Aku Hampir Bercerai Angkara Lipas

Hi semua. Aku Zul dan aku nak bercerita sikit pasal rumahtangga aku. Disebabkan kebodohan aku masa awal2 kahwin, aku hampir ditinggalkan oleh isteri. Puncanya lipas.

Aku dengan wife aku consider arranged marriage lah. Wife aku memang jenis nerd2 sikit, bijak, pandai masak, cantik, alhamdulillah cukup segalanya bagi aku.

Dia boleh dikategorikan sebagai introvert dan aku pula extrovert. Dia selalu panggil aku kanak2 Rib*na sebab aku jenis riuh-rendah kekeke.

Nak dijadikan cerita, wife aku paling takut dengan makhluk Allah bernama lipas. Sebut saja nama lipas, dia geli gelaman sampai rasa nak muntah.

Selepas berkahwin, kitorang menyewa dulu rumah sebab rumah yang kitorang beli tak siap lagi. Biasalah, nak kena renovate bagai ambil masa.

Rumah sewa kitorang dekat dengan tempat kerja wife aku, pasar, supermarket jadi senanglah. Tapi memang ada isu lipas.

Dekat rumah aku kan, kau sebut jea nama spray ke ubat, semua jenis ada wife aku beli. Kesukaan dia adalah spray Rids**t. Sekali spray terus mat* lolll.

Masa awal2 kahwin, aku memang suka prank wife aku. Bila dia nampak lipas kat rumah, memang dia lari sambil jerit2. Memang kerja akulah kena pastikan lipas tu diarwahkan.

Aku selalu tangkap lipas lepas tu acah2 nak baling kat wife aku. Menggelupur dia lari tak cukup tanah. Selalunya dia merajuk kejap then adalah pukul2 manja. Aku pujuk2 nanti oklah dia.

Ada satu hari tu, macam biasa aku tengah lepak main phone dekat ruang tamu. Wife aku tengah masak. Sekali datanglah lipas nie melawat wife aku kat dapur sambil terbang2. Wife aku apa lagi terjerit2 panggil aku.

Dengan pantasnya aku berlari dan berjaya menangkap lipas tu. Masa nie, aku acah2 nak takutkan wife aku. Tapi malangnya kali nie memang betul2 aku tercampak lipas tu kat wife aku.

Wife aku memang jerit kaw2 sambil terlompat2. Habis tunggang terbalik periuk kuali yang tengah masak kat dapur. Lipas tu pulak masuk kat dalam baju wife aku jadi boleh bayangkan tak tahap panik dia camne.

Few minutes feel like few eternities. Kelam kabut aku sampai koyakkan baju wife aku nak tangkap lipas tu. Wife aku terduduk kat lantai menangis teresak2.

Muka dia pucat sangat2. Menangis tersedu2 jenis yang tak boleh nak nafas. Aku baru nak pujuk wife aku tapi dia pukul aku sekuat2nya.

First time wife aku lost control. Memang teruk aku kena belasah sampai dia tarik2 rambut aku time tu. Siap dimaki2 tapi dia tak mencarut.

Aku terima jea sebab dah memang salah aku.

Aku ingatkan dia dah ok tapi lepas tu dia terus naik masuk bilik. Aku bagi dia masa untuk bertenang dan aku bersihkan dapur. Memang terpaksa buang semua.

Wife aku mandi berjam2 sampai merah2 kulit dia sental. Siap sapu losyen apa bagai. Dia pack barang dia dan terus drive weyh pergi rumah kawan dia (kawan perempuan, bujang).

Dia cakap dia tak boleh tengok muka aku lama2 sebab dia rasa nak tumbuk2. Aku macam tak boleh percaya dia merajuk sampai macam tu sekali.

Wife aku yang sweet bertukar jadi Hulk gara2 lipas. Aku baru sedar yang this time I really messed it up real bad. Aku izinkan dia duduk rumah kawan dia sampai dia betul2 tenang.

Kawan dia punyalah cuak bila nampak wife aku datang bawak beg bagai. Bila dia tanya aku kenapa, aku cakap sebab aku terbaling lipas.

Terkebil2 kawan wife aku. Aku suruh dia tolong tengokkan wife aku.

Balik rumah aku dah jem otak fikir pasal isu tadi. Dah almost 7 bulan kitorang kahwin, memang tak sangka wife aku capable nak belasah aku macam Hulk. Sakit weyh.

Esoknya, wife aku still merajuk lagi jadi aku tak kacau dia. Aku pergi rumah parents aku nak makan. Masa nie mak aku tanya mana wife aku.

Aku pun bagitaulah wife aku kat rumah kawan dia sebab marah kat aku. Aku cakap sebab aku terbaling lipas kat dia.

Ayah aku yang tengah minum kopi tersedak2 dia. Mak aku pun terkebil2 tengok aku. Dia tarik kerusi sebelah aku dan suruh cerita.

Lepas habis cerita, mak aku terus ambil segala jenis senduk then ketuk2 kepala aku. Kali kedua aku kena belasah weyh. Ayah aku geleng2 kepala, nampak dia sedih sebab dapat anak macam aku.

Ayah aku suruh aku masuk bilik sambil tenangkan mak aku. Mak aku ungkit segala jenis kesalahan aku buat dari kecik sampai sekarang.

Ingatkan dah kahwin, ada akal tapi lagi menjadi2 bingainya. Membazir susu mak selama ini. Sedih aku, dahlah dari semalam tak makan.

Malam sikit aku keluar bilik senyap2 nak cari makan kat dapur. Tapi kena tangkap dengan mak aku. Perangai dah macam lipas merayap2 kat dapur malam2 tak buka lampu buat apa? Terkejut aku kena sergah.

Agaknya macam nielah perasaan lipas tiap kali aku sergah dia masa dia merayap2 kat dapur. Mungkin lipas nie balas dendam balik kat aku.

Kifarah ke?

Mak aku marah kejap jea. Dia panaskan lauk semua bagi aku makan. Sambil tu aku dengarlah celoteh2 dia. Mak aku cakap masa aku kecik memang tahap nakal aku dah sampai satu kampung tau.

Nama aku famous sebab mak aku jerit sampai satu kampung dengar. Mak aku sendiri pernah menangis banyak kali sebab stress dengan aku.

Nasib baik ayah jenis memahami mak jadi bila ayah balik rumah lepas habis kerja memang aku selalu kena smackdown. Hanger, selipar, paip semua aku dah rasa.

Wife aku mungkin dah lama pendam sekali dia meletup dah jadi macam gunung berapi meletus.

Mak aku pesan ada orang boleh terima prank ada orang jenis sensitif. Jadi berpada2 kalau nak melawak pun. Prank nie orang2 bingai jea buat. Nak tersedak aku makan nasi goreng tapi sebab lapar aku telan jea.

Tiba2 aku flashback balik semua jenis prank aku buat kat wife aku. Rasa bodoh pulak aku time tu. Kesian dia hmmm.

Malam tu aku hantar mesej panjang lebar kat wife aku minta maaf. Aku admit salah aku semua dan pujuk dia balik rumah. Esok tu dia balik rumah tapi muka dia still masam. Bengkak mata dia. Aku terus peluk dia minta maaf.

Dia cakap awal2 dia boleh terima prank aku tapi lama2 dia penat. Penat sangat2. Dah sampai tahap dia mula menyampah tengok muka aku.

Trauma dia dengan lipas bermula masa kecik. Abang2 dia yang start suka tangkap lipas hidup2 then baling kat dia dengan adik2 dia. Kejam betul abang2 ipar aku (aku tak sengaja baling so tak kejam kan?).

Pernah sekali lipas tu tersangkut kat rambut dia. Dia berumur dalam 8/9 tahun masa tu. Dia punya takut sampai pengsan. Bila sedar dia geli sangat dengan rambut dia sampai ayah dia terpaksa potong rambut dia jadi pendek.

Bila dah bekerja, baru dia start bela rambut panjang balik. Tak sangka aku trauma dia sampai macam tu sekali. Jujurnya dia cakap dia pernah terfikir nak tinggalkan aku kekadang sebab stress.

Allahu, baru tujuh bulan kahwin wife aku dah stress. Rupanya lama dia makan hati dengan perangai bingai aku. Maafkan aku, sayang. Abang janji tak buat lagi.

Wife aku mengadu sejak kebelakangan nie dia cepat penat. Badan rasa lesu dan memang rasa nak tidur jea. Aku dah fikir bukan2 masa nie. Bila aku prank dia lagilah dia stress.

Aku bawa dia pergi check up dan alhamdulillah good news rupanya. Wife aku mengandung 5 minggu dah.

Bila mak aku dapat tau, membebel2 mak aku dekat aku. Kut2 masa aku prank dia terjatuh ke apa, kesian baby dalam perut. Aku memang betul2 speechless masa nie.

Wife aku dah jeling2 kat aku.

Dengan kuasa 2 mak dan wife aku, aku kena ketuk2 lagi dengan senduk mak aku. Mak aku siap cakap dia harap lepas dah kena ketuk nie berhubunglah sel2 dalam otak aku.

Sejak dari hari tu, aku memang taubat habis nak prank2 apa kejadah semua. Sepanjang wife aku mengandung aku kena bebel dengan dia.

Tak tenang hidup aku disebabkan lipas nie. Macam2 aku kena lalui.

Aku harap korang janganlah jadi macam aku. Nak prank ke bergurau biar berpada2.

Sekarang nie aku dah nak dekat 7 tahun kahwin. Anak dah 2. Sampai ke hari nie wife aku ungkit pasal lipas walaupun dah pindah rumah baru.

Korang doakan lah wife aku lupa pasal isu lipas nie. Ataupun cari jalan nak lupuskan keturunan lipas nie dari muka bumi. Habis duit aku bulan2 beli spray dan ubat lipas.

Sekian…

Suami yang anti lipas,

– Zul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *