Tetamu Kanak-kanak

Tetamu Kanak-kanak

Assalamualaikum, saya tak pasti samaada topik ni sudah disentuh atau tidak didalam iiumc, tapi terdetik untuk saya untuk berkongsi tentang hal ini. Pertama sekali saya berterima kasih kepada admin sekiranya sudi untuk menyiarkan posting saya untuk kali ini.

Boleh kata setiap musim perayaan terutama aidil fitri mesti ada kes anak tetamu buat onar dekat rumah tuan rumah. Ada yang rosakkan koleksi hot wheels, buat pecah harta benda tuan rumah, pijak kucing sampai mati and the list goes on.

Oleh kerana benda ni, mengundang pelbagai reaksi, ada yang menyalahkan anak @ ibu bapa dan ada yang menyalahkan tuan rumah. Jadi benda ni jadi satu perdebatan antara netizen di ruangan komen. Jadi saya disini nak meluahkan sedikit pendapat saya lah tentang isu ini, semoga menjadi pengajaran dan bermanfaat untuk kita semua. Mungkin akan ada pihak akan triggered dengan postingan saya kali ini.

Zaman sekarang kita tak dapat nafi yang budak budak sekarang dimata saya agak di spoil oleh ibu bapa, kena rotan sikit, dah buat report. Sentuh sikit dah sampai nak bertumbuk ibu bapa. So, saya dekat sini melabel jenis ibu bapa seperti ini sebagai ibu bapa generasi baru yang lembik. Ada pepatah berkata “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Saya tidak pukul rata semua parents muda zaman sekarang jenis macam ni, tapi hakikatnya saya lihat inilah perkara yang sering terjadi pada zaman sekarang,

Ibu bapa terlalu manjakan anak sampai tidak tahu mengajar anak tentang adab. Yelah kan, budak2, memang la tak tahu apa2. Tapi kalau kita ajar dia, memang dia akan faham. Depa ni bukannya bodoh ke apa, sebab tu ibu bapa berfungsi untuk didik anak2 dari kecik. So, bila benda ni terjadi maka berlakulah kisah kisah yang saya sebut diatas.

“Eleh, kau takde anak lagi boleh la kau sembang”,

“Aku harap anak kau buat benda yang sama nanti”,

Ini antara ayat ayat cliche yang saya sering dengar dari komen2 netizen yang egois mahu menegakkan benang yang basah, oleh kerana ini page ilmiah, saya akan kurangkan kata kata yang kasar disini.

Bagi saya, pokok pangkalnya didikan ibu bapa tu adalah main role tentang masalah macam ni. Saya nak kongsikan sedikit cara ibu bapa saya didik saya dan adik beradik saya dulu, yang mungkin boleh dijadikan tips untuk korang semua.

Kami adik beradik dari kecik memang diajar adab dengan yang kalau zaman sekarang dikatakan agak kasar. Ya , ibu bapa saya tersangat lah garang, dan sebab itulah dari kecik sampai ke besar kami adik beradik angat behave ketika berada dirumah orang. Kami kalau buat nakal kat rumah orang, balik tu memang siaplah kena sebat dengan rotan.

Bagi parents yang rasa pendekatan ni tidak sesuai, kononnya trauma dan sebagainya. Saya tidak setuju, merotan disini bukannya mendera, tetapi memberi peringatan kepada kami, kalau buat benda yang sama akan kena habuannya. Jadi bila kat rumah orang, kalau kami buat bising or nakal, ibu or bapa kami cuma jeling @ membesarkan biji mata kearah kami, dan dari situ kami akan faham terus behave.

Benda tu sebati dalam diri kami sampai besar, dan bagi saya, begitulah cara didikan yang betul untuk memastikan anak anak anda untuk berlakuan sopan dirumah orang. Di dalam rumah bukan tempat bermain kejar2, atau usik barang orang sana sini. Ya memang kita tak dapat kawal tingkah laku anak2, tapi bila kita ajar benda yang sama berulang kali, insyaaAllah mereka akan faham. Janganlah kita diperhambakan oleh anak kita, tak tengok kah cerita anakku sazali?

Jujur saya cakap, selama saya hidup ni memang saya banyak jumpa ibu bapak jenis otak tiga suku ni. Maaf berkata kasar tapi itulah hakikat, biasanya terjadi dikalangan ibu bapa yang kononnya dari golongan educated tapi malangnya tidak dapat mengeducated kan anak mereka sendiri. Bila dilihat anak naik hantu lari sana sini, sentuh barang dan lain lain, dilihat dan dibiarkan sahaja.

Kata mereka “biarlah, budak2, biasalah tu”, “kau akan faham bila kau ada anak nanti”. Hello encik2 dan puan2 yang acah bagus, anak orang lain kenapa boleh je behave? Tetapi kenapa tidak anak anda? Adakah anak anda autistic? Yang mana mungkin dapat difahami, sekiranya tidak, kenapa anda menanam fikiran kurang cerdik sebegitu? Seharusnya anda menegur anak2 anda, nanti kalau tuan rumah marah atau tengking anak anda mulalah bermasam muka, silap haribulan boleh bertumbuk.

Sekiranya ada kerosakan berlaku di rumah tuan rumah, adakah anda akan bertanggungjawab? Tuan rumah pun segan nak minta ganti rugi kalau ada barang yang pecah atau rosak, barang2 tersebut dibeli oleh duit mereka, bukannnya duit anda. Cuba benda yang sama berlaku dirumah anda, mesti anda pun rasa bengang dan geram bukan?

Yang kes anak tetamu buat kucing sampai mati tu pun satu hal, kita masuk rumah orang, kita kenalah ikut peraturan tuan rumah tersebut. Ni nak masuk rumah orang buat peraturan sendiri. Geram je saya tengok jenis komen,

“Dah tahu buat open house / orang datang rumah, kurung la kucing, simpan la barang berharga” dan sebagainya. Eh hello, sebelum ni anak2 orang lain datang okay je, cuma bila kau datang dengan anak2 kau, benda tu terjadi, elok ibu bapak jenis kau ni pergi buat ct scan mana tahu otak tidak berada ditempat.

Memang lah betul, kalau kes kucing tu patut kena kurung, tapi memang ada jenis budak budak yang tangan nakal pergi bukak sangkar dan buat aniaya. Yang simpan barang2 koleksi mainan dan sebagainya pun dah ready awal simpan dalam bilik stor tapi anak korang yang pergi pecah masuk dalam bilik tu. Belum lagi sentuh kes anak tetamu pergi jahanam kan tv besar, conteng dinding, merosakkan barang2 rumah dan lain lain. So, dekat sini masih nak salahkan tuan rumah?

Kalau anak dah buas, kena ajar, bukannya spoil lagi dorang. Orang lain boleh ajar anak diaorang, kenapa kau tak boleh?? Jangan pandai buat anak je tapi nak didik tak reti dan jangan jadikan alasan biasalah budak2, sebagai ayat pelepas diri terhadap ketidak tanggungjawab kau untuk mendidik anak anak kau.

Maaf, ter emosi, tetapi tu lah hakikatnya yang berlaku zaman sekarang. Itu belum saya sentuh tentang budak2 yang mulut dan sikap kurang ajar lagi tu. Bagi saya tu semua berpunca dari didikan ibu bapak, saya pernah berjumpa belas tahun lepas dengan spesis macam ni yang mana depan mak bapak dia pun dia sikap kurang ajar, menganjing dan sebagainya, dan apa mak bapak dia buat? Depa buat tak tau ja.

Kalau ikutkan hati mau jugak aku cili mulut budak tu. Bila tegur, keluar ayat haram j dari mulut dorang iaitu, “biarlah, biasalah budak2, dorang bukan tahu apa”. Ehh, panas pulak hati aku bila ingat balik, dah la anak tak comel, kurang ajar pulak tu, ni besar mesti jadi sampah masyarakat. Dan tekaan aku tu betul, memang anak dia jadi mat rempit, kaki pecah rumah dan gengster kawasan perumahan.

Dan saya tahu, ramai yang melalui pengalaman yang macam saya kongsikan ini, dan kepada ibu bapa muda yang kat luar sana, jagalah anak anak anda dengan baik, didiklah dari kecik, sebab bila dah besar memang susah untuk di didik lagi.

Sekian dari saya dan selamat beraya dengan selamat kepada tuan2 rumah diluar sana. Maaf kalau terkasar bahasa. Kadang2 cakap kasar baru orang dengar, cakap baik2 memang tak dengar.

Terima kasih.

– Rif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap