Jiwa Kosong

Mood raya semua masih on. Aku pula masih terasa kosong. Hanya Tuhan je yang tahu. Bayangkan kau ada 9 orang adik beradik. Tapi sorang pun tak pernah nak faham kau atau ambik tahu. Masing-masing dengan keluarga sendiri. Yang tak kahwin pula sibuk dan taksub dengan drama Korea tue.

Adik-adik ni pandai-pandailah uruskan sendiri. Nasib la aku masih pegang teguh dengan nasihat terakhir arwah ayah aku. Jadi aku prihatin dengan adik-adik aku. Aku tak nak mereka terpesong.
Maka selain uruskan hal aku, aku juga uruskan hal ehwal adik-adik aku.

Jadi aku membesar dengan diri sendiri. Menguruskan diri sendiri. Daripada daftar masuk, keluar ipta sehingga lah aku bekerja. Buat keputusan semua sendiri tanpa arwah ayah. Menjadikan aku seorang yang tegas dan berpendirian.

Walaupun adik beradik aku bising dengan keputusan aku. Di sebabkan aku yang menanggung maka aku pekakkan sahaja telingga aku. Aku dah terbiasa dipersalahkan. Di tuduh macam-macam. Lebih-lebih lagi dalam rumah ni ada kehadiran ipar yang toksik. Mak aku layan baik pun. Kalau dah toksik tue toksik jugak. Tudung labuh tue boleh cabut.

Tahun ini, tahun yang mencabar bagi aku. Disahkan mempunyai penyakit yang tiada ubat dan tiada punca. Salah satu penyakit saraf ENT. Lebih malang lagi insurance pru bsn takaful tak cover. Dah la bayar RM300 lebih sebulan. Agen pula lepas tangan. Alasan sibuk. Padahal sibuk sebab dia ada perniagaan lain dan alasan lain anak eczema.

Jadi setiap perkara kau tanya, semua tertangguh. Terpaksa la cari jawapan sendiri dengan contact pru bsn insurans ni. Terus terang aku cakap. Memang teruk la service mereka. Layan customer acuh tak acuh je. Jadi jangan percaya dengan service mereka. Lebih-lebih lagi mereka ketengahkan Islamic insurance. Konon la. Lagi pun kerajaan tak masuk campur dengan syarikat insurans. Mereka sibuk dengan GLC je.

Kos perubatan ENT sangat mahal. Peralatan pun dah 10k. Ubat apatah lagi. Aku syukur sangat sebab aku mampu. Macam mana lah pesakit ENT yang lain.

OK, setelah aku sembunyikan penyakit aku nie selama 10 tahun. Sebelum puasa aku dah terus terang dalam whatsup group family. Sebab penyakit aku makin kerap attack dan menjadi makin teruk. Maka aku pun terus terang supaya semua orang faham yang aku tak boleh buat sesetengah kerja.

Tapi tanggapan aku silap. Mereka masih perangai yang sama. Lebih teruk kau siap kena perli lagi. Sedih kan. Aku nak cakap apa kalau doktor kata jangan. Tapi orang sekeliling kau kata. Ala sikit je pun. Bila kau cakap atau perjelaskan. Orang cakap kau macam-macam dan cerewet la. Ok aku sabar dan diam je malas nak bertekak. Aku letih.

Kadangkala aku rasa orang luar lebih faham aku. Syukur alhamdulillah rakan sekerja dan bos aku memahami dan mereka lebih consent berbanding family sendiri.

Bayangkan balik kampung (balik hari). Sampai KL dah lewat 10 malam. . Boleh pula nak singgah raya lagi. Walaupun itu rumah abang aku. Alasannya semalam datang akak ipar aku tak buat preparation. Padahal kau dah tahu kami nak datang.

Aku dah bagi tahu yang aku tak boleh tahan lebih daripada pukul 10. Tapi boleh pula buat tak tahu dah sembang la mereka sampai pukul 12.30 malam.  Sampai rumah pukul 1.30 pagi. Esoknya penyakit aku serang. Sudahnya aku tidur selepas subuh sampai pukul 12. Tuhan je yang tahu betapa sakitnya aku.

Kalau la aku nie mampu. Aku tak duduk rumah ni dengan family. Aku dah bla dah. Aku ada 5 tahun je nak survive. Hilang keseimbangan badan akan membuatkan kau hilang kemampuan untuk kerja. Aku harap dan sentiasa berdoa agar perkara itu tidak terjadi. Sebab peringkat ENT saraf aku masih mild. Siapa nak sara aku?

Tapi yang best nya abang dan akak aku balik raya kata. Aku kurang ajar sebab tak keluar bilik. Konon aku protes. Tuduhan apakah itu? Masih salah aku ke? Ye la aku tak Salam kan korang nak balik. Sedangkan aku dah cakap kalau aku diam je dalam bilik memang penyakit aku sedang menyerang.

Lagi pun aku dah terus terang aku tak boleh stay up lebih daripada pukul 10 malam. Aku memang tidur mati. Itu lebih baik daripada berjaga. Aku masih diam tanpa bercakap. Aku penat dan malas sebab kalau bercakap aku kena cop kurang ajar. Letih menjadi manusia yang berterus terang. Jadinya aku diam je.

Please la abang dan kakak pun. Jangan ego dan fikir kau sentiasa betul. Sampaikan kalau adik ni bercakap pun dah malas. Bayangkan aku dulu seorang yang tegas, ceria dan aktif.

Sekarang aku lebih banyak diam. Lebih banyak aku luahkan pada sang pencipta aku. Kerana beliau lah aku hidup dan aku mati. Tak kira solat sunat atau solat fardhu. Memang aku sentiasa menangis dan sebak bila berdoa. Bila zikir dan berseorangan pun sama. Aku sedih.

Mungkin bila aku mati. Baru korang nak sedar aku pernah wujud dalam Family ni. Aku juga harap sangat kerajaan kaji balik penyakit ENT dalam insuran. Dan menyediakan lebih banyak equipment untuk ENT ni dekat hospital.

– Pesakit ENT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *