Semester 5 yg menakutkan

nho Bila aku baca cerita cerita di sini, aku jadi nak tau cerita selanjutnya dan aku tau orang yang macam ni memang wujud di alam realiti.Nak dijadikan cerita semasa semester 5 aku ditakdirkan berjodoh dapat roomate yang memang comel dan ramah orangnya.Hari pertama masuk bilik, dia ajar cara-cara pakai shawl dan dia memang baik dan tak lokek berkongsi ilmu pasal kecantikan dan mekap memang rasa ngam la dapat roomate macam ni.Sesuai dengan jiwa aku.Cuma dia muda la daripada aku.Hari-hariku berlalu begitu saja so far takda masalah lagi lega dia ni prefectionist nampak pembersih tempat dia pun kemas. Dia pernah cerita dia takda kawan even satu kelas pun dia tak boleh rapat, dia cakap ke mana-mana pun dia akan berseorangan. Setiap malam kami akan bercerita dan melawak sehinggalah dia bercerita pasal dia sudah punya teman lelaki.Bab-bab sembang pasal lelaki memang aku suka sangat dengar dari tu aku boleh tau taste roomate aku ni suka lelaki yang jenis macam mana.Hari berganti hari tiap malam roomate aku akan bergayut telefon, aku ni jenis tak kisah perati sudah la.Sampai la pada suatu hari depa dah start bergaduh tengking-tengking dalam telefon.Untuk pengetahuan hangpa, roomate aku ni jenis suka loud speaker so segala perbualan memang aku akan dengar la.Dia letak telefon dan menangis teresak-esak.Macam tu la setiap hari.Aku malas nak tanya sebab dah tau dah masalah depa ni.Ada satu malam tu, aku keluar buat assignment dekat surau dengan group members.Balik saja bilik, aku tengok roomate aku menangis dan tunjuk lengan dia yang dia toreh tapi taklah teruk sangat.Kecut memang kecut tak sangka dia segila ini takkan sebab laki pun dia boleh bertindak macam ni.Heran aku dibuatnya.Dia lawa kan boleh cari lain.Bisik aku di dalam hati.Aku sempat kata kat dia sebab laki ja kan.Dia terus menangis dan aku macam malas dah nak layan apa lagi nak pujuk sebab benda tu terjadi atas kebodohan sendiri.Sebab tu orang tua-tua pesan tak elok menangis di waktu malam badan lemah mudah benda menumpang.Paling scary aku pernah terjaga pukul 3 pagi nak tengok henset terpandang roomate aku duduk keras dan menjegilkan mata tengok ke arah aku.Seram rasa masa tu tapi aku beranikan diri dan terus tidur buat taktau saja.Perubahan demi perubahan pada diri dia, dari seorang yang pembersih terus jadi macam orang yang tak peduli.Makan mangkuk tak reti basuh sampai biaq dua tiga empat hari berkulat pun dia tak peduli.Daripada periang jadi pendiam.Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku.Pesan aku kepada sesiapa yang sedang melalui situasi macam ni, jangan takut, hadap saja.Kepada orang-orang yang suka emosional sebab lelaki, bertaubatlah anda menakutkan orang di sekeliling sebelum nak kena masuk tanjung rambutan baik berubah dari sekarang.

– nho

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *