Sempurna Seadanya

Assalamualaikum wbt. Nama saya Tiara bukan nama sebenar. Jika admin menyiarkan confession saya, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga IIUMC. Semoga bahagia selalu.

Saya merupakan seorang janda yang hampir 2 tahun memegang status yang paling hot dalam kalangan masyarakat Malaysia ini. Penceraiaan yang berlaku akibat orang ketiga ini saya hadapi dengan jayanya, bahawa setiap yang hilang itu akan digantikan dengan seorang yang lebih baik walaupun sehingga ke hari raya kali ini saya masih bersendirian.

Saya cuma ingin kongsikan bahawa tidak ada salahnya bergelar seorang janda jika itu yang sempurna seadanya. Makin saya jalani kehidupan bersendirian berseorangan bersama keluarga, dan kawan kawan makin saya rasa bersyukur at least saya tidak hidup mengharapkan kasih seorang suami untuk menjadikan kehidupan saya sempurna.

Saya gembira melihat kemeriahan syawal kawan-kawan meraikannya bersama suami dan anak-anak mereka. Saya gembira juga, melihat rakan-rakan saya yang bergelar ibu tunggal dan masih lagi bujang meraikan syawal bersama orang tersayang.

Saya juga bersyukur dikelilingi keluarga dan kawan yang baik hati. Saya rasa tiada silapnya jika kita berlapang dada dengan perjalanan takdir yang tertulis untuk kita. Ada orang bahagia dengan caranya begitu ada orang begini.

Bekas suami saya juga sedang berbahagia bersama isterinya dan anaknya. Saya teringin nak ucapkan selamat hari raya kepada mereka namun memikirkan mungkin itu akan menganggu kebahagian mereka, biar sahaja saya doakan dari jauh. Kadang saya pelik dengan diri saya sendiri, saya terlalu positif dengan sesiapapun.

Selepas 2 tahun meyandang gelaran ini, saya makin selesa dengan kehidupan bersendirian. Terlalu banyak yang saya ingin capai dalam hidup, saya nak sambung belajar ke peringkat sarjana, saya nak mencapai kerjaya yang bagus, saya nak menawan gunung di Malaysia serta marathon yang jauh-jauh dan melancong ke seluruh dunia jika Allah izinkan. Dunia saya makin luas bila saya bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai bidang.

Saya tidak nafikan bahawa kehidupan berkahwin itu indah sangat tetapi saya terpaksa mengakui sebahagiannya hanya rekaan di media sosial. Ramai kawan-kawan saya, yang mengadu kepincangan rumahtangga mereka sebahagiannya cukup stress dan tertekan dengan kehidupan mereka. Ya, mungkin saya fobia tetapi saya masih yakin ada lelaki baik di luar sana.

Saya juga hairan dengan sebahagian lelaki yang sering mempermainkan perempuan. Saya rasa tidak salah seandainya jika mereka jujur dan tidak bermanis mulut semata untuk memikat hati perempuan, perempuan tidak perlukan harta bertimbun mereka perlukan pemimpin yang sebenar-benarnya untuk hidup mereka.

Untuk rakan-rakan janda di luar sana, jangan terlalu mudah cair dengan lelaki. Tolong berhati-hati, ramai lelaki yang mencuba nasib untuk memikat anda di luar sana dengan anggapan janda merupakan individu terdesak ingin berkahwin. Biarkan yang telah berlalu, u should proud to yourself.

Tak salah jadi janda, jangan sampai terjerumus lubang yang sama dua kali. Siasat teliti jika ingin berkahwin, biarkan si dia yang mungkin sudah berbahagia bersama orang lain, carilah bahagia anda dengan sesiapapun dan dengan aktiviti apapun.

Sempurna seadanya dengan apa yg anda miliki hari ini. Bersyukurlah untuk setiap detik dan kehidupan hari ini yang telah anda nikmati, second change to be single is awesome too. If u not to grateful what you have, you never get happiness too. Love yourself and be careful too for all mens outhere.

Do what you want to do..

Percayalah suatu hari nanti, seseorang yang benar-benar tercipta untuk anda akan hadir walaupun sehingga detik ini tiada sesiapapun. Teruslah perbaiki diri dan bersangka baik kepada Allah swt.

Sempurna seadanya. You deserve to be happy janda-janda sekalian.

– Tiara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *