Sempatkah Menerima Buah Pinggang Baharu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/sempatkah-menerima-buah-pinggang-baru/).

Aku pernah buat confession sebelum ini pada link di atas. Aku rasa nak luahkan update tentang keadaan aku dan rasa aku sekarang ni.

Banyak yang telah berubah dalam hidup ku kebelakangan ini. Aku amat-amat tertekan. Akhirnya Din terpaksa buat second operation pada kaki kanannya.

Din terlantar di Hospital X selama 2 minggu. Doktor buang plate pada kaki dan diganti dengan besi penyokong. Tak tau apa medical term yang betul. Aku panggil antena je.

Perangai dia macam biasa. Tetap memaki aku jika ada silap di matanya. Egonya tidak pernah berkurang.

Sebelum operate kali ke 2, Din dah lemah dan lemau. Pasrah je di katil. Aku uruskan semuanya tentang diri Din. Rupa-rupaya kerana infection pada kaki yang makin teruk menjejaskan seluruh fizikal n mentalnya.

Bila aku dan anak dah bawanya ke hospital, doctor dah bagi antibiotik dan buat operate kali ke 2.. Dia dah segar semula. Dah kuat semula untuk beremosi dan torture mental aku.

Din rasa hanya dia yang layak dilayan dan dijaga emosinya. Aku ni sebagai isteri dan anak-anak kena ikut sahaja kerenahnya atas alasan dia kan sakit. Kena la tolerate dengan dia.

Sebenarnya, kadang-kadang orang yang jaga orang sakit mati dulu dari yang sakit. Sebab stress..

Tapi aku tengok sikapnya dengan anak buah, adik beradiknya dan rakannya berbeza dengan apa yang ditunjukkan pada kami. Aku dan anak-anak memang sedih, tersinggung dan hairan. Seolah-olah Din ada dua karektor.

Aku ada baca komen dari rakan IIUM Confession yang perangai Din mungkin akan kembali kepada asal jika dia dah sihat kelak (jika ada rezeki dapat buah pinggang baru). Aku rasa macam ada benarnya telahan itu.

Selepas Din keluar hospital baru-baru ni, adik dia dari Sabah balik ke Semenanjung, dialah yang kerap melawat dan memantau keadaan Din di rumah.

Dengar khabar, adiknya balik ke semenanjung kerana nak cari kerja. Tapi belum dapat lagi. Maknanya Din sudah ada pembantu yang baru.

Din sudah semakin bersemangat. Tapi semangatnya itu datang bersama perangai dia yang makin tak tau nak hargai aku.

Dia boleh bercakap baik dan sopan pada adiknya pada masa yang sama buat tak tau je dengan aku dan anak-anak. Anak aku cakap.. “Mama ni dah kena palau dengan abah”.

Sedangkan akulah yang dok mengadap buat dressing luka dia setiap hari. Kesana sini uruskan hal anak-anak dan hal rumahtangga selepas waktu kerja.

Aku dah fed up. Aku terfikir,,sampai bila aku perlu dimaki, diherdik dengan kata-kata kesat. Aku ni dah tua dan berkerjaya. Aku bukan b##i, .aku bukan Bo**h, puk***k, si**, Kepala Bu##.

Aku rasa aku dah makin bengong dan banyak menyendiri semasa di tempat kerja sebab asyik kena maki agaknya.

So, aku nekad untuk mula diam di rumah. Aku dah tak terhegeh-hegeh angkat bakul dressing setiap petang untuk cuci luka dia. Aku dah tak siapkan dia setiap selepas subuh untuk dia pergi dialisis.

Aku dah tak hidang makanan pada dia. Tapi aku masak dan letakkan atas meja sahaja, Kalau Din nak makan, dia kena guna wheelchair ke meja.

Aku dah tak mandikan dia lagi, Dia kena lap badan dia sendiri.Aku dah tak potong rambutnya lagi. Aku tengok dah panjang rambutnya… Lepas balik kerja aku terus masuk bilik dan uruskan diri aku.

Tapi.. adik Din akan datang setiap hari untuk bawa Din ke klinik buat dressing luka. Mungkin Din suruh.

Adik Din akan bawa makanan padanya pada hari-hari tertentu. Mungkin hari lauk aku masak tak sedap atau dia tak nak makan food aku masak.

Din… masih buat aku tak wujud dalam rumah ni. Ye la.. dah ada orang lain untuk dia bergantung kononya. Nak minta tolong apa-apa dia wasap je aku. Nak bercakap directly dengan aku… jauh sekali. Sampai bila?

Dari satu sudut, aku rasa agak tenteram sebab kurang berinteraksi dan deal dengan Din. Tapi hati kecilku berbisik. Sampai bila? Sampai bila?. Nanti anak aku yang di asrama akan balik. Takkan dia nak saksikan situasi awkward ni.

Kadang-kadang aku terfikir, kalau betul dia dah menyampah dengan aku kenapa masih tunggu. Walau setiap kali marah aku dia akan sebut nak ceraikan aku, tapi dia tak cerai pun kali ni.

Adakah sebab dia nak guna medical benefit aku (pegawai kerajaan) untuk dialisis dan cover kos perubatan dia yang asyik keluar masuk hospital..

Adakah sebab dia nak duduk dalam rumah yang aku bayar setiap bulan. Aku tau dia dah plan macam-macam dengan abang adiknya yang jadi donor tu.

Siap plan nak kahwinkan Din dengan orang lain jika dah sihat nanti. Tersinggung betul aku bila dapat tahu. Tapi hari ini….. aku dah hilang rasa.

Aku dah tak ada jiwa sekarang. Rasa dan jiwa aku dah hilang sedikit demi sedikit setiap kali di maki, diugut nak bercerai dan di pinggirkan.

Aku dah bersedia untuk hidup sendiri. Tapi dia pula tak mau pergi….. sampai bila ni? Allahu Robbi..

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *