Jon, My Handsome B0y

Jon, mummy cheeky boy. Kenapa Jon tinggalkan mummy cepat sangat?

Mummy ingat lagi Jon dari kitten dah naughty, pantang nampak tali mesti dikejarnya. Seekor kucing yang memang tak boleh duduk diam.

Jon datang dalam hidup mummy, mummy bahagia sangat dalam 5 tahun ni sampai lah Rabu 15/2/23. Kenapa Jon pergi lompat keluar tingkap dari tingkat 11 rumah kita ni?

Jon, tak pernah miss menyahut bila mummy panggil, NEVER. Tapi kenapa malam tu bila mummy panggil Jon tak menyahut?

Jon, mesti tunggu mummy balik rumah kat atas meja dengan mata yang excited sebab memang Jon tunggu mummy balik sebab nak main dengan mummy.

Jon, yang tak pernah tak datang kat mummy bila mummy baring atas sofa.

Mummy tepuk je sofa tu tak payah panggil pun mesti Jon terus datang baring sebelah sambil tukar-tukar posisi yang comfortable untuk Jon.

Jon, yang setiap masa nak massage perut mummy tanpa mummy suruh pun.

Tiap kali Jon rasa nak massage Jon buat je, sampai mummy yang suruh berhenti sebab kadang-kadang mummy lupa nak potong kuku Jon yang tajam tu.

Jon, yang sangat kecoh. Sibuk je nak tengok mummy beli apa dari groceries.

Nampak je shopping bag atau plastic bag mesti sibuk nak tengok apa dalam tu. Kalau shopping bag atau plastic bag dah kosong Jon pulak nak masuk dalam tu.

Jon, selalu nak bagitau aktiviti yang Jon baru lepas buat. Lepas makan, berak, kencing, lepas kentut pun agaknya sibuk nak bagitau mummy.

Sekarang dah tak dengar pun suara notification tu. Mummy sunyi Jon, sunyi.

Jon, suka buat drift kat lantai especially lepas mummy mop lantai. Lari laju-laju lepas tu lompat kat split-level lepas tu drift dengan happy nya. Kadang-kadang time mummy nak berjalan dalam rumah time tu la Jon nak berlari.

Jon, pantang nampak benda terbang macam ada serangga sesat masuk rumah mesti akan mengejar serangga tu sampai dapat.

Macam mummy tak tau, kat bilik Jon berapa kali mummy jumpa bangkai serangga yang Jon dah main.

Jon, punca mummy kena tutup setiap pintu kat rumah sebab Jon suka explore. Mungkin sebab ni la Jon pergi masuk bilik housemate mummy malam tu.

Pantang orang masuk bilik mesti nak sneak in jugak. Intai-intai apa manusia buat dalam bilik tu.

Jon, seekor kucing yang sangat curious. Jon punya level curiosity sangat tinggi.

Maybe sebab tu ada saying, “Curiosity killed the cat”. Tengok benda baru je mesti Jon akan keliling benda tu lepas tu sniff sniff dan kalau something exciting Jon akan play with it kalau tak Jon lalu je pergi.

Jon, suka masuk dalam bag. Tak kisah la plastic bag ke, gym bag ke, shopping bag ke.

Asalkan ada ruang Jon nak menyelit mesti Jon akan buat. Carpet apatah lagi. Nampak benda berbonggol bawah carpet tak lain tak bukan, mesti Jon.

Jon, suka tolak barang dari atas meja. Pantang ada barang yang boleh ditolak atau yang ringan mesti akan ditolak. Lagi-lagi benda yang boleh rolling. Dah jatuh kat bawah sambung main kat basah masuk bawah sofa.

Jon, yang suka bully Bree your sister. Tak nyenyak your sister nak tidur sebab you nak ajak main. Selalu nak kejar si Bree tu. Sekarang Bree dah kesunyian, takda siapa nak kejar dia dah.

Jon, kenapa Jon tinggalkan mummy macam tu je. Mummy dah set dalam kepala at least Jon ada 10 tahun dengan mummy. Menceriakan hidup mummy yang sekarang ni dalam sunyi. Mummy sedih Jon, sedih sangat.

Jon, meraung mummy malam tu bila mummy nampak badan Jon atas Ground floor punya roof. Menggeletar badan mummy, tapi mummy still in denial.

Mummy cari lagi Jon dalam rumah menjerit mummy panggil nama Jon. Tapi it’s too late. It was you Jon.

Jon, ramai cakap time will heal. Tapi Jon baru je tinggalkan mummy and mummy rasa macam baru je semalam benda ni jadi. Hati mummy sakit sangat, lagi sakit dari sakit lowerback yang mummy ada ni.

Crushed, excruciating destroyed, hati mummy Jon. Kalau lah ada medicine yang boleh heal rasa kat hati mummy ni.

Jon, mummy tak boleh stop scrolling gambar-gambar Jon dalam phone and laptop mummy. Tapi anytime mummy tengok mummy menangis. Jon sangat handsome. Mummy cheeky, silly, naughty boy.

Jon, orang cakap ambil la new cat. Not now, mummy tak sanggup nak replace any animal for you. Sebab kalau ada pun mummy memang takkan jumpa yang istimewa macam Jon. Yes, Jon sangat special. Sangat sangat.

Jon, orang cakap Jon kucing je tapi kenapa sedih macam manusia yang mati. Sebab Jon memang anak mummy pun kan.

Jon sayang mummy unconditionally. So mummy pun sayang Jon unconditionally. Walaupun mummy selalu marah dan jerit kat Jon sebab nakal sangat.

Tapi mummy sayang sangat Jon, sangat.

Jon, Jon akan sentiasa dalam hati mummy. You are so special. Jon mummy punya separuh hati, bila Jon pergi Jon bawak hati mummy together. Sangat susah untuk tak terfikir pasal Jon walau sesaat.

Mummy nak sangat cakap “Harap Jon happy kat mana pun Jon sekarang”, tapi mummy nak jugak cakap “Mummy nak Jon selamanya dengan mummy sebab my happiness is with you”.

Tuhan, tolong redakan hatiku. I hope won’t be too long for me to finally say “Ok Jon, mummy let you go” tapi not now. Mummy nak redha you pergi tapi susah sangat sekarang.

Jon, harap semua yang membaca ni dapat doakan mummy kuat untuk teruskan hidup tanpa Jon di sisi. Stay strong.

Thanks everyone sebab baca sampai habis ni. Harap sesiapa yang ada experience macam saya, anda stay strong ye.

– Aurora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *