Berhati-Hati Terhadap Majikan

Sebagai seorang pekerja yang bagus serta rajin, boleh dikatakan semenjak bangku sekolah lagi saya suka pekerjaan. Tidak kisah lah pekerjaan apa pun selagi tidak melanggar hukum agama serta undang undang negara.

Seingat saya, bermula membantu datuk saya (kronisme,nepostime) dalam bidang kemahiran pertukangan kayu iaitu membina perabot dengan upah 50 sehari.

Bukan itu sahaja, datuk saya juga mengajak saya mengusahakan bersama kebun buah buahan, sawit serta getah di tanah pusaka yang terletak di pendalaman hulu negeri.

Ibu bapa saya mengetahui semua perkara itu kerana kekeluargaan yang utuh. Pada masa itu saya merasa agak lumayan kerana datuk juga tidak berkira dengan kos minyak pengangkutan dan makan minum.

Zaman itu juga kadar jualan sawit serta getah agak tinggi, boleh dikatakan keuntungan saya sahaja telah menyebabkan saya menunaikan umrah serta membeli perodua myvi berserta roadtax premium pada 2017.

Melihat inspirasi sebegitu, seorang pegawai felda/felcra di kawasan itu menyakinkan kepada saya untuk mengusahakan lebih hebat meskipun usia saya masih belum menghabiskan zaman sekolah.

Dia melihat potensi saya dalam cepat belajar serta pandai berusaha. Tetapi kisah indah ini tidak mempunyai penutup yang gembira.

Disebalik kejayaan saya dan datuk, ada pihak yang cuba menghancurkan legasi keuntungan ini. Oleh kerana umur yang muda, ibu bapa menghantar saya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ipta/ipts.

Tapi saya suka buat duit. Dibandingkan duit belajar dengan duit kerja. Sudah tentu lumayan kerja. Tapi saya tetap menghabiskan pengajian saya itu, dan terdapat satu lagi peluang jadi saya menyambung lagi hingga peringkat tertinggi (bawah dari pHd).

Selesai menimba ilmu, saya mencari pekerjaan yang sebenar dan profesional yang bukanlah gaji setimpal tapi sering outstation namun bercarum kwsp.

Sebuah syarikat swasta menawarkan jawatan tetap kepada saya dengan tempoh percubaan 3 bulan. Sebenarnya syarikat swasta telah kehilangan beberapa pekerja akibat berhenti.

Syarikat swasta ini juga sebenarnya dimohon oleh saya semasa dalam on job training atau interns, namun respon/reaksi dari mereka sangat mengecewakan. Itu yang saya ingat. Lokasi pun tidak jauh dari tempat tinggal dan di pinggiran bandar.

Sebaik pekerja mereka sebelum ini berhenti, mereka menyimpan calon calon bersesuaian dan berkelayakan termasuklah maklumat saya semasa permohonan intern. mereka menghubungi saya melalui Gmail dan WhatsApp.

Saya setuju saja untuk interview santai/casual mereka. Sesi diadakan di lokasi mereka. Majikan terdiri dari 3 orang yang dikenali sebagai board of director.

Pemerhatian pertama saya sangat menjengkelkan, majikan hanya berpakaian sukan semasa di pejabat seolah olah tiada etika kod berpakaian.

Saya dalam keadaan mahu atau tidak seperti kata orang nak kerja susah sekarang, sebaik nya ambil saja lah. Cuba dulu belum try belum tahu gitu. Saya terima pelawaan serta merta.

Apa yang saya perasan, saya hanya beri mereka resume/cv namun pihak mereka tidak menyediakan agreement/ contract/ employee form/ hitam putih kepada saya. Saya bertanya mereka sekadar menyatakan kekurangan staff (kerani) untuk sediakan bahan.

Wah, mungkin mereka membagi nya kelak fikir saya menyedapkan hati namun tetap terdetik syarikat apa teruk benar organisasi sampai admin, hr pun takde. There is something wrong and fishy.

Tomorrow is very first day as real job with kwsp contribute. Saya outstation ke pahang. Dalam tempoh 3 bulan, masih tidak ada kewujudan hitam putih/ contract/ agreement/ employee form tetapi gaji saya telah dicarum kwsp dari bulan pertama hingga sekarang tanpa masalah.

Dalam masa setahun perkhidmatan saya, pihak syarikat membayar gaji sebanyak 800 sebulan.

Oleh kerana selalu outstation, mereka menyediakan penginapan (homestay/hotel), 3 kali sehari fnb serta transports fuel. Atleast saya bekerja buat duit dan menghilangkan bosan bersama rakan sekerja.

Dalam tahun pertama itu juga, saya pernah ditahan JPJ kerana kesalahan tidak mempunyai insuran (roadtax tamat tempoh).

Pegawai jpj jenis ikut buku dan sebaya umur. Saya merayu saya baru bekerja sekarang. Jadi pertimbangkan lah hukuman terhadap saya dari menghadiri mahkamah serta bayaran kompaun.

Saya menyerahkan resit kompaun kesalahan itu terhadap majikan tetapi diketawakan dan diperolokkan sedangkan saya dalam jam bekerja sewaktu disabitkan kesalahan itu. Saya ingin berhenti kerja sahaja kalau macam ini.

Majikan terus diam sejuta bahasa dan terkedu terhadap ancaman dan ugutan. Salah seorang dari majikan (3 orang) secara diam diam memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun bank saya menggantikan kos kerugian saya tersebut.

Masuk tahun kedua, gaji saya dinaikkan menjadi 1,000 sebulan. Meskipun semasa tahun itu PKP/MCO dilaksanakan saya tetap dibayar dan dicarum namun sedikit kurang jumlahnya.

Masuk tahun ketiga, majikan mengambil secara pukal pekerja bagi mengisi jawatan baharu. Majoriti adalah kaum lelaki kelantan yang rindukan kampung (senang nak berulang alik kelantan-terengganu) setiap minggu.

Gaji bulanan saya masih lagi sama. Outstation kali ini telah meliputi 3 kawasan pantai timur.

Dan berkerjasama dengan syarikat lain serta anak syarikat glc. Prospek kemajuan syarikat dilihat dengan kemasukan tender serta projek mencecah jutaan ringgit.

Majikan inisiatif dengan pembelian kenderaan syarikat yang baharu serta sewa milik penyimpanan aset dan barangan.

Sudah tentu tugasan saya semakin bertambah. Dengan kadar kepenatan manusiawi dalam kerja bertekanan serta menghadapi kerenah staf baharu.

Saya sepatutnya dinaikkan gaji kerana sudah 3 tahun berkhidmat. Saya juga layak dibayar elaun. Semakin banyak kerja juga tempat outstation semuanya memacu overtime(ot) yang memang jika dibayar lumayan menjangkau gaji bulanan.

Mereka lebih mengejar keuntungan berbanding kebajikan pekerja. Setiap minggu diadakan meeting untuk mem”bahan” staf staf lama/ berpengalaman.

Kaum lelaki kelantan pula jenis “gedebe” sukar untuk bekerjasama dan sering menimbulkan ketegangan / provokatif / always right and better.

Macam macam situasi yang berlaku. Saya email dalam masa 2 minggu resignation notice kepada syarikat sebab negative dan toxic culture baik dari staf mahupun atasan kerana sudah penat sabar dan bertahan,

Dan saya terus dapat kerja baru di pulau sebagai penjaga jentera dengan gaji bulanan 6,200 secara permanent sambil boleh healing dan bina masa depan sebab 3 tahun last adalah neraka bagi saya.

Mujur tidak buat laporan atau aduan kepada jabatan buruh dan kementerian sumber manusia. Terima kasih dan ambil pengajaran dalam mencari sesuap nasi dan mengais rezeki kepada semua orang muda belia dan pekerja malaysia.

Banyak lagi kisah hidup saya dalam pekerjaan tapi panjang sangat nak cerita atau type dalam confession, boleh buat podcast boleh jadi ceramah hahahaha.

– Ahmad Rajin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *