Semoga Ada Keajaiban Di Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini

Aku merupakan anak kedua daripada 4 beradik. Dan aku ialah anak yang paling manja dalam family.
Sebab aku jenis seorang yang sangat sensitif dan mudah menangis. Even kalau orang lain cakap kasar dengan aku pun, dah berderai air mata. Tapi dari kecil, aku diajar oleh parents aku untuk berdikari. Waktu aku form 4 & form 5, parents aku telah berpindah rumah atas sebab urursan kerja. Sejak dari sekolah menengah lagi, aku dan kakak aku tinggal di sebuah rumah sewa dan kami tidak menetap di asrama. Dari situ, aku belajar untuk berdikari, semua buat sendiri. Masak, basuh baju dan lain-lain. Baru aku tahu betapa penat dan susahnya berdikari diri sendiri. Baru aku tahu bagaimana pengorbanan ibu bapa aku untuk membesarkan anak-anaknya.

Semalam merupakan hari bapa tapi ayah aku sedang sakit dan berada di salah sebuah Hospital di utara. Tetapi, aku sekarang tengah praktikal di Selatan. Perasaan syahdu dan sebak tu sangatlah menghantui hati aku. Tapi aku cuba untuk tabah walaupun kadang-kadang aku tahu manusia ini sifatnya lemah. Yang menguatkan seseorang itu ialah dari kekuatan Ilahi. Aku rasa bersalah sangat sebab selalu tidak sempat bersama family aku di saat keadaan sebegini. Waktu ayah aku first operation dulu, aku masih tengah praktikal, tapi aku balik juga ke kampung waktu weekend. Okayy, back to the story, ayah aku merupakan pesakit diabetes. Kaki ayah aku luka teruk dan terpaksa operate untuk kurangkan risiko daripada merebak. Selepas 1st operation, dalam beberapa bulan macam tu, kaki ayah aku semakin sakit dan teruk. Sudah merebak sampai ke tulang. Aku hanya mampu berdoa dari jauh. Nasib baik adik aku tengah cuti semester sekarang, ada jugak orang yang tolong jagakan ayah aku di hospital. Adik aku dan adik bongsu aku serta mak aku bergilir-gilir jagakan ayah aku. Kakak aku pulak sedang exam dan masih belajar dalam bidang Master di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Selatan.

Second operation, Doktor bagi pilihan samada nak potong kaki atau tidak, tapi disebabkan fikirkan risiko yang sangat tinggi. Ayah aku tak jadi operation untuk second round. Mungkin ada solusi lain yang lebih baik. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Bagi aku, family aku adalah segala-galanya dan bagaikan nyawa aku sendiri. Semalam merupakan hari bapa. Tapi aku rasa sedih sangat tak dapat bersama ayah aku di hospital. Waktu adik aku whatsapp memberitahu ayah aku sakit, aku menangis, menangis dan menangis. Sampaikan waktu sahur pun aku makan sambil menangis. Ya, aku tahu kekadang aku tak kuat untuk menghadapi semua ini. Tapi bila aku fikir dari sudut positif, aku tahu Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Aku bakal bergraduasi bulan Oktober nanti. Aku sangat berharap aku dapat tengok wajah ceria kedua ibu bapa aku waktu hari graduasi nanti :’) Aku juga berharap aku menjadi seorang yang kuat dan tabah. Aku tahu ujian Allah hanya untuk orang yang sabar. Okayy, itu sahaja yang aku nak kongsikan. Doakan ayah aku cepat sembuh seperti sediakala. Aku sayang family aku :'(

– Mrs Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *