Luahan Hati Seorang Jururawat

Hi hampa. Nama aku Ija. Aku bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital daerah di kedah. Aku nak luah sikit ni.

Aku tak tau nak luah dekat siapa. Hope hampa boleh baca apa yang terbuku di hati aku. Hee.

Seperti yang hampa tau KKM sekarang memang kekurangan kakitangan. Jururawat kontrak bila dah masuk tetap pon berhenti so kami terpaksa bekerja dalam keadaan dengan staff tidak mencukupi.

Aku ni memang payah la nak berhenti sebab dah lama berkhidmat ada komitmen banyak rumah la keta la. So nak tak nak kena la hadap.

Payah nak cuti tu satu hal. Buzy dia ya rabbii balik gantung kaki oii. Kerja pulak dalam wad yang aktif. Pesakit boleh tahan ramai.

Dak. Aku cuma nak luah yang aku kesian dekat pesakit aku. Kerana staff yang tak cukup ni aku tak boleh nak beri perhatian dekat depa. Pesakit yang sihat boleh buat semua sendiri tak pa lah.

Yang pesakit terlantar tu bed ridden orang panggil yang makan pakai tiub dalam hidung tu. Waris pula lepas tangan tak mau jaga. Buat hospital macam rumah penjagaan orang tua.

Aku ni bila sibuk sangat2 aku sampai tahap lupa nak bagi susu dekat dia. Aku rasa berdosa sangat.

Bila balik baru teringat. Kesian pesakit aku. Untuk yang tak tau susu kena bagi 3 jam sekali ikut sukatan yang doktor bagi.

Bukan setakat susu tapi pampers pon aku tak sempat nak tengok. Sampai pagi esok ja baru tukaq.

Mana pi weh waris depa2 ni?? Ampa ni kejam la. Ampa pikiaq senang ampa ja. Mak pak ampa campak sini.

Pesakit yang terbaring perlu ubah kedudukan dia setiap 2 jam untuk elakkkan luka tekanan tapi sumpah aku tak sempat. Aku berjalan sana sini untuk siapkan tugasan yang doktor bagi.

Kadang2 pesakit tu dah dibenarkan balik tapi ada waris yang request nak duduk lama lagi sikit. Doktor pulak ikut ja kehendak waris tu.

Aku rasa nak telan doktor2 dengan waris dia. Tolong la tegas sikit doktor dengan waris. Kita bukan nursing home!!

Ada waris yang jaga elok mak pak dia aku ucapkan tahniah aku bangga ampa jadi anak depa. Yang tak kacau misi dan buat semua sendiri.

Misi bukan dok saja dekat kaunter. Tangan kami jalan jaa sama naik dengan mulut huhu.

Bz bz kami kami boleh lagi melawak sambil tangan buat keja. Halah takkan nak keja senyap ja. Tak lama lagi refer psy la ampa. Huhu…

Ada nak kena pi tolak x-ray la. Scan la. Buat dressing la. Ambik darah lah. Ambik vital sign la. Ikut pakar round la. Non stop weh keja.

Lagi satu aku menyampah betol dengan si saka biru tua ni. Bila dia mai round wad. Dia teguq benda yang bagi aku ada lagi penting hang kena kisahkan.

Hang tak nampak ka kami ni keja lintang pukang. Keja double shift.  Balik keja lambat. Keja pagi sepatutnya balik pukul 2 petang tapi pukul 6-7 petang baru selesai kerja.

Shift petang sepatutnya balik pukul 9 malam pukul 11 lebih baru bleh balik. Bergaduh oo laki bini. Hee.

Cuba la faham masalah anak buah ampa ni. Kami nak staff lebih jaaa.

Bila kita cerita masalah dia imbau dia keja 30-40 tahun lepas tuhh. Mata hitam aku naik atas wehh bila dia cakap macam tu. Hang nak samakan cara kerja hang dulu dengan sekarang. Beza banyak naaaaa.

Hari2 buat meeting tapi haram tak ada apa pun yang berubah. Ampa tu kira orang atasan kami. Pi la panjat tangga sikit kat atas nuu. Aktif la sikit. Ni dok peram ja kat kerusi tu memang tak selesai la kes tak cukup staff nii.

Tiap2 tahun ada nurse pencen. Beribu2. Dah short staff dekat situ. Pengambilan jururawat pelatih pon dah dikurangkan. Yenadeyyyyyy…

Kadang2 kan aku rasa tak adil sangat. Aku keja dekat wad yang sangat aktif. Dan ada orang dapat tempat yang rileks2 ja hari jumaat boleh buat makan2. Tapi gaji kami dapat sama. Huhu. Mencii!!!

Ok cukup la tu luah nanti kita sambung lagi. Ok bai!!

– Ija (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *