Tersalah Pilih Su4mi

Assalamualaikum nama saya S bukan nama sebenar.

Saya sekarang sangat-sangat perlukan pandangan dan sokongan. Tapi saya tak dapat nak luahkan dekat sesiapa kecuali Allah dan platform ini. Harap ada yang sudi membaca.

Saya baru bernikah dengan suami saya baru sebulan lebih. Pada mulanya semuanya seronok & bahagia lepas balik dari honeymoon masing-masing start bekerja.

Suami saya selalu outstation kiranya tiap-tiap minggu ada outstation dan balik hujung minggu.

Tiap kali dia balik saya memang akan check telefon dia sebab banyak benda dah berlaku waktu tunang sampai buat saya ada trust issue.

Sungguh saya tak sangka hari pertama selepas honeymoon, dia outstation dia chat perempuan lain untuk bervideo call luc@h dan berbayar.

Dan saya jumpa folder tersembunyi dia menyimpan video luc@h. Allahu terkejut sangat dah la baru balik honeymoon. Terkilan sangat-sangat dengan dugaan yang saya kena lalui ini.

Kami bergaduh dan selepas itu kami berbaik, dia janji dan sumpah dia tak akan buat mcm itu lagi. Saya percaya dan tak putus doa jugak untuk dia berubah.

Sangkal saya salah, baru baru ini selepas dia balik dari outstation, saya buka telefon dia. Saya perasan ada nombor tak kenal whats@pp dia “tido2”. Saya tanya siapa ini sbb profile photo dia perempuan.

Suami saya bagitahu ini kawan kerja dia tp dia guna telefon bininya. Saya jadi pelik dan bertanya ulang-ulang sampai suami saya naik rimas.

Dia cakap “fikirlah yang tak elok dekat suamimu ini” bila dia cakap mcm tu, saya rasa berdosa dan serba salah sangat.

Saya biarkan dulu dan waktu dia tido saya ambil telefonnya. Sebab saya ada sangsi benda lain – di telefon saya, saya ada nampak telegram dia tapi di telefonnya tak ada aplikasi itu.

Saya jadi pelik dan perasaan ingin tahu tu datang. Saya cuba download semula aplikasi itu di playstore tapi tidak boleh.

Rupa-rupanya aplikasi tu disembunyikan di setting dia. Bukan aplikasi itu sahaja, ada aplikasi dating yang lain.

Saya buka satu satu, telegramnya penuh video luc@h dan ada mesej dengan perempuan untuk video call luc@h berbayar.

Terkejut sangat tak tahu dari bila semua ini berlaku. Saya scroll sampai ke bawah terlalu banyak.

Saya buka aplikasi satu lagi yang disembunyikan, aplikasi dating. Atas sekali chat pertama adalah chat perempuan yang mesej tido2 di whatsapp.

Saya baca sampai bersayang-sayang muah-muah segala. Patutlah selama ini dia mesej saya pendek-pendek dan kalau call pun sekejap-sekejap rupanya dah melayan orang lain.

Bukan sorang itu sahaja, saya scroll ke bawah banyak sangat chat dengan perempuan lain. Bercall bervideo call.

Allahu waktu tu saya dah bergetar, suami saya yang tengah tido nyenyak di sebelah, saya tepuk banyak kali sekuat hati sambil menahan amarah dan tangisan.

Suami saya bangun dan terkejut kenapa, saya cakap “kaulah lelaki yang paling babi aku pernah kenal” bila saya tunjuk dia apa yang saya jumpa, dia hanya mampu diam.

Kami bergaduh dan bergelut sebab dia nak merampas telefonnya dan saya minta dia delete semua itu depan saya. Dia ok.

Selepas dari itu, saya taktahu nak buat apa dan mcm mana lagi. Saya tak mampu nak ubah suami saya kalau dia sendiri tidak mahu berubah.

Saya tak mampu nak kawal apa yang dia akan buat. Kecewanya saya hanya Allah yang tahu.

Saya terfikir, adakah saya salah pilih suami? Apa salah saya sampai diuji macam ini? Apa kurangnya saya? Semua tu buat saya terfikir.

Suami saya hanya tidur memeluk saya dan meminta maaf. Tapi maafnya sudah saya tak rasa apa apa, saya cakap dia hanya memeluk jasad saya tapi hati saya dah tawar.

Saya hanya tidur solat dan menangis semahunya hari esoknya. Saya minta pandangan dan sokongan untuk hubungan ini.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *