Mohon Kekuatan

Assalamualaikum, terima kasih admin sekiranya menyiarkan luahan aku. Sedikit tentang aku, berumur 27 Tahun. Baru sahaja berhenti kerja.

Sedang mengumpul kekuatan untuk bangkit semula. Dalam soal rupa pulak, aku kategori buruk dan hodoh. Aku masih bujang. Financially aku plak sekarang ni cukup2 makan sahaja.

Sejujurnya, aku ni memang mangsa buli sejak kecil. Kadang2 aku rasa macam aku ni dibuli takdir. Hidup aku boleh dikatakan amat menderita sejak kecil.

Zaman tadika aku, masih diingat lagi aku memag selalu disisihkan oleh cikgu tadika aku. Cikgu tadika layan yang cantik2 je. Tapi itulah, jiwa aku, jiwa kanak2 aku lalui sahaja ketidaksamarataan itu. Aku tak tahu apa2, tapi aku faham layanan orang pada aku.

Kemudian, aku masuk alam sekolah rendah. Masih sama juga, cikgu pilih kasih. Aku pernah pergi ujian pemilihan pertandingan bola jaring.

Cikgu tak pilih pun aku. Cikgu pilih orang yang tak hadir pun pemilihan tu. Bayangkan ya, aku usaha nak hadir pemilihan tapi itulah cikgu pilih yang comel2 je.

Takpelah, aku faham aku tak pandai main kot. Sama juga, aku teringin nak jadi pengawas sekolah tapi tak dapat sedangkan keputusan akademik aku cemerlang.

Cikgu pilih yang corot markahnya. Iyalah, budak tu comel kan cikgu. Aku tinggalkan sekolah rendah dalam keadaan aku seorang pelajar cemerlang.

Masuk sekolah menengah, aku pernah dimalukan guru kelas tertwakan wajah aku. Iya, aku sedar aku buruk tapi aku ada hati Cikgu. Bukan sorang cikgu yang buat camni, ada beberapa cikgu pun buat perkara yang sama.

Memang orang cakap lupakan perkara lepas tapi bila dimalukan di depan umum di khalayak ramai keyakinan diri memang hancur lah.

Terima Kasih Cikgu.

Buli aku lebih kepada secara mental bukan fizikal. Aku terkilan dengan sikap cikgu2, kata cacian makian kawan2 sekolah tak terkira aku dapat. Sakit sangat.

Walaupun perit walaupun payah, aku berjaya jugak lalui sampai aku berjaya genggam ijazah. Aku telan segalanya dengan air mata.

Rupa2nya dalam diam kesihatan mental aku terganggu.

Rezki aku sebulan grad terus dapat kerja bidang aku. Bersyukur tak terkira. Di sinilah kesihatan mental aku mula terganggu. Hakikatnya, apa yang dah aku lalui sebelum buat aku trauma.

Aku tiada keyakinan diri. Aku tak reti bergaul. Komunikasi aku gagal. Oleh yang demikian aku dibuli lagi. Dibuli secara mental kini di dunia pekerjaan. Akhirnya aku tewas, aku letak jawatan.

Kini, aku hanya berteman air mata. Kadang 2 aku merasa seperti org gila. Bercakap sorang2, sambil2 aku drive aku bercakap2…

Kemudian aku tersedar. Iya aku mula cipta dunia aku sendiri. Dalam tu aku bahagia, aku susun cerita imaginasi aku sendiri. Ketika cipta imaginasi tu je lah aku bahagia dan gembira.

Selebihnya, masa aku hanya berteman air mata. Setiap malam aku menangis, keesokannya aku bangun aku terfikir kenapa masih hidup lagi.

Mesti ada yang cakap, pergilah jumpa psikatri. Ni lagi cerita sedih aku jumpa doktor. Aku pernah gastrik teruk, aku sakit sangat2. Aku pergi Klinik Kesihatan, memang doktor ada tolong aku waktu tu.

Tapi aku dengar suara doktor dengan MA gelak2 pasal aku dari bilik belakang. Tertawakan muka aku, macam2 korang lawakkan. Terima kasih, semoga saya tak sakit lagi lepas ni.

Saya serik, dan saya takut meminta pertolongan. Mungkin Doktor dan MA penat melayan macam2 jenis pesakit dan jadi tak sensitif. Saya minta maaf sebab datang ke klinik, perut saya sakit sangat waktu tu. Takpelah.

Mesti ada yang cakap, kalau kau rasa muka kau buruk, pergilah mekap, pergi buat itu ini, pergi invest pasal muka kau. Bina keyakinan diri kau.

Aku faham, tapi aku takde duit. Semuanya perlukan duit. Duit aku banyak habiskan untuk mak ayah aku walaupun aku tak dihargai.

Aku betul2 rasa hidup aku tak bererti. Aku anak ke3 dari 6 adik beradik. Daripada kecik makian sumpah seranah jadi makanan aku, keluar daripada mulut mak aku sendiri.

Cerita pasal ayah aku, ayah aku lelaki jahat. Dia pernah cabul aku, raba2 tubuh aku. Aku nak bersandar pada siapa? Aku takut nak percaya siapa2.

Aku memang dah lama menjauh pada lelaki, pernah dulu waktu aku tengah kerja sorang lelaki kata “ada ke orang nak tackle kau”? Simple je ayatnya, tapi menusuk buat seorang perempuan hancur bagi aku.

Pernah ada lelaki yang cuba berkawan, tapi aku menjauh sejauhnya. Sebab aku trauma selalu dibuli secara mental. Lagi satu, dalam fikiran aku lelaki dekat2 dengan aku sengaja nak main2.

Atau mungkin dia ada bet dengan geng dia. Takpe, aku sedar diri. Lagi satu aku faham rupa adalah penting bagi kaum korang.

Aku tak minta dipilih pun jadi gf korang. Korang tak perlu tolak2 pun kena duduk sebelah aku. Kosongkan jelah kerusi sebelah aku. Aku okayy je.

Pada aku suatu kebanggaan buat lelaki kalau ada pasangan cantik supaya nak tunjuk dekat orang. Takpe, aku sedar diri. Soal jodoh tak meresahkan aku, aku sedar diri.

Yang meresahkan aku sekarang ialah, masa depan aku, apa nsib aku, aku takut nak minta kerja. Sakit sangat bila kau sejak kecik sering dimalukan dihina diasing disisihkan.

Apa yang pernah aku lalui dulu buat aku semakin lemah hari2 aku bertanya kenapa waktu Tuhan tanya aku dulu, aku setuju nak lahir. Kadang2 aku rasa aku dibuli takdir. Aku rasa Allah kejam dengan aku.

Aku paham dalam hidup ni memang orang pandang rupa. Satu cerita, baru2 ni aku pergi isi minyak, dan cashier tu nampak baik sangat, senyum dia ikhlas sangat. Mungkin aku punya jiwa ni sensitif sangat dan aku boleh rasa vibes orang tu.

Kalau kalian jumpa aku depan2 kalian akan rasa kekok sebab air muka aku ni kosong. Orang yang jiwanya hancur, perasaan tu kosong. Tapi bila dia senyum, aku tergerak nak senyum. Rasa sampai sangat senyuman dia tu. Ni bukan jatuh cinta tau.

Bila aku perhatikan dia, rupanya dia OKU ada kelainan di bahagian kaki dia. Dia berjalan pun pelik sedikit. Aku faham, kita sama2 kekurangan kan dan sesungguhnya kekurangan kita ni Tuhan zahirkan. Aku merasa diterima dalam ketika itu.

Orang lain ada juga kekurangan tapi kekurangan mereka tak terlihat dari mata kasar sebab tu la mereka sewenang2nya menghina orang lain.

Takpelah.

Aku minta maaf menulis meleret2 tak seronok untuk dibaca. Tapi aku betul tiada tempat bersandar. Aku nak luah je apa yang terpendam berpuluh tahun. Aku takde kawan dan takut berkawan. Aku nak luah dekat mak ayah?

Diorang tak sayang aku. Adik beradik aku sibuk dengan keluarga masing2. Pasangan? Aku takde siapa aku percaya. Jangan pulak korang suruh aku cari cashier tu semula untuk luahkan segalanya…

Korang doakan aku ya semoga aku kuat menjalani kehidupan ni.

Semoga kita bertemu di Syurga nanti.

– Najwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *