidup oleh bulldozer di luar hospital dan di displacement camp.
Aku juga lihat mereka masak makanan haiwan kerana kebuluran. Kenapa boleh kebuluran? Sebab tentera Terlaknat sekat lori-lori yang membawa bekalan bantuan. Aku lihat pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine oleh tentera Terlaknat ketika mereka berebut mendapatkan bantuan makanan.
Bukankah ini penghinaan? Dipaksa kebuluran, kemudian diumpan dengan bantuan makanan supaya akhirnya mereka boleh ditembak seperti binantang?
Aku lihat ramai yang cedera dan meninggal dunia ketika cuba mendapatkan bantuan yang di airdrop. Aku lihat kanak-kanak kutip makanan dijalanan dan pemuda-pemuda Palestine mengutip tepung yang berterabur diatas tanah.
Selain apa yang aku catatkan disini, ada banyak lagi kejadian ketidakadilan yang dilakukan terhadap rakyat Palestine. Dan semua jenayah-jenayah ini disokong oleh bukti yang kukuh.
Seluruh dunia (mostly) menentang penindasan terhadap rakyat Palestine ni tapi tiada satu negara pun yang dapat menghentikan kegilaan Negara Terlaknat tu. Baik Western mahupun Arab countries. Kenapa?
Kenapa selepas semua jenayah yang jelas terbukti, penghinaan, penyeksaan, pembunuhan dan pembantaian Yang Terlaknat lakukan terhadap rakyat Palestine, mereka masih bebas tanpa dikenakan apa-apa hukuman? Walks free unscratched.
Dimanakah relevannya UN dan ICJ? Kenapa, kenapa pada tahun 2024 kita masih lagi membenarkan semua ini terjadi kepada manusia?
Walaupun pengetahuan aku tentang isu Palestine dan Yang Terlaknat ni adalah pada surface level je dan bukan in depth, kekejaman ini cukup mengganggu jiwa. Semakin hari hati aku diseliputi rasa marah, melebihi rasa sedih. Kadang-kadang rasa marah sangat sampai menangis.
Betapa aku marah dengan penghinaan, kekejaman dan ketidakadilan yang diperlakukan kepada rakyat Palestine. Kadang-kadang selalu terfikir-fikir dan terbawa-bawa sampai rasa susah nak function.
Selain menderma, mendoakan, baca Qunut Nazilah, menyebarkan, apa lagi yang kita boleh buat? Tak pernah aku mendoakan azab kepada sesiapa, kecuali supaya ditimpakan azab hukuman yang berat kepada Yang Terlaknat tu.
Tapi aku ada baca satu ayat dari Surah Maryam dimana Allah berfirman : “Maka janganlah engkau (Muhammad) tergesa-gesa (memintakan azab) terhadap mereka, kerana Kami menghitung dengan hitungan teliti (datangnya hari siksaan) untuk mereka.” – 19:84
Aku nak minta bantuan sesiapa yang sudi, tolong cadangkan dan nasihatkan apa yang aku boleh lakukan untuk calm down rasa marah dan sedih yang berpanjangan ni? Supaya hati aku tenang ditengah kemelut genocide yang sedang berlaku ni. Apa cara yang sihat untuk kawal perasaan ini?
Korang juga boleh tolong betulkan kalau ada apa-apa fakta dan cerita yang salah dari aku. Marilah juga sama-sama berkongsi ilmu tentang Palestine yang korang tahu. Korang juga boleh komen dan kongsi apa moment dan kejadian yang buat korang rasa paling terkesan?
Akhir sekali, geng-geng bujang terlajak yang sunyi tanpa sahabat macam aku, maybe kita boleh create group? Berkongsi pengalaman dan ilmu jom.
– Hidayah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ada juga orang lain berfikir isu palestine seperti saya.respect